Friday, December 8, 2023

Happy birthday!

3 hari lepas besday KY daa.. post lambat sikit sbb tak sempat nak mengarang. almaklumlah super bz dgn hal dunia, konvo anak,  etc.

hari ni pun sbb kebetulannya hari jumaat. lunch break panjang sikit, jdnya sempatlah melontarkan idea untuk menulis.

Apa cerita besday tahun ni?

seawal detik 0006 am si kecik dah tepon wish birthday. KY dah tido time tu. dlm mamai-mamai tu tersengeh la juga bila anak call dari asrama tengah2 malam utk wish besday kan. 

tak lama kemudian, si teruna pula balik dari kerja dan masuk salam dan wish besday. haaa bertambah berbunga hati si ibu bila both anak2 ingat besday ibunya.

lepas anak dah keluar, mata KY dah cerah sikit. terus capai henpon dan tengok WA. si banker dah mesej wish besday dan inform dia kat hospital. emergency admited katanya. rythm jantung tak normal. so birthday treat yg dijanjikan pd hari birthday kena tunda.

terus KY reply tanyakan khabar. sambung VC pula pastu. belum tido rupanya. masih di emergency ward dlm process admission. katanya jgn risau. semua under controll tp sempat minta maaf takut tak jumpa lagi dah. empangan air mata terus pecah. wpun dah takde apa2. tp bila bab gini, tetap boleh buatkan KY sensitif. Aduhaiiii.. 

dan tak pasal2 juga kena marah dgn KY. huhu

pg esoknya nampak announcement official dari ofice for dec babies. tp nama KY tak listed dlm tu. takpelah.. i am nobody to be remember pun. acewah.. merajuk. hahaha

takpa. asalkan yg rapat2 wish dan ingat, dah mencukupi. tp bila member seunit tak ingat, kecik juga hati kan kan kan? hahahahaha kecik sikit je. but i'm ok. really :P

menjelang thari sikit, kwn2 poli mula wish dan tak lupa juga wish dari Along yang tak pernah missed wish besday tiap2 tahun. terharu.

KY masih menunggu wish dari seseorang itu. wpun agak tipis, tp masih berharap. wink

dlm perjalanan balik kerja petangnya, KY pm anak teruna dan suh siap. jap lg kakyang balik fetch dia dan kluar dinner sama mentelah dia pun off day pd hari tersebut. dlm kepala dok pk, eh tak meriahnya besday aku ni.. nak invite siapa utk dinner sekali ya? 

terus teringat abg long n kakak long KY yg duduk nearby. terus KY pm diorang dan ajak join dinner sama. ingatkan nak belanja diorang, rupanya terus abg belanja dan kaklong bg goodies dari pangkor as token birthday. hehehe tq kaklong/abglong!

dinner tambah meriah bila anak kecik KY turut balik semata-mata nak peluk cium ibunya di hari birthday!... wah..terharu sungguh.

KY up beberapa gambar celebrate birthday dgn  harapan 'pancing' wish dari org tu. org tu tengok. tp nan hado wish darinya. Fine! conclusionnya... confirmlah kena move on!

move on KY! move on!. hahahahaha redha je lah. blewk!

KY dpt juga wish birthday seram dari diorang di bawah ni... wish tanda ingatan yang ada makna na..dont play play okayy. silap2 haribulan tak lepas nak cross sempadan hahahaha 






Perginya seorang sahabat

Innalillahiwainnailaihirojiun... dariNya kita dtg, kepadaNya juga kita kembali.

Pejam celik, pejam celik rupanya dah hampir seminggu perginya seorang sahabat. Dalam hati dok rasa dia masih ada di hujung KLsana menjalankan rutin harian bersama keluarga, rakan2 sekerja dan sahabat2 lain. Tapi bila sedar pada realitinya... masyaallah mata akan terus berkaca-kaca mengenangkan tak akan berjumpa lagi sahabat sepertinya.

Alkisah berita dia sakit kakyang mula terima dari Pyan pada 11 Nov lalu. Pastinya bilamasa Pyan dah mula menyebarkan berita ini, hatinya dah mula bertambah gusar dan risau dgn keadaan sahabat baiknya. Pastinya pada masa tersebut semua sahabat handai berharap doa-doa dari sahabat lain boleh membantu penyembuhan segera sahabat mereka ini.

