wowww tajuk! mcm tour de langkawi! kikiki
masa cuti xmas last week, kakyang ikut team hiking gunung area utara.
ptg 24hb tu dah mula gerak ke Baling Kedah. singgah bermalam jap kat rumah kawan joi sebelum kul 2am keluar untuk hike Gunung Pulai.
Turun dari Gunung Pulai, kami gegas ke Jeti Kuala Kedah untuk ambik feri ke Langkawi. Sebelum tu sempatlah singgah park kereta kat rumah mak kakyang. Abg cik tlg antar ke jeti semula. Jeti crowd gila. sop hilang ke mana. huhuhu.
Sampai kat Langkawi, kami stay kat studio2 yg terletak di pantai chenang. esoknya pgnya kami keluar utk hike Gunung Kuang. Sebelum hike, sempatlah sarapan kat gerai che nah. ramai org. menu special kat situ adalah roti canai blackpepper. boleh pilih ayam/daging atau kambing. kakyang terai kambing. ingatkan daging kambing betul, rupanya just guna patty burger kambing jer. frust giler. bila tengok dgn harganya, mcm tak berbaloi. nasib baik la rasa masih ok. kira ok je lah.
Sebaik sahaja kami gerak dari Gunung Kuang, hujan turun dengan selebatnya. alhamdulillah.. kalau berhujan on trek, hazab juga nak turun tu.
Selepas tu kami pekena nasi arab pula kat kaki gunung raya. Kawan joi juga yg belanja. Untungler ramai kawan. kakyang tumpang merasa. kikiki
bila hujan mula reda, kami gerak naik Gunung Raya. Gunung tertinggi di langkawi. Gunung raya ni boleh naik dgn kereta je. tp sayang tak dpt view kat atas sana sbb berkabus selepas hujan.
Turun dari situ, kami terus balik ke homestay semula. rehat sebelum next trip next daynya.
next day, kami gerak awal ke telaga tujuh untuk naik Gunung Machincang pula. mencabar juga gunung ni.Syg kakyang tak sempat bergambar banyak kat sini sbb dah pewai sangat.
esok paginya kami ambil semula feri untuk kembali ke tanah besar dan terus shoot ke Pulau Pinang utk hike bukit Bendera.
Sampai kat upper station pun dah gelap. sempatlah pekena ABC yg viral kat atas tu. sejuk2 pekena ABC. tak ke haru ?
marina berlatar belakangkan gunung machincang |
minta makan |
view dari jeti kuala kedah |
No comments:
Post a Comment