Sunday, February 12, 2023

Umrah 2023

 Alhamdulillah.. Allah rezekikan kakyang dpt buka lebaran tahun baru 2023 dgn mengerjakan umrah kali ni. Kakyang ke sana dari 3-14 Jan lalu.

Semuanya bermula dari pertanyaan kakyang kepada kakak ipar pada penghujung tahun lepas. kakyang tanya dia perihal harga pekej umrah yang member tawarkan dan ajak pergi bersama. kalau tak silap masa tu bulan Oct kot. tarikh perjalanan sekitar end nov. Lepas kak ipar kakyang advice gitu gini dia kata ok dgn harga pekej tu. kira normal price lah.

dlm kesibukan tu, lastnya kakyang terus diam mcm tu sahaja.

selang beberapa bulan, dlm december kak ipar kakyang call.
"u nak ikut i pergi umrah tak?" dia bertanya
"bila? cost dlm berapa?" balas kakyang minta details
"awal tahun (2023). tp i belum decide bila. harga dlm RMXXX. i tengah cuba discuss dgn mutawif utk dpt harga lama." kak ipar balas.
"ok lah. count me in. nanti apa2 u update semula ya."

sejak dari itulah makanya terjadilah umrah ini. masa mula-mula kakyang maklumkan anak2 yg kakyang akan buat umrah, perkara pertama anak kakyang tanya pasal cost. bila bagi tahu harga, dia kata mahalnya ibu!

ya. mmg kakyang sendiri terasa agak mahal. mahal pada poket kerani cabuk mcm kakyang ni lah kan. harga tu pada pegawai tinggi kerajaan pencen mcm kak ipar kakyang tu, idaklah mahal pada mereka pun. tp bila fikirkan bila lagi nak pergi? alang2 ada duit terjatuh ni, pergi je lah terus. kalau trip hiking tu dah beribu juga habisnya. kenapa trip ibadah boleh fikir mahal pula?

itulah jawapan balas kakyang pada anak2. diorang pun angguk dan diam je. lgpun pada kakyang, anggap ini sebagai jemputan Allah ke rumahNya. sbb kali ni kakyang rasa ringan je mulu bersetuju.

Dulu, masa mula-mula org bertanya apasal tak pergi umrah, kakyang jawab belum ready. sbb hati dok pk bila pergi umrah, siap nak singgah2 tengok piramit lah, jordan lah. mcm2 lah. dok pk pasal nak berjalan melancong.

pastu lagi sekali bila rasa nak pergi sbb dah betulkan niat, tiba2 keluar arahan kena pergi dgn mahram pula. terbantut lagi.

lg sekali rasa nak buat umrah, duit pula dah habis dgn trip2 hiking.

tapi kali ni, bila kakipar tanya je, terus OK. mentelah pula kebetulannya ada duit terjatuh sikit, lg lah mudah kakyang sebut OK.

lepas debak debuk buat persiapan last minit, akkhirnya.. dptlah jua kakyang jejak kaki kat sana..

kita layan gambar dulu ya. panjang pula mukadimahnya. nanti kalau rajin kakyang buat part 2 sbb ada banyak benda menarik nak cerita. hahahhaha mcm janji dicapati je nih. kikiki


di jabal rahmah. siapa sudi sambut tangan kakyang kat sini? hahhaha gedix :P

mkn nasi arab masa otw ke taif

pemandangan Taif sangatttttttt cantik. tetiba teringat cerita Alhamra tu.

salah satu masjid otw kejeddah

masjid Quba

nampak tak sakan shopping tu. amal mana? hehehe

jumpa lagi sorang kak ipar di madinah

hari-hari view dpn mata mcm ni..Subhanallah!


OOTD sementara tunggu bas utk lawatan luar

best naik benda ni. kiki

kedai2 kurma + kekacang ni murah. belakang clock tower

pemandangan kota Mekah dari Jabar Nur



tk banyak gambar mcm ni sbb rasa tak proper nak bergambar sakan di tempat suci mcm ni

di telaga izzq yg ada sejarah tersendiri

tengah Q nak masuk raudah

yg dlm kotak bertanda merah tu katanya bekas tapak kaki nabi semasa naik ke bukit ni

OOTD di Telaga Izzq. meh sini awal sikit, port ootd banyak :D


1 comment:

Artie said...

Suasana nampak damai & tenang, cantik² gambar² dikongsikan akak, betul² menggamit memori kami sefamili ketika mengerjakan umrah beberapa tahun yg lalu. Thanks share yea ;)