Rupanya.. Dia lebih menyayangi sahabat kami ini. mesej-mesej makluman pemergian beliau mula tersebar dlm group2 WA mana yg ada.

Perginya seorang insan yang sangat baik hati dgn sesiapa shj. Buddy hiking. sweeper. tanker. saver. bodyguard. penasihat, u just named it.
Macik cerita masalah ada org kacau.
"Ko nak aku hantar org ganyang dia tak?"
Macik pewai pikul barang masa hiking.
"bak sini barang ko aku bawakan"
Macik tak sampai-sampai ke campsite lepas turun dari puncak gunung.
"bawakan kopi dan biskut ni naik ke atas utk nath."
Macik tergelincir di trek berbatu poros dan takut nak bangun risau tergelongsor masuk gaung.
"ko pegang tangan aku."
Macik merengek nak juga beli khemah murah dari kawan dia.
"nanti aku hantar rumah ko lepas dpt stok dari kawan."
Macik kena soal siasat dgn polis sbb berkhemah di tepi pantai musim PKP.
"aku dengar je polis tu soal ko. aku nampak ko boleh handle, aku biar je lah."
macik takut nak mandi kat sungai sbb dah gelap
"ko gi mandi, aku pantau dari tepi ni.
macik kelaparan lepas hiking yang panjang.
"nah nasi ngan air ko"
macik bgtau anak nak naik bukit dlm kawasan dia tanpa permit.
"suh anak ko naik je, kalau ada apa-apa, suh dia call aku."
macik nak ikut trip rahsia boboboi.
"jomlah."

siapa lagi nak manjakan macik mcm ini lepas ni. huhuhu

Terima kasih untuk segalanya Joi.
Tenanglah di sana bersama para solihin..
SJN ZULKIFLI BIN ZAINUL ABIDIN dalam kenangan.
Alfatihah
this pic gonna be my fev picture ever


Graduation to remember

Nak post juga kat sini sebagai kenangan. Proud moments bg kakyang. Bukan mudah nak oii nak pastikan anak nan seorang ni dpt naik pentas gini.

Ya. Baru diploma je cheq. Tetap KY nak berbangga dgn kejayaan ini. Bangga dgn anak dpt survived abiskan pengajian diploma dia. Bangga juga dgn diri KY yg banyaaakkkkk bersabar  dgn karenah dan mcm2hal lah sepanjang dia nak habiskan pengajian dia peringkat diploma ni.

Sejak kematian ayahnya menjelang exam besar masa sekolah menengah, si kecik ni mengalami kemerosotan prestasi dan depression yang sangat teruk. Zikir nak tukar sekolah jgn ckp lah. Tiap-tiap tahun minta tukar sekolah. Tu tak termasuk lg kes2 tantrumnya di sekolah sampai dpt amaran akhir nak kena buang sekolah.

"kalau kena buang sekolah, mcm mn ibu?"
"takpe. Kita tumpang ambil exam spm kat sekolah luar. Nanti ibu carikan private tutor utk adik"

Sampai ayat pasrah begitu KY ucapkan demi memastikan anak masih nak belajar.

Bila dah masuk pengajian diploma, lg sekali semangat anak teruji bila wabak covid 19 melanda bumi. Anak  yg baru nak mula pengajian mula tertekan lg sekali bila kena berkuliah secara online.  Mcm tak belajar katanya.belajar dgn utube, terkurung belajar sendiri di rumah hanya bergantung pada internet semata-mata.

Permohonan nak brenti kuliah timbul lg. Operasi pujuk memujuk lg sekali berulang.

Jgn dik.. Ingat semula betapa susahnya kita mencari peluang masuk university dgn kursus yg adik nak. Ingat semula mcm mana ibu contact habis segala kenalan yg tak seberapa tu bg memastikan awak dpt penempatan di universiti. Ingat semula berapa banyak kos yg ibu dah laburkan bg memastikan awak tamat pengajian dgn selesa.

