Amboiiii... tajuk keju abis. Mcm lahir kat london eh! hahahha
meh kakyang cerita mcm mana boleh terjebak dlm TSM V2 ni.
Mulanya dgn hint2 mesej dari abam2 sado. bgtau suh standby untuk trip epic. kakyang yg jenis blur2 ni. .iya2 kan je. mentelah pula lately ni agak sibuk dgn kerja-kerja ofis. tak dpt nak focus sangat dgn mesej2 group di WA.
kemudian.. depa sambung sembang-sembang lagi masa di camping. masa tu kakyang dengar endah tak endah juga. sbb dlm fikiran dok pk tak mau p mana-mana sbb nak buat recovery utk tangan kanan kakyang yg sakit semula. Dulu tangan/siku kanan ni pernah terseliuh masa kakyang jatuh kat gunung pasir masa buat rintis TSM dulu. Maybe disebabkan lately kakyang banyak dok angkat barang2 beerat sendiri, tangan tu sakit balik. Berdenyut2 bisa sampai kdg2 terpaksa berhenti menulis/kerja dan diam sekejap bg menahan rasa sakitnya tu. kalau terjadi masa driving, kakyang gagahkan driving dgn sebelah tangan shj.
kemudian depa dok makin ranchak bersembang dlm group. makin jelas hala tuju depa nak masuk rintis mana. hati kakyang mula tertarik bila tau destinasi depa tu... aduh... kalau tak ikut, rugi sangat ni. tapi mampu ke nak ikut dgn tangan sakit2 ni? pastu dengar pula depa kata kat laluan rintis ni tak tau ada waterpoint ke tidak. kena pikul air utk 3 hari sekurangnya.
3 hari dik non! kalau sehari trip kakyang boleh consume 1L, utk 3 hari maknanya kena x3! plussss dgn air utk masak/minum malam? tu takmasuk lg air utk cebok etc? sendiri mau ingat lah berapa liter air nak kena pikul. tak masuk lagi ration makanan dan pakaian/gear lain. bila terbayang beratnya nak kena pikul tu.. kakyang dah adududuududud
makin lama, discussion depa makin ranchak. hati dah tak tahan dah ni.. terus pm nazir dan tanya..
kata sakit tangan. sambung nazir
kakyang terdiam sambil mengiyakan kata2 dia.
standby cuti. mungkin 3 hari. kalau dpt selesaikan 2 hari lg bagus. balas nazir.
tanpa bagi jawapan akan ikut atau tak, kakyang terus clik portal ofis dan apply cuti isnin. done cuti!
petangnya nazir dan sham update location tempat meeting trip. kakyang pandang jer link tersebut..
bila tiba-tiba muncul, sham tanya.. akak jd ikut?
dah dtg tu, jd la tu. jawab nazir sambil tergelak2.
hahahahha jd la dik non.. trip epic sambungan rintisan lama dik.. mana boleh akak tercicir.. sakit pun sakit lah. ku rela sakit dari terlepas pengalaman yg lg berharga.
aacewah..
hari kejadian, tayar kereta syam pancit berhampiran ulu bendul. teringat memori TSM 1 dulu , tayar motor sham yg pancit.
setelah selesai tukar tayar, kami sambung perjalanan semula ke seri menanti dan have a breakfast di gerai yg sama masa buat TSM v1 dulu. Abg Dhill dah sampai kat situ.
nasi lemak kat situ sedap. saja nak bgtau. selepas bf dan beli keperluan apa yg patut, kami mula bergerak untuk hantar kereta abg dhill ke exit point di gunung pasir. di situ kami menuju pula ke Kg Ulu Inas. The starting point.
