trek hari ke dua akan lebih banyak melalui trek yg berbatu katanya. Kakyang mulakan langkah dgn bismillah dan tawakallah. entah nak semput mcm mana hari ni, kita hadap sahaja..
Sesekali group regroup di tempat-tempat yang sesuai bagi mengurangkan jurang perbezaan jarak antara group depan dan juga yg di belakang. Yg dibelakang tu sudah tentulah kakyang. Kakyang tahu Abg Adam dan Abg Mat boleh laju dan saing group di hadapan. Tp mereka lebih memilih untuk mengikut rentak langkah kakyang sambil santai-santai menikmati trek.
Trek semakin ke atas semakin cantik di hiasi dgn mossy yang hijau dan segar. langkah makin selow bila mata mengambil kesempatan menikmati hutan dara berlatarkan bunyi unggas. kakyang perasan di sini kurang dengar bunyi ungka/monyet. takde ke eh? sesekali kakyang mendongak ke atas bila dengar libasan angin burung terbang. katanya hutan ini jd penempatan burung kakak tua. tp takde pula terserempak. Burung kenyalang adalah.
akhirnya kami sampai ke Shelter 3 High Camp untuk makan tengah hari. Dari timing, kali ini jarak kakyang dgn group depan makin menjauh. Setibanya Kakyang sampai di Pos 3, yang lain dah habis makan dan tengah berehat sambil menanti kakyang tiba.
Dari hasil bacaan di internet, ramai tidak mengesyorkan untuk bermalam di Shelter 3 yg khabarnya agak misteri. kedudukan shelter yang agak melembah, sejuk dan nyaman. persekitarannya telah diterangkan sedikit kerana masih dpt di lihat hasil tebangan dan tunggul- tunggul pokok di keliling kawasan yang menempatkan 2 buah pondok berdinding ini. persekitarannya asyik dan damai.
Perjalanan di sambung kembali sejurus habis mkn dan berehat sebentar. Trek selanjutnya terus menaik dan sesekali menurun. Jalur pendakian sedikit demi sedikit kepada batuan-batuan dan semakit berpermatang yang jelas. Setelah beberapa jam mendaki, akhirnya kakyang berjumpa dgn group di hadapan yang menunggu di check point Manukupa. Kawasan ini agak lapang dan berbatuan kasar. sesuai untuk letak beg dan melepaskan lelah sebentar sambil bergambar. Di sinilah yang pesanan Tok Adat tu. jangan pandang kiri. Dari penerangan guide/porter, katanya di situ banyak aura tak baik. hmmmm kita dengar je lah. ambil peringatan dan hati-hati je. Pada pendapat kakyang, kawasan tu adalah permatang kecil dimana kiri kanannya adalah tebing tinggi dan bermossy. kita ni bila asyik pandang sana sini, kadang-kadang boleh alpa dengan langkah kaki. Rasanya itu logic akal yg kakyang boleh relatekan dgn pesanan tok adat tu.
usai bergambar, kami teruskan pendakian sebelum mula menurun ke trek melereng berbatu hingga ke shelter 4 Kem Isilali. Dari atas dah boleh nampak permatang batu di hadapannya.
"Di mana shelter 4 ipen?"
"Di sana tu kak. di bawah lembah antara sini dan bukit sana" tunjuk ipen ke arah hutan di bawah yang dilindungi kabus petang.
waduh... lembahnya pun nampak jauh ke bawah lagi. kena menurun habis ni. pastu esoknya nak kena menaik-senaiknya utk ke peak.. masyaallahhhh.. kakyang yang dah mengucap sendiri membayangkan hazab esok.huhu
Trek trun ke bawah berbatu kecil-kecil yang agak longgar mencuakkan kakyang. ini kalau kaki terslide tepi, mmg tergolek turun kebawah tebing terus ni. kakyang menuruni cerun dgn hati-hati. sesekali kakyang meminta tolong ipen untuk menjadi penahan dari gayat risau tergelincir trek. tambahan pula trek tersebut tiada pokok yang boleh dijadikan tempat berpaut.
Trek turun sampai kesudah sehingga masuk kembali ke hutan. Dari trek terang panas matahari, tiba-tiba berubah malap bawah canopy pokok-pokok hutan yang tinggi dan sejuk. Kaki melangkah umpama alice in wonderland meneroka dunia baru. otak fiction kakyang mula mencipta scene. mcm datin masuk hutan mencari rumah dukun santet pun ye juga. suasana hutan yg malap dan sejuk ditambah dgn kabus halus terasa agak creepy. Dari kejauhan bayangan bumbung shelter berasap nipis di atasnya mula kelihatan. Hujan renyai mula turun menambahkan lagi suasana seram persekitaran shelter. Nampaknya dah 2 hari patern hujan petang di sini. harap-harap esok mentari menyebelahi kami.
Setibanya shelter 4, geng yang di hadapan semua dah bersantai-santai rehatkan diri. Di sini ada 3 pondok. 2 berdinding, 1 lg hanya berbumbung dan berlantai papan tinggi yg ada lubang di tengahnya. lubang itu seperti dibuat khas untuk membakar kayu untuk memanaskan badan sebab dari jauh kakyang nampak unggun api kat tengah pondok tu. suhu di sini agak sejuk dan akan makin sejuk di sebelah malam kerana ketinggian kawasan pun dah mencecah lebih 2000mdp.
Shelter ni takde waterpoint, tp ada beberapa tong besar yang dijadikan tadahan air hujan di hujung bumbung shelter. cukuplah untuk mandi ala kadar dan buat masak dan minum.
ketibaan kakyang disambut dengan goreng pisang panas dan secawan milo. phiewwwww lega hirup milo panas dlm kebasahan hujan. nikmat.
Memandangkan ada air untuk mandi, kakyang terus bilas badan dan salin pakaian malam. usai makan malam dan dptkan info perjalanan esok, terus masuk sleeping bag dan lelap. kena rehat awal sebab esok akan gerak seawal jam 2.00 pagi. Sejuknya ya allah. menggeletar badan wpun dah berbungkus dlm sleeping bag dan down jacket. hilang segala cadangan nak tido luar mcm mlm sebelumnya. haha
No comments:
Post a Comment