Haaa.. Mcm tulah strugglenya nak memastikan seketul anak nan sorang ni habiskan pengajiannya. Barui peringkat diploma. Huh

Sekarang tengah sambung degree pula. Entah apa pula yg akan KY mengadap kali ini. Yg pastinya KY kecut perut tiap kali teringat kos yuran dia setiap semester yang umpama boleh buat umrah vvip!

Bukan merungut. Tp sj nak cerita sbb apa KY agak proud dgn kejayaan inisetelah beberapa fasa cabarannya bukan calang2 utk kami berjaya ditempuhi.

Apapun.. Tahniah anak ibu! Tahniah kerana berjaya harungi segala cabaran fizikal, mental dan spiritual hingga ke hari ini.

Kuatkan lagi semangat dan mental serta jati diri kamu demi mengharungi cabaran yang bakal mendatang di zaman yang sangat mencabar ini.

Doa ibu sentiasa bersama anak2 ibu. Love you😘♥️

#ceritatentangkenangan







Thursday, October 12, 2023

LET THEM


Let them argue
let them fight
let them think
they are right
let them gossip
let them rage
let them build
themselves a cage
let them judge
let them talk
let them walk
the way they walk
let them laugh
behind your back
they cannot push you
from your track
let them steal
each other’s joy
let them silence
virtue’s voice
let them wrestle
for the throne
let them pick flesh
from their bones
but of all
you let them do
do not let them
alter you
keep your focus
on the sky
and all the beauty
you pass by
stay within
your well-built walls
and answer only
worthy calls
let them lie
if they must
it’s yourself
you need to trust.
Macik jumpa poem ni dari page Donna Ashworth. From my new Sunday Times Bestseller ‘Wild Hope’.

Kebetulan pula masa ni macik agak 'hangin' di pejabat bila ada senior tuduh macik passing call ke ext dia. Hello! ini ex-customer service la. tak akan buat mcm tu kat org. bertahun macik di didik dan diterap dgn sikap jawab segala soalan customer dgn berhemah dan selesaikan masalah customer. tak akan simply transfer call kepada org lain wpun soalan-soalan customer tu tak related pun dgn area dia.

salah org lah dia nak main tuduh tu gitu. hangin tul. huh!

Hutang lapuk

 list hutang-hutang post hiking kakyang makin bertambah. mcm mn bertambahnya hutang bank, mcm tu lah bertambah juga hutang posting. aduhaiii.. mood mengarah kelaut betul. bila dah lama, dah kurang ingat kejadian2 istimewa dlm trip. nak menulis pun dah tak feel. nak tulis cepat, dah tak sempat dan mood tak mari pula. adehhhhh..

Trip GBB

Trip latimojong

Trip MLM - draft tp belum siap. haha

trip Gunung Benum - belum update

trip Gunung Liang E/W - belum update

trip Gunung Sinsing-Kaingaran-minodtuhan - pun belum update

tambah trip baru pula Gunung Chabang. huhuhu


apa ni macik....

Friday, August 25, 2023

Trip to Tawau, Sabah

kerja banyak. tp mai sakit kepala pula. dari pg td dok melayan mual dan pening. agaknya sbb terlebih makan kuih berminyak pg td kot. aduhaiiii dah tua-tua ni, salah mkn sikit pun tak boleh.

meh la kakyang summary sikit cerita visit Tawau awal May haritu. 

oooo.. buat kerja tak boleh, tp tulis blog boleh pulak ya? hahahahaha
tulis blog tak perlukan otak kerja keras. buat kerja ofis otak kerja keras.  alasan  :P

meh sambung cerita jalan-jalan di tawau.

spt biasa, bila ada je trip hiking di tempat yg tak pernah jejak, team akan usahakan ada lawatan sampingan ke kawasan berdekatan. org kedah kata kill 2 birds with one stone. haa gitu lah.

makanya... mcm-macamlah lawatan sampingan yang diorang cuba cover sepanjang berada di tawau..

kakyang pergi sana dah 1 hari awal dari yg lain. kakyang divert turun KK dulu. sepatutnya bermalam di KK 1 mlm. then the next day baru turun tawau. tp disebabkan flight AA ke tawau rescheduled ke masa yg tak sesuai, kami decide batal terus tiket tersebut dan ambil tiket lain petang yang sama kakyang sampai ke KK untuk terus ke tawau. makanya, sampailah kakyang kat tawau pd petang 30hb itself. Ambil grab terus ke hotel penginapan di tengah pekan tawau. since sampai pun dah lewat petang, rehat-rehat sekejap, pastu kami turun ronda sekitar hotel sekejap sebelum makan di cafe berhadapan dgn hotel sambil layan busking.

The next day, sementara menunggu team lain sampai ke tawau dari KL, kakyang keluar breakfast di luar sambil meronda bandar tawau kejap. pagi-pagi dah 10k step sambil ambil gambar di beberapa tempat menarik  sekitar bandar tawau.

Lepas check out hotel t/hari tu, kami terus ambil grab ke Restoran Titingan utk meet up dgn team yg lainnya. restoren ni terkenal dgn masakan seafoodnya yg sedap dan murah. kami makan dgn 2,3 set kecil pun boleh makan sampai 4,5 org. harga tak sampai rm40 seorang. murah lah tu compare dgn banyaknya tu. kalau kat KL, mau beratus dah.

Dari sini, kami ambil grab lg sekali untuk ke homestay sebelum keluar semula ke Bataras yg berdekatan untuk membeli ration untuk trip hiking MLM. Kami berpecah 3 group sambil mencari barang dgn troli di tangan masing-masing. berjam jugalah dlm tu nak menunggu siap membeli mcm nak duduk sebulan. 

Masa nak balik, kami kena sidai dgn grab. tunggu punya tunggu, grab tak sampai-sampai. dlm apps dok nampak kereta tu pusing-pusing, sat 4 minit away, sat lg 6 minit away. dok pi mai p mai tang tu lah. last2 kami cancel booking tu dan order kereta lain. sejam lebih la juga dok tersidai berdiri depan bataras tu. huhu

Pulang ke homestay kerja-kerja agihan ration diserahkan kepada sham sepenuhnya. kakyang tau collect dah siap susun ja. hahah. cerita Trip MLM kakyang akan ceritakan dlm pos yang lain ya. 

 

Pulang dari hutan, kami terus ke semporna semula untuk trip selingan. menginap lg satu homestay di semporna. the next day terus ambil grab dan pergi ke jeti untuk trip snorkeling dan hike bohey dulang.

Balik dari trip  laut, kami santai-santai ronda bandar semporna sambil mengeteh di kedai mamak. Esoknya otw balik ke tawau, kami sempat singgah ke Kampung Cocos. Kampung ni terkenal dengan rupa bentuk sungainya yg berbatuan heksagon hasil dari lawa gunung berapi dahulu kala.

Sampai kat tawau, lg sekali kami check in di King Hotel pastu keluar dinner mencari seafood dan ronda-ronda sekitar pasar malam tawau lagi. entah berapa puluh ribu step entahlah dlm trip ni. menapak jer kerjanya.

The next day, sebelum bergerak balik sempatlah juga ikut diorang pergi pasar basah tawau. dari ikut nak tengok-tengok org lain beli seafood, akhirnya terjebak juga beli udang besar dan ketam nipah. adoiiii murah gila kot. lg gila kalau tak beli. dari menyesal balik nanti, baik beli. ye dak?

thari tu flight balik ke KK manakala yg lain balik ke KL, Masa dlm flight baru kami ambil keputusan untuk sewa kereta dan pergi ke kota belut. niatnya nak ke tip of borneo.

Sampai je di KK petang tersebut, terus sewa kereta dan terus ke Tips of Borneo. Dlm perjalanan balik, kami singgah menginap di Kota Belut. next day barulah kembali ke KK dan pulang ke destinasi masing-masing.

Jomlah layan gambar cantik sekitar trip Tawau ni.












Wednesday, August 23, 2023

Gunung Kinabalu Re-visit

 

Alhamdulillah.. demi menunaikan janji membawa kawan-kawan ofis, macik berjaya jua memaksa diri menapak gunung tertinggi di Malaya ni buat kali ke2.

Kali pertama adalah 9 tahun lalu dengan trek Mersilau tanpa pengalaman yang betul-betul dianggap mendaki. nak claim pernah mendaki gunung sebelum tu pun tak boleh sbb naik separuh jalan je. Dah tu berbelas tahun sebelum pulak. hahahhaha
Kali pertama mendaki Gunung Kinabalu, turun dgn kaki semua kejang sampai jalan mcm ketam. plan nak jalan-jalan kundasang selepas tu pun terpaksa tunda sbb dah tak daya nak angkat kaki.
Kali ke2 ni, alhamdulillah semuanya dipermudahkan wpun cuaca tidak begitu menyebelahi kami. lagi 2km nak sampai Panalaban, hujan lebat menyambut. Esoknya nak turun ke bawah pun hujan lagi.
Semasa sampai ke teahouse, baju basah kuyup. Niatnya nak panaskan badan dgn kopi panas, tak dpt tempat duduk pula wpun kerusi banyak kosong lagi. bila ditanya, ada org. kawan sy dtg kejap lagi.
lastnya tunggulah tegak berdiri di sisi meja kawan sambil borak-borak kosong mengharapkan yg dah lama di situ untuk bangun berdiri dan beredar pergi bagi memberi ruang KY yg dah gigil kesejukan.
Sudahnya seorang mat saleh yg hulurkan kerusi yang dari tadi reserved utk kawannya. Terima kasih wahai saudara. mana perginya gentleman beradab dari negara sendiri? hmmm
Apapun, alhamdulillah diberi peluang sekali lagi ke sini. jika di tanya nak naik lagi ke lepas ni?mulut jawab tobat tanak naik lagi. tp hati dah berkata-kata bukan boleh percaya dia ni. silap haribulan esok lusa lepas hilang sakit kakinya tu, mau dia angkat kaki mendaki lagi. hihi






Turun dari gunung, dgn confidentnya KY arrange trip masuk pulau.. Masa buat arrangement tu, member KY dah tanya, sure ke nak jalan2? mampu ke nak naik turun boat nanti? hahahah risau semua mengetam lah tu. kakyang yakin boleh sbb dlm banyak2 trip selama ni pun, terus merayau je lepas turun gunung. kiki



Exploring Royal Belum

Awal bulan Ogos lalu kakyang ikut trip csr ofis ke Royal Belum. Mulanya KakYang malas nak join dan nak beri kesempatan kepada kawan-kawan ofis pula utk bercuti. Korang p lah bercuti. biar aku pula jaga ofis. aaa gitiewww...

Tp bila asal ketua program dtg ofis jer dia mesti tanya akak tak ikut ke royal belum ke? lain kali dia dtg lagi tempat KY dan tanya lagi tak pergi ke? asyik itu je soalan dia, akhirnya KY mengalah. Tp sebelum berikan persetujuan, KY tanya boss dulu. "Boleh ke boss saya pergi? Kalau saya pergi juga, bermakna kita akan tutup ofis sebab yang lain pun pergi."

Bos kata OK. makanya..apa lagi, terus lah KY bagi nama utk ikut. Dalam kepala masa tu bercongak-congak juga kos yg perlu di bayar. Sebabnya.. KY dah banyak habis duit bayar program-program hiking. pergi ke Royal Belum bermakna kos tambahan lagi pd KY.

Bila tengok kawan-kawan excited bila KY setuju nak ikut, kakyang redhalah. pergi je. insyaallah Allah permudahkan bab kewangan tu nanti.

Alhamdulillah.. merasa juga kakyang naik houseboat yg dah lama kakyang teringin nak try. Merasa juga kakyang melawat perkampungan OA kat sana. merasa juga kakyang main rakit buluh lg sekali. merasa juga kakyang panjat 2 waterfall kat situ. dan merasa jugalah kakyang tengok berapa sportingnya bos-bos fakulti kakyang. hahahaah semua mcm anak terlepas kandang. all out tanpa hiding perangai masing-masing.

ada kaki gelak. ada kaki berendam sampai di gelar memerang lah, ketua memerang lah. ada pandai menyanyi. ada pandai main daun terup wpun berkopiah. mcm-macamlah. KY perhatikan je perangai maisng-masing. kiki

moh lah layan gambar2 sekitar xtvt houseboat kali ni. Enjoyyy..