Sampai di Kg Ulu Inas, selepas berjumpa dgn Tok Ketua dan dptkan beberapa tips utk starting point, tok ketua cadangkan kami naik dari rumah biru. Kami menerima cadangan tok ketua sebagai menghormati beliau walaupun cadangan asalnya naik dari tempat lain.
|
Discussion dgn tok ketua. mcm ajak gaduh eh?
|
Pukul 11 lebih baru kami mulakan langkah pertama dgn tawakallah dan doa semoga dipermudahkan perjalanan kami melalui jalan kebun getah di tepi rumah biru. Jalan tersebut seperti jalan kebun getah tinggal. kemudian kami mula masuk ke pintu rimba sambil menyusur semak2 dan teres kebun tinggal. kerja-kerja merintis bermula. di sini kami hampir buntu bila jalan rintisan sedikit menyisih dari agak panjang dari jangkaan.
selepas take 5 seketika sambil meninjau-ninjau kembali arah yang lebih sesuai, kami mengambil keputusan untuk mencari jalan mengikut perancangan awal semula. di situ kami mula menyusur tebing kebun lama. masa ni kakyang agak tersisih ke belakang dari jejak jimmy dan sham yang dah berada di depan. terkial2 kakyang mencari jejak mereka memandangkan cantasan rintisan yang agak sedikit kerana ketika itu melereng di kebun tinggal.
Hati ni risau je jika terserempak dengan serangga/binantang berbisa.
selepas seketika, kami mula mendapat momentom rintis bila mula dpt kembali trek yang dirancang. kami mula masuk pintu rimba menuju ke arah Bukit Umur Lalang. dan mula jumpa trek-trek balak tinggal. bila jumpa trek balak tinggal ni, rintisan tak lah terlalu teruk sbb kebanyakkannya adalah resam atau pokok2 hutan yang kecil yg baru mula nak tumbuh.
setelah hampir 2 jam berhempas pulas rintis, rujuk gps, rintis, rujuk topo, rintis, akhirnya kami sampai ke puncak Bukit Umor Lalang.
setelah tanda puncak, rehat dan bergambar, kami mulakan perjalan untuk kembali ke simpang Y untuk lunch dan kembali mulakan perjalanan menuju ke puncak bukit ke2 iaitu Bukit Menonging yang terletak hampir 30minit perjalanan dari simpang Y.
Setelah tanda puncak dan rehat sebentar, perjalanan diteruskan untuk merintis ke Bukit Kloboian. Dari peta topo, bukit ni terletak agak terpisah dari permatang bukit-bukit lain. Semasa berehat, abam-abam sado berbincang sama sendiri samada nak meneruskan perjalanan ke situ atau nak skip bukit ini.
setelah pros n cons, semua setuju untuk teruskan include juga bukit ini dlm rintisan. kami mula bergerak ke hadapan lagi untuk mencari jalan ke Bukit Kloboian.
Setelah seketika berjalan, pergerakan kami terhenti di cerun lembah yang sangat dalam. memandang ke hadapan. jika melalui cerun ini, bermakna kami perlu menurun lembah yang curam dan dari topo, kelihatan lembah ini betul-betul melembah dalam dan pergerakan perlu berhati-hati bagi mengelak sebarang kecelakaan.
lagi sekali team berbincang. dan keputusannya, kami berpatah balik ke belakang yg menurut jimmy, seperti ada jalan/permatang yang lebih dekat untuk ke bukit kloboian.
dalam perjalanan patah balik tersebut, team masih lagi menimbang-nimbang dan berbincang mengenai jarak dan kemungkinan yg bakal dilalui utk ke bukit tersebut.
memandangkan waktu dah hampir lewat petang, dan keadaan abam2 sado yang agak keletihan dgn rintisan 2 bukit terawal dan tidak mungkin kami akan dapat meneruskan rintisan hingga ke peak yang dimaksudkan dgn waktu yg bersisa, kami bersepakat untuk hentikan rintisan untuk hari pertama di puncak menongging.
kawasan tersebut terus diterangkan dan khemah didirikan untuk bermalam.
|
task dia dlm trip ni adalah utk hidupkan unggun api. muhahahahaha |
|
masing2 dah keletihan. engin belum panas di hari pertama |
Keesokan harinya, seawal 8.30pg kami mulakan pergerakan untuk merintis di hari ke2 menuju ke Bukit Kloboian. Trek rintisan melereng curam turun ke lembah yang berakhir di punca air kecil. dari peta topo, punca air tersebut adalah Sungai Sosok Dunia.
