Saturday, January 2, 2021

Gunung Machincang, Langkawi Kedah

 ni 3rd gunung in a row dlm tour de North. Allahuakbar.. masa ni kaki mcm tadak dah. lutut dah sakit sangat. lepas turun dari gunung Kuang, hati dok risau mcm mana nak mengadap gunung machincang pula ni?

Bila tengok ceracaknya gunung machincang dari kejauhan, hati terasa kecut. mampukah?

Pagi ke 2 di Langkawi kami mulakan awal dengan destinasi selanjutnya ke Telaga Tujuh untuk hike Gunung Machincang. Che Fauzan awal2 dah remind semua, bangun awal. sbb kena mulakan awal gunung ni. sbb gunung ni jauh. lagilah kakyang kecut perut!

Setibanya kami di Telaga tujuh, tempat rekreasi tu masih sepi. belum ada pengunjung lagi. hanya kelihatan seorang dua yang mulakan perjalanan mendaki tangga batu. 

Permulaan pendakian gunung ini bermula dgn mendaki tangga. tinggi juga weh utk sampai ke telaga 7 kat atas tu. pastu crossing telaga tujuh sebelum betul2 ke pintu rimba. dari pintu rimba, jalan agak menaik landai sampailah ke kem saintis. selepas kem ini, trek mula pacak sampai lah ke check point u-turn. kat sini boleh pk nak teruskan pendakian ke tidak. sbb trek mula menebing berbatu dan tegak. mmg benar2 menguji stamina. nak2 lagi bila dah 3 hari berturut2 hike ni kan, lutut pun dah hilang, tenaga tu kalau ultraman, dah mula blinking merah beep beep beep dah.

nasib baik lah sepanjang trek gunung ni disediakan tali. dptlah menyokong sikit pergerakan tu. sini ada pacat yer.. hati2 lah.

pukul 1215thari baru kakyang sampai peak!. adoiiiii. nasib baik lah view cantik dan berangin kat atas tu wpun dah terik mentari.

lepas puas bergambar, mula turun kul 1.15 dan selamat sampai kat bawah dlm kul 4pm. rancangna awalnya nak singgah mandi kat bluepool, tp memandangkan kaki pun dah pengkaq teruk, masa pun tak mengizinkan, kami terus turun sampai bawah je..

jom layan gambar..







view dari peak Machincang





boleh nampak kereta cable di hujung sana




uTurn check point. 




blue pool.






penjaga parking Telaga Tujuh :D

No comments: