Tuesday, April 9, 2024

Gunung Binaiya: The Closure


Tamat sudah main agenda untuk trip pendakian kali ini.  Seperti biasa, bila dah sampai ke tempat yang tak pernah jejak, kita explore lah sikit kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Turun sahaja dari Desa Piliana, kami singgah ke Kolam Ninivala yang terletak hanya beberapa meter di bawah desa tersebut. nak jalan kaki dari desa pun boleh. tapi memandangkan kami akan terus bergerak ke destinasi selanjutnya, kami terus menaiki kenderaan bersama semua beg.

Kolam Ninivala adalah kolam mata air tertinggi di Pulau Seram. Pada mulanya kakyang tak perasan ini kolam mata air. kakyang ingatkan kolam ini adalah kolam air panas bersulfur dari mana-mana anak sungai sekitarnya sebab airnya seperti berasap dan warna kebiruan yang sangat cantik. bila makin mendekat, rupanya itu bukan asap. dan dpt di lihat buih-buih  (buble-buble) kecil keluar dari dasar kolam. yg kelihatan spt asap itu adalah dasar kolam tersebut. Kakyang hulurkan kaki mencecah air utk rasa tahap sejuknya. Masyaallah sejuk. mcm air ais.  Kalau ikut hati, nak je terjun mandi dalam tu. tp memandangkan nak salin baju susah, kakyang batalkan niat. Lgpun platform kayu di situ sangat licin. kakyang agak cuak takut tergelincir.

Air dari kolam ini kemudiannya mengalir turun menjadi air terjun dan sungai ke bawah.

Kemudiannya kami menyambung kembali perjalanan turun ke destinasi selanjutnya. sebelum itu kami sempat singgah ke rumah Abang Yusof dan menikmati hasil tanamannya seperti air kelapa, nenasnya yang manis, buah salak. setelah puas merayau di kebunnya, kami meneruskan perjalan ke Negeri Seleman.


Perjalanan yang mengambil masa beberapa  jam ini merentas bukit bukau ke utara Pulau Seram. Kami tiba di sana ketika hari dah hampir petang dan akan bermalam satu homestay di sini.  Empunya homestay minta kami standby camera dan video kerana sebentar lagi sekitar waktu magrib, akan ada burung lusiala yang akan keluar dari gua di permatang bukit di hadapan desa tersebut. Khabarnya dahulu org kampung hanya berpandukan burung ini untuk menentukan waktu berbuka kerana burung ini hanya akan keluar dari sarang pada waktu magrib dan kembali ke sarang bila subuh menjelma. 

'Burung lusiala' ini sebenarnya adalah sejenis kelawar.

pagi esoknya kami berjalan kaki ke jeti berdekatan untuk menaiki boat untuk explore pantai ora, mata air belanda dan juga Keramba Cinta. kami tak dpt berlama di sini kerana dijadualkan untuk kembali semula ke ambon dengan feri di sebelah petangnya.

Selesai lunch, kami terus loading barang ke kenderaan dan terus menuju ke pelabuhan alamahai untuk kembali pulang ke Ambon.








Dalam perjalan ke hotel, kami sempat singgah menikmati rojak di Pantai Natsepa. Rojaknya agak special kerana kuah di adun sewaktu order sahaja dan kuahnya ada rasa-rasa buah pala.

Sekitar petang, kami sampai ke hotel sebelum berangkat kembali semula ke Kuala Lumpur






belum sempat balik KL depa dah mula bincang trip baru. huh!


Gunung Binaiya: The Adventure part-4


Hari ini hari terakhir trekking untuk kembali semula ke basecamp Desa Piliana. Bangun pagi dgn perasaan segar, puas, bangga dan semagat lain macam dengan kejayaan menawan puncak semalam walaupun tahu hari ini bakal menempuh 1 hari lagi perjalanan yang sangat panjang. Bayangkan masa naik 2 hari, masa nak turun 1 hari je? jarak perjalanan 2 hari di compresskan menjadi 1 hari. alasannya.. trek menurun sahaja. Ya. turun lah sangat. huhu


Perancangan malam tadi akan gerak awal pagi ini. tp disebabkan geng padu sampai agak lewat kerana melaksanakan misi rahsia mereka, masing-masing culas untuk bangun. semua take sweet time. org yg cukup rehat mcm kakyang dan abg adam ni awal-awal lagi dah siap dan keluar merayau di luar.
selepas semua bersarapan dan selesai sesi menunaikan hajat apa yg patut, kami mula bergerak keluar dari Shelter 4 dengan mendaki semula trek berbatu kecil yang longgar ke puncak Manukupa yang tersergam tinggi di depan mata. Salam good morning kata depa. waduhhhh... dari bawah nampak trek putih memanjang di tengah permatang Manukupa awal-awal lagi dah menimbulkan rasa sebu dan sebal. Manjat lagi! dah nak balik pun kena panjat lagi! gumam kak yang dlm hati. muka pewai mula keluar. muahahahhahaa


Dari puncak Manukupa, trek agak melandai naik turun roller coster mencelah mossy tebal sebagaimana datang haritu. Hujan lebat mula turun. menambah kan sukar perjalanan. Seperti biasa, kakyang sampai ke shelter 3 untuk regroup 30 minit lewat dari yang lain. masalahnya, nak naik pondok kena buka kasut. bila buka kasut dlm basah ni, mmg merempan lah bila nak pakai semula nanti. yg sedia basah kehujanan dan cuaca yg sejuk, makin sejuklah jadinya. Melihat keadaan kakyang yang dah menggigil kesejukan, abg adam terus hulurkan ground biru untuk buat cover badan sementara sementara menanti que untuk bergerak semula. Terus teringat kenangan stranded di Apad Runan dengan jaket biru. huhu.
Pada masa ini team hadapan dah bergerak terlebih dahulu.

Setelah semua ready, kami menyambung perjalanan. jauh lagi ni nak ke basecamp. hujan makin lebat. trek makin benyai. tambah lagi dengan rupa trek menurun yang berbatu licin dan berlumut menyukarkan lagi langkah kakyang. kakyang tengok si ipen ni turun macam takde apa-apa je. dengan tak pakai kasutnya, dengan seluar pendeknya. yg kakyang ni dlm hati-hati memijak pun asyiklah nak slide jatuh. asyik ipen kena sendal diri dia sebagai penampan dari kakyang terjelincir. pada keadaan trek yang tak bertebing, dia siap buatkan trek baru yang lebih aman utk kakyang. setelah beberapa jam meredah trek lunyai dalam hujan, akhirnya kakyang sampai ke shelter 2 untuk lunch time yang dah terbabas. lunch hanya nasi kosong berkuahkan megi jer. aduhhhh.. dlm kepala dok fikir mana boleh jadi lunch gini je. perjalanan turun ke basecamp dijangka lebih 6-7 jam lagi ni.

Dlm dok bermonolong sendiri, sham muncul berdiri di hadapan kakyang. "ok ke kak?"
"insyaallah ok. hadap je lah." "ok ke lunch tu?" agaknya sham boleh sense kekuatiran kakyang. lgpun dia dah tahu peel pemakanan kakyang mcm mana. sure dia tahu tak cukup dgn menu sebegitu.
"makanan standby ada lg tak?" sham bertanya lanjut "ada lg dgn abg adam. tp still risau bila kenangkan akan trekking lama lg. risau sampai terlalu lewat mlm" kakyang suarakan gusar hati. "nah akak ambik ni stanby." dihulurnya satu energy bar. ambik je lah walaupun tahu belum tentu lagi energy bar tu boleh masuk mulut macik yang cerewet ni.

Team padu gerak dulu. tak mahu terlalu lama buang masa dlm kesejukan, kakyang menyusul beberapa minit kemudian. trek selanjutnya dari shelter 2 ke shelter 1 dah sedikit aman. langkah dipercepatkan sebaik mungkin dengan target nak sampai awal

setelah beberapa jam perjalanan tanpa henti, kami akhirnya sampai ke shelter satu hampir dengan waktu magrib. berehat tunaikan solat dan recharge sekejap, kami terus menuruni tebing ke sungai.

Rupanya kepala air tengah melewati sungai. sungai yang hari pertama dilalui dgn airnya jernih dan cetek separas betis dah melimpahkan air lumpur hingga ke tebing menenggelamkan batu-batu besar di dalamnya. mcm mana nak cross ke tebing sana ni?

guide arahkan kakyang, abg adam dan abg mat untuk rehat seketika di tebing sementara dia dan porter yang lain giat mencari jalan. mereka cuba membuat lintasan di beberapa tempat mencari laluan yang selamat. setelah seketika kekiri dan kekanan, akhirnya mereka nekad untuk melintas sungai ikut laluan yg sedikit ke kanan trek. kami melewati sungai tersebut dengan air tinggi sedikit dari pinggang saling berpautan tangan untuk mengelak dari hanyut. dari tepi tebing sebelah sana, mereka mencari jalan untuk ke trek asal semula dan trek kembali memanjat ke atas bukit kecil sebelum kembali semula ke trek menuju ke pinggiran Desa Piliana

Apabila trek mula menuju ke sungai kecil yang perlu di harungi, itu bermakna kami semakin menghampiri hutan kebun. Itu juga bermakna sesi pendakian dah sampai ke penghujungnya. Lagipun hati dah berbunya-bunga kerana lampu Desa Piliana dah nampak di depan mata, Puncak Binaiya telah dijejak puncaknya dengan kalimat mental dibina fizik dianiaya.

the team bersama guide dan porter


Monday, April 8, 2024

Gunung Binaiya: The Adventure Part 3

summit attack! summit attack! hari ni summit attack!

Kakyang terjaga dgn laungan tersebut di dalam minda. Otak terus segar. tak boleh nak leha-leha. hari ni kena kuatkan semangat dan kudrat semula kerana hari ini akan menghadapi trek yang lebihhhhhhh panjanggggg dan mungkin kembali ke kemsite semula mlm.

dlm dok golek-golek cari semangat dan kekuatan untuk menanggalkan sleeping bag yang hangat dan nyaman untuk mengadap sejuk gedi shelter 4, badan terasa makin sejuk bila membayangkan menyarung kembali baju basah kehujanan semalam.

ishhhh..dah la sejuk, basah pula. mula trek awal pagi pula tu.. tak boleh jadi ni. otak kakyang mula ligat mencari solusi. lastnya kakyang mengambil keputusan akan summit attack dgn salinan tidur sahaja. tambahan pula esok ada 1 mlm shj lagi, baju spare boleh dijadikan sebagai baju tidur. 

kakyang mula bangun dan berkemas. selepas mengalas perut dgn sedikit milo dan nestum panas dan beberapa keping roti, kami mulakan hari penentuan itu dgn bertemankan lampu headlamp mendaki trek di belakang kemsite seawal jam 2.00 pagi.

kami mula melangkah. naik naik naik turun sekejap pastu naik naik naik lagi. kejap menurun pula, pastu eh.. naik balik. rasa macam kena scam pun ya. dah jln dlm gelap, layan je lah kan naik atau turunnya tu. tak nampak apa. sejuk hingga ke tulang tu jgn cakaplah. layan kan... target 4 jam ke puncak tipu sbb di situ nanti kami akan berhenti untuk makan pagi. seperti biasa, kakyang org terakhir bertemankan abg adam dan iben sebagai sweeper. sesekali kami bersaing dgn porter-porter yg membawa bekal utk perjalanan kali ini. dlm gelap nampak lampu-lampu mereka yang lain di kejauhan. kadang-kadang atas, kadang-kadang bawah tengok di mana mereka mendaki.

Akhirnya sekitar menjelang subuh kakyang sampai di puncak tipu yang terletak agak bawah sedikit dari puncak bintang. mereka yang lain dah ada di situ. menunggu kakyang untuk regroup bagi mengurangkan jurang jarak. kesian mereka kesejukan menanti macik siput ni. maafkan daku adik-adik padu.

Dari sini, kakyang ingatkan kami akan naik breakfast dan ke Puncak Bintang dahulu, rupanya tidak. Kami terus menyusur lereng barbatu longgor yang curam untuk turun kebawah menuju ke checkpoint Nasapeha. Katanya seringkali sini dijadikan kem site emergancy bilamana ada group yang tak dpt menepati timing kembali ke Shelter 4. Kem Nasapeha ni terletak di lembah tinggi yang gagak sejuk dan lembab. Kawasannya bermossy tebal.

Kakyang hanya pandang sekilas signboard kem yang terpaku di pokok bongsai bermossi tebal di sebelah kiri. lagipun cahaya tak cukup terang untuk dptkan gambar yang cantik, balik nanti lah kita singgah bergambar jika ada rezeki.

Perjalan di teruskan sambil menikmati bongsai dan mossi yang tebal, gebu, segar dan cantik walaupun dalam samar-samar cahaya. subhanallah.. belum pernah kakyang tengok mossy yang nampak seperti ada penjaga mcm ni. di sebelah kanan trek, mossy di bahagian dalam makin memanggil-manggil. ada satu kawasan tu kakyang nampak mossy tu mcm permaidani terhampar luas di celah-celah pokok bongsai besar. hati rasa mcm nak je masuk dan explore kawasan tersebut. tp akal menghalang bila teringat pesan org-org tua.

Langkah diteruskan meninggalkan kawasan tersebut dan terus meniti trek selanjutnya bersulamkan pokok paku tinggi. makin lama trek mula menaik kembali membawa ke permatang batu selanjutnya. cahaya matari pagi mula menyinari permatang makin menampakkan rupa bentuk bumi dan trek yang di lalui. Langkah kakyang yang sedia perlahan makin perlahan jadinya bila meniti trek longgar begini. silap langkah, kaki terslide ke tepi, ke bawah sanalah carinya. nauzubillah... sambil meniti trek longgar, mulut kakyang tak putus-putus mengucap berselang seli dgn mengaruk bila tak habis-habis gayat dgn keadaan trek. abg adam dan ipen lah yang jadi mangsanya bila seringkali diminta hulurkan tangan untuk jadi penahan diri dari gayat tebing. kakyang berjalan tanpa berani memandang tepi. GAYAT!

Di atas permatang batu kars ini kami disajikan dengan pemandangan sunrise yang paling cantik. berlatarkan puncak bintang dan banjaran di sekitarnya, kilau cahaya pagi umpama emas bersinar. kami terleka seketika menikmati pemandangan yang sukar digambarkan dgn kata-kata. jika di tanya orang kenapa nak penat-penat mendaki, inilah salah satu sebabnya. tiada boleh di cari pemandangan mcm ni.

Batuan karst yang tajam dan berwarna agak hitam keperangan ini menjadikan trek indah sekali. terselit lumut2 halus berwarna hijau dan oren di celah-celah batu. dihiasi pula dengan bunga-bunga rumput berwarna warni. ada juga sejenis rumput halus mcm karpet di atas lantai-lantai trek berbatu ini. tak pasti pula itu rumput atau lumut sebenarnya.

Setelah penat bergambar dan berhenti seketika untuk solat subuh, kami berhenti berhenti sarapan seketika di satu lagi lembah mossy yang tak kurang cantiknya sekitar jam 7 pagi. trek yang turun naik sangat melelahkan kakyang sampai muntah- muntah angin. lazat sekali trek ke puncak binaiya ini. getus kakyang dalam hati.

Selepas sarapan, kami menyambung kembali perjalanan yang masih jauh untuk di gapai. dari jauh kakyang nampak geng depan dah mcm semut di permatang sebelah sana. fuhhhh jauhnya tertinggal kali ni. tak lalu nak mengadap trek naik turun sebegini. "puncaknya di mana iben?" kakyang mula berbasa basi utk sedapkan hati sendiri

"masih jauh kak. belum nampak lagi" belum nampak lagi? ku sangka puncak tinggi di hadapan, rupanya belum nampak lagi. bila nampak geng lain dah atas permatang sana, kakyang mula sebal. abg adam dan abg mat pun dah sepelaung jauhnya di hadapan. trek yang melereng dan berbatu longgar ini menyukarkan lagi perjalanan kakyang.

kaki terus melangkah menyusuri trek ke puncak yang sekejap naik, sekejap turun. sekejap mencelah batu tajam bergerigi, sekejap mencelah pokok paku tinggi. ada ketika tu tak nampak pun treknya sbb terlalu tinggi pokok pakunya.

Satu masa kami sampai satu kawasan yang macam Jurasic Park. pokok2 bongsai dan paku renek bersulam dgn flora pakis giant yang dikenali dengan jolokan 'Pakis Binaiya' yang tinggal di hujung2 usianya sahaja tapi masih kukuh berdiri untuk di hayati.

Dalam kelelahan meniti trek dan keasyikan menikmati keindahan alam itulah akhirnya kakyang tiba Puncak Binaiya lewat 1 jam dari group depan dalam hujan.

Alhamdulillah..Sampai jua ke puncak ke 6 tertinggi summit indonesia yang khabarnya merupakan trail nombor dua paling sukar di daki setelah Carzten. Alhamdulillah..

Selepas puas bergambar dan berehat seketika, kakyang dan abg adam muafakat untuk terus turun lebih awal dari yang lain bertemankan ipen setelah menimbangtara keadaan trek dan tempoh perjalanan yang bakal ditempuh untuk pulang nanti. Bagi tidak melewatkan lagi sampai ke shelter 4, dan mengelak terlalu keletihan, kakyang redha dgn keputusan yang diambil untuk tidak turut serta dlm misi selanjutnya oleh team yang lain.

Sebagaimana naik, begitulah juga turun. perjalanan balik bertemankan hujan dan matahari, makanya baru nampak rupa bentuk bumi sebenar yang dilalui awal pagi tadi. Naik batu, turun mossy. naik batu turun mossy. sampai bila nak mengadap batu-batu longgar tak habis-habis yang kakyang rasakan lebih panjang dan menakutkan dari rock garden Gunung Tambuyukon. rupanya trek dlm gelap sebelum subuh tadi dari awal adalah permatang kecil yang kiri kanannya adalah tebing curam. Masyaallah... bila balik dlm terang, baru terasa gayatnya!. masa naik pg tadi tak rasa apa2 pun. hahaha

Sebelum sambung perjalanan pulang ke shelter, kami sempat singgah di Yellow camp untuk lunch dan naik ke Puncak Bintang yang kami skip pagi td untuk bergambar. Alhamdulillah ada bonus puncak. dan bonus juga dpt bergambar di area mossy di check point Nasepeha pg td!. Triple bonus nih.

Setelah menempuh naik turun trek, akhirnya kakyang dan Abg Adam sampai semula di Selter 4 sebelum gelap.

Alhamdulillah dpt mandi2 dan rehat dgn lebih panjang.