Punca airnya sangat kecil. tp cukuplah untuk tadah dan topup utk bekalan air utk hari2 seterusnya. setelah take 5 dan bergambar sebentar, kami mula naik semula ke tebing setentang bagi menyambung pendakian.
Disebabkan keasyikan utk bergambar di punca air tadi, kakyang, sham dan munira sedikit terpisah dari abg dhill, jimmy dan nazir.
Selepas menaiki trek balak pendek, kami mula kehilangan jejak rintisan mereka. Kakyang mula rasa pelik, tak mungkin mereka langsung tidak mencantas pokok-pokok renek yg ada walaupun trek balak tersebut tidak terlalu bersemak. makin kami menyusuri trek balak tersebut makin dalam, tak ditemui satu jejak rintisan pun. akhirnya kami sampai ke penghujung trek balak yg telah diselaputi semak resam yang tinggi. trek mati. lgpun dari gps, puncak Kloboian dah menyisih ke kanan trek.
kami mula yakin yg kami tidak mengikut trek yang sama dgn abg dhill, jimmy dan nazir. kami mula melaung sebagai isyarat mencari kedudukan mereka. diam. laungan kami tidak bersahut.
kami undur semula sedikit ke pangkal trek sambil melaung laung lagi. masih juga tidak bersahut.
akak dan munira tunggu sini, sy pergi trace ke belakang kejap. sham bersuara.
kakyang dan munira lepaskan beban masing2 dan duduk menanti di atas trek. dari kejauhan dengar sham memberi isyarat mencari jejak abg dhill, jimmy dan nazir.
tak lama kemudian, sham kembali semula ke tempat kakyang dan munira menunggu.
tak dengar apa-apa la kak. bekas cantas apa2 pun takde. tak mungkin diorang tak menebas langsung. sham memberi maklumbalas.
kita tunggu sekejap di sini. arah sham lagi.
kakyang dan munira akur. dalam situasi begini, kena bertenang. sesekali kami melaung2 lagi memberi isyarat kepada abg dhill, jimmy dan nazir.
tiba-tiba laungan kami bersahut. kedengarannya seperti jauh dibawah lereng di hadapan kami. fuh lega...
selepas beberapa siri komunikasi kedudukan masing-masing, akhirnya jimmy, abg dhill dan nazir sampai di tempat kami menunggu dengan basah lencun berpeluh peluh.
kami jumpa jeram di bawah. tak dengar laungan korang. bunyi jeram bising. report jimmy
besar tak jeramnya? kakyang bertanya ingin tahu
tak besar sangat. lepaslah utk cuci bontot. balas abg dhill bergurau.
setelah memberi laluan seketika utk abg dhill, jimmi dan nazir berehat, kami sambung rintisan ke puncak kloboian. kakyang dan abg dhill naik dari resam yang ditebuk oleh jimmy, manakala nazir dan munira ikut sham naik dari tebing beresam di sebelah kanan sedikit yg kemudiannya bertemu di tebing di atas.
rintisan diteruskan lagi sehinggalah kami sampai ke titik tertinggi puncak. dalam perjalanan tersebut, jimmy ternampak lipan bara sedang melintas trek.
|
Pakar2 tengah decide peak. peak ditanda selepas dpt sepakatan dan persetujuan semua |
selepas menanda puncak dan bergambar, kami meneruskan perjalanan rintisan ke puncak seterusnya Bukit Jeram Musat.
rintisan ke JM agak mudah. 1jam kemudian, kami sampai ke puncak Jeram Musat. Puncak ditanda, bergambar kenangan dan perjalanan diteruskan ke puncak selanjutnya..
