Thursday, April 4, 2024

Gunung Binaiya: The Journey

Kali ini kakyang nak cerita trip Gunung Binaiya ni dgn gambar je. Tak sempat nak karang cerita panjang-panjang. sejak dpt bos dan pegawai baru ni, masa terluang mcm dah takde. balik rumah pun dah exhauted gila. weekend pun kalau boleh nak golek2 lelapkan mata jer. takmau pk apa-apa. penat otak. hehehe

meh kita mulakan cerita trip mencari puncak binaiya.

Cerita kali ni bermula dgn sekampit beras. asalnya hanyalah gurauan dari Mior dalam WA. 

"Saya lupa beli beras seorang 1kg 😱😱😱😱😱"
"Beli sana pun boleh" Rif pula menyampuk.
"Beras 1 kilo ?  Tak tahu pun" abg mat pula reply
"Mestin dan dapur jgn lupa bawa Mior" Kakyang menambah

kakyang dan sham yg dlm perjalanan ke airport dah gelak-gelak baca gurauan masing-masing. Tp dlm hati kakyang terdetik,  ini kalau  abg mat ambil serius, mau dia singgah beli semua brg tu.

rupanya apa yg kakyang risaukan benar-benar terjadi. Abg Mat sampai di airport dengan sekilo beras dan mestin. kopi pun ada bawa katanya sampaikan access luggage dia!

hahahahhaa




Selepas dah drop luggage, kami sempat mengeteh utk 2nd round sementara menanti penerbangan ke Makassar
                          

Buat kali ke 2 jejakkan kaki ke airport Makassar. Sebenarnya ini adalah sekadar transit sebelum penerbangan seterusnya ke Ambon, Maluku yang dijadualkan awal pagi keesokan harinya. Sementara tunggu flight tersebut, Ancha bermurah hati jemput kami dtg berehat di rumahnya yang terletak lebih kurang 20minit perjalanan.

Seawal jam 2pagi kami dah bangun dan mula bergerak utk ke airport Makassar semula untuk catch up next flight yang dijadualkan jam 4.00 pagi.

Dah siap check in luggage untuk menaiki penerbangan Lion Air untuk ke Ambon yang akan mengambil masa lebih kurang 2 jam.

tadaaa... dah sampai Pattimura Airport, Ambon, Maluku. Airportnya lebih kurang saiz Makassar aiport juga tp lebih aman.

Kami mula berbaris di imigresyen. seorang demi seorang melepasi pegawai imi dgn soaljawab yang ringkas. keluar dari situ, terus masuk ke ruang ambil bagasi. beg agak lambat keluar. sambil tu kakyang mengira siapa lagi yang belum lepas imigresyen sbb dokumen perjalanan berpindah-pindah tangan bg memudahkan yg di belakang menjawab sebarang pertanyaan dari pegawai.

sedang kakyang mengintai-intai ruang imigresyen, kakyang dah nampak abg mat keluar dari ruang tersebut. di  belakangnya meor. tp dia di iring pegawai imigresyen, langsung masuk ke bilik pegawai. pintu di tutup.

Hah! sudah.. apa masalah tu? ... jeng jeng jeng...

"meor kena tahan! Meor kena tahan!" Abg mat sampai ke ruang bagasi dgn muka uak.  Kami semua mula mengerumuni abg mat. semua ingin mengetahui kenapa.
"tak tahu.!" ringkas jawapan abg mat.

Semua diam. semua cuba bertenang. kami ambil beg yang mula sampai dan letakkan dlm troli. lepas dah dapat semua beg, kami mula beredar keluar dari kawasan tersebut. semua diam membisu. meor masih di dalam bilik pegawai.

"korang gi solat dulu. akak tunggu beg kat sini." arah kakyang kepada semua sambil mencari-cari tempat di hadapan pintu keluar airport. Kakyang biarkan troli-troli beg sedikit di tengah jalan supaya jika meor keluar nanti dia nampak kami di hadapan.

Kemudian kakyang pula ke surau. sempatlah kakyang berdoa semoga dipermudahkan urusan meor di dalam sana.

