Friday, January 1, 2021

Lunyai di Gunung Pulai

ambik kau.. mmg lunyai pun lepas naik pulai. Selama ni dok dengar org cerita je kan, kali ni kakyang cuba sendiri naik Gunung Pulai pd 25 Disember lalu.

Meh kakyang cerita pengalaman naik Gunung Pulai mcm mana.

Asalnya nak naik Gunung Baling, tp masa dok riki-riki guide etc, dpt info mengatakan Gunung Baling masih di tutup untuk pendakian. Makanya, reroute lah destinasi kitoran ke Gunung Pulai.

Masa buat keputusan reroute ni, kakyang dah telan air liur dan gigil lutut dulu dah. debor jer rasa hati tu takut tak mampu nak buat gunung ni. Dengar cerita macam-macam pasal gunung ni. trek teruk lah, trek pacaklah, trek minta nyawa lah, trek dagu bertemu lututlah. Mcm2 lah.

Kami hike Gunung Pulai dengan arrangement Pak Teh. Kakyang dpt nombor pakteh ni dari recomendation kawan yg pernah naik ke sana. lepas pongpangpongpang deal, lastnya pak teh bgtau anak dia yg akan bawa naik nanti.

dlm masa yg sama ada juga cobaan kami utk delaykan masa pendakian. tp pak teh advice jangan lambat. nanti berpanas kat trek. nak tak nak, kami turutkan juga lah timing yg telah pak teh tetapkan. iaitu mula naik pukul 3 pagi.

Hazab weh nak bangun kul 3pg tu sbb kami baru sampai baling kul 9, pongpang pongpang siap2, tidur kul 12, bangun semula kul 2am. tak ke hazab tu? bangun pun dgn taik mata melekat lagi.  huhuhu

Kami mula gerak naik dalam kul 3.45am. dari tempat parking akan melalui jambatan kabel besi dan tanah perkuburan lama. pastu terus kaki gunung pulai. start2 je terus memacak naik!

Nauzubillah.. terkedek2 lah kakyang kat belakang. Bila dah terkedek2 penat semput tak cukup nyawa ni, kakyang mula lah hambat semua org naik dulu. biar kakyang ikut pace sendiri kat belakang. nasib baiklah ada joi yg setia meneman sweep kakyang kat belakang. kalau idak.. mau terkial2 sorang2 nak naik tebing2 berbatu tajam tu.

trek Gunung Pulai memang kejam. berbatu granite yg tajam dan pacak. tak guna bawa tongkat kat sini sbb perlu gunakan both kaki tangan untuk meragaih.  merangkak naik mcm spiderman. ada tempat2 bertali di area yang terlalu pacak. 

kakyang selamat sampai kat peak 6.45. sempatlah tengok sunrise. org punya lah ramai.. penuh puncak. Yang sampai lagi awal siap boleh tido pula tu. Lepas puas bergambar, mula turun semula dalam kul 9/15.

Masa nak turun lagi lah hazab. silap langkah boleh mengundang musibah. mmg terkial2 abis time turun tu. mostly turun dengan cara membelakangkan trek. kakyang sampai kat bawah dlm kul 1145am. mmg berpanas lah.

Masa ni lutut dah mula sakit. dlm hati kakyang dok pk mcm mana nak mengadap 4,5 hari lagi ni? huhuhu

meh layang gambar lah. penat