1 Jam kemudian, kami sampai ke puncak Bukit Liat. rintisan agak mudah juga kerana mengikut trek balak lama dan terdapat tanda2 trek Jupem .. Ada kesan yg pernah dilalui oleh org lain. Trek agak landai menaik 400m tembak tegak ke peak liat.
Banyak kacip fatimah otw ke puncak Bukit Liat
rintisan kami selanjutnya diteruskan ke peak lachak
dari puncak Bukit Lachak, kami perlu menuruni lembah yang agak juram, struktur tanahnya gambutnya yg lembab, peroi dan licin agak menyukarkan pergerakan. perlu berhati-hati bagi mengelak sebarang kecelakaan.
dalam berhati-hati tu, kakyang tergelincir juga sedikit sebelum kaki terselit celah rotan sebesar lengan. nasib baiklah kaki tersepit celah rotan tu, kalau idak.. mau terus gelongsor ke bawah.
selepas berhempas pulas melepaskan kaki yg tersepit sambil cuba mengimbangi badan dari terus tergelincir sbb tangan tak boleh nak berpaut dgn mana-mana pokok sangat. kiri kanan banyak pokok rotan berduri atau bertam kecil. kakyang manage sampai ke lembah bawah yang berbatu besar. dari situ kena naik semula ke kebing seterusnya yang agak pacak sekitar 45°
1 jam merintis, akhirnya kami sampai ke Puncak Bukit Lachak yang berkedudukan agak landai. kami memilih sebatang pokok yg sesuai dalam lingkungan topo tertinggi untuk ditandakan sebagai puncak.
sekitar jam 6pm kami mula gerak dari puncak lachak ke puncak Sangkar puyuh.
Mula2 trek balak menurun. 400m ke hadap an bertembung dgn resam dan mengadap rumpun buluh dlm gelap maghrib. Kemudian jalan divert keluar sikit dari trek balak dan mengadap resam rotan semula. Dlm gelap, rintis terhenti sbb lg sekali trek terhalang dgn rumpun buluh tebal. Kami ke belakang semula untuk mencuba cari semula trek balak. Berjaya menembus resam tebal di trek balak sebelum berjumpa semula trek yang agak lalang.
Perjalanan masih lg berbaik 200m tembak tegak. Apa rintangan yg bakal dihadapi di hadapan masih belum pasti.
|
dah malam. tp rintisan belum abis |
Take 5 sekejap dalam berjalanan ke puncak sangkar puyuh untuk melepas lelah. semua dah terdiam keletihan. apatah lagi malam2 gelap begitu berada di dalam hutan yang tidak di lalui org adalah sesuatu yang sangat menyeramkan samada seram mistik atau seram dengan binatang sama naik jer.
tiba-tiba kehenigan malam yg bertemankan bunyi unggas malam dipecah oleh suara jimmy.
tengok tu! tengok tu! apa yg bercahaya tu?
mana-mana? bersuara yg lain
tuuuu.. arah cahaya lampu aku. balas jimmy
rupanya jimmy nampak cahaya dari mana binantang yg tidak pasti apa. mungkin burung, mungkin juga binatang hutan lain. masa tu kakyang hanya berdoa dalam hati.. jgn lah mata tu dari binatang buas atau dari alam lain.. huhuhu
setelah masing2 telah dapat rehat sebentar, kami mula melangkah semula menyambung rintisan sedikit lagi. akhirnya sekitar jam 8mlm kami selamat sampai ke puncak Bukit Sangkar Puyuh.
alhamdulillah... syujud syukur bila dah sampai kat sini. ini bermakna tamatnya xtvt rintisan untuk trip kali ini. esok hanya perlu menyusuri trek TSM yang telah dikomersialkan.
Khemah di pasang dan kami mula berehat untuk recharge tenaga bagi menyambung perjalanan esok. tidur di puncak Sangkar Puyuh tersangatlah sejuk dan berangin. kami semua tak nyenyak tidu mlm tersebut kerana terlalu sejuk, keesokannya pula, sham cerita terdengar bunyi tapak kaki berjalan di belakang khemah. namun tidak dapat dipastikan bunyi tapak kaki apakah itu. bermacham2 andian dari kami keluarkan, tp tiada satu pun yang boleh diterima dek akal. bunyi tersebut kekal misteri kepada kami.
yang lagi misteri, pacat siapa yang dah kekenyangan di lenyek oleh munira masa tido? terdapat kesan darah pacat di seluar munira. tp takde pula kesan gigitan pacatnya kat badan dia.org lain pun tak mengaku pacat diorang since xde siapa yg nampak bekas gigitan pacat. misteriiiii doh.
|
sham menarik nafas lega bila dah sampai ke puncak sangkar puyuh. |
keesokan harinya kami bergerak ke peak gunung Jono dan berpatah balik semula ke sangkar puyuh sebelum menyambung semula perjalan seterusnya ke puncak-puncak lain bagi melengkapkan pendakian trans Seri Menanti full version ini dengan menyusuri trek yang telah dikomersialkan baru-baru ini.
bila menyusuri trek-trek ini, terimbau kembali kenangan-kenangan merintis menyambung 7 puncak terawal ini.
sayangnya trek sekarang telah hancur dan jd hway dgn beberapa lencongan ke waterpoint. trek juga jd sangat berselut licin dan steepy ke lembah waterpoint sekitar bukit rambai.
namun, usaha mengkomersialkan trek oleh team tersebut sangat dihargai bila terdapat banyak tali-tali keselamatan dan kem-kem dibangunkan bagi memastikan keselesaan pendaki pelancong lain.
ada juga beberapa tanda puncak asal kami di ubah ke pokok lain yg dirasakan lebih bertepatan dengan titik puncak. pada kami, itu tidak menjadi perbalahan asalkan tidak lari jauh dari topo puncak.
akhirnya kami menamatkan pendakian TSM Full Version ini bila selamat sampai ke kolam ikan di penghujung kampung pasir pada jam 9 malam.
dalam trip ni, kakyang kena scam dengan penipuan penipuan terbaru.. 200 lg ke peak. Dh jln 200m, sambung lg 200 m🤣🤣🤣
mana org pakai 5 minit lagi kak. 5 minit lagi..5 minit lagi.. LEMAH!
1.Bt umor lalang - 1115ft / 340m
2. Bkt menongging -1410ft / 430m
3. Bkt kloboian-1148ft / 350m
4. Bkt jeram musat -2060ft/627m
5. Bkt liat -2580ft / 786m
6. Bkt lachak-2455ft /748m
7. Gunung Jono
8. Bukit Sangkar puyuh
9. Bukit Machat
10. Bukit Payung
11. Bukit Ulu pilah
12. Bukit Rambai
13. Gunung Pasir
nota tambahan ;.
Trans Seri Menanti diadakan sebagai simbolik laluan adat kawasan luak johol, luak Inas, luak gemenceh dan luak rembau. Datuk adat akan berjalan ke istana seri menanti untuk xtvt pengistiadatan.
|
tugas menanda puncak diberikan kepada ketua trip; abg dhill |
|
waterpoint yg pernah kami singgah ni terletak tepi trek Bukit Rambai |
|
puncak-puncak yg terlibat dalam Trans Seri Menanti Full Version |
|
trek balak yg sama dilalui dlm perjalanan ke Bukit Rambai kini makin dinaiki semak |
|
drama sekitar puncak Bukit Lachak- peak rintis ke 6 |
|
sembang-sembang makan kuaci sebelum penutup malam di puncak sangkar Puyuh |
|
bercalar panjang hasil dicium duri rotan yg berjuntaian |
|
buah-buah rotan hutan |
|
rehat sebentar di kem Piuk G |
|
lunch di waterpoint Bukit Rambai pd hari ke3 |
|
tapak harimau |
|
jimmy bawa balik. nak buat jeruk kelubi katanya |
|
apa maksud marking ni/ |
|
penemuan waterpoint Sungai Sosok Dunia |
|
info penuh treking TSSM Full Version |