Sekembalinya kakyang kembali ke tempat troli, nampak meor telah di kelilingi oleh mereka yang lain. rancak meor bercerita.

"kenapa dik? kenapa ko kena tahan?" kakyang mencelah.
"aku bla bla bla.. " meor cerita. Alhamdulillah semuanya selesai dgn cara baik.

Maaf takde gambar kat babak ni. babak di potong atas dasar keselamatan negara. hehehe


Dari airport, kami bergerak ke destinasi selanjutnya Pelabuhan Telehu dengan menaiki 2 buah kenderaan. Perjalanan mengambil masa 1 jam untk sampai ke Pelabuhan telahu. Di sini kami menaiki kapal cepat kata org sana. Kapal express/laju sebenarnya. 

Suasana di pelabuhan dan dalam kapal riuh rendah dgn peniaga yang  berdagang makanan.
"Roti kaya! Roti kaya! nasi kuning! Mee pop!"
"Pak kopi pak? Pak kopi? Teh pun ada. aqua dingin pun ada"
"Roti kaya! Roti kaya! Roti miskin udah habis!"

"Roti miskin? ada roti nama roti miskin juga?" kakyang mengomel sendiri
"Roti miskin itu roti kosong kak. ngak ada kayanya aja." rupanya ancha dengar omelan kakyang.
hahahah macam-macam gelagat. 

Penat memerhati gelagat penjual yg macam-macam, tiba-tiba kakyang teringin nak merasa nasi kuning yg asyik di jaja mereka. sedap ke? rasa mcm nasi kuning kuching ke? hmmmm ..



"kak, nasi kuning ada?" kakyang menahan seorang penjual
"ada..ada mbak."
"Berapa ribu?"
"10 ribu aja mbak"
kakyang terus keluarkan duit dan beri pd penjual tersebut.
"tp sekejap ya mbak, yg di atas sini sudah habis, sy pergi ambil di bawah (kedai)dulu ya."
kakyang hanya angguk kepala dan memerhati penjual tersebut melompat keluar laju ke jeti.
"kak. jgn beri duitnya lagi. tunggu dia bawa brgnya dulu?" beritahu ancha 
"alamak! dah bayar lah ancha." kakyang menjawab dgn terkebil-kebil. terbayang-bayang di mata penjual tadi laju kluar meninggalkan kapal.
takpelah.. kalau penjualnya lari,  redho jelah. gumam kakyang sambil terbayang 10ribu melayang. huhu

Alhamdulillah.. tak lama kemudian, penjual tadi dtg menghulurkan sebungkus nasi kuning! fuh lega tak kena scam. hihi

rasa nasi kuning ni mcm nasi kuning malaysia juga. nasi kuning dimakan bersama sambal ikan selayang /ikan sardin dan ada sedikit sambal kelapa. sedap juga. kena dgn selera kakyang.

ini rupa tandas dlm kapal cepat. ahhhh bagus! cerita pasal tandas tepi gambar makanan. hahaha bertuah sungguh!


di Pelabuhan Telehu berlatarkan 'kapal cepat'





































Setelah 2 jam berpanas di dalam feri yang takde aircond dan lali di lambung ombak, kami tiba di Pelabuhan Amahai/Masohi.

Berebut-rebut porter feri menawarkan khidmat angkat beg. Hiker kan.. takat usung beg sendiri 100m tu, takyah pakai porter beb! Kami usung beg masing-masing keluar dari pelabuhan untuk menaiki angkutan kota Pulau Seram.
menuju ke Taman Nasional Manusela (Permit) sekitar thari utk tukar transport dari angkutan kota ke jeep. Bergerak mkn dan solat dulu sebelum teruskan perjalanan lagi 4 jam ke- Desa Pilinia Base Camp. Dalam perjalanan jeep singgah kedai runcit sekejap untuk beli jajan sebelum ke bacecamp .


kanak-kanak Pulau Seram

Desa Piliana
Bila dah tiba di Desa Piliana, maknanya akan bermulalah cerita hiking kita kan. so cerita hiking ni kakyang akan cerita di post yg lain ye. sabar.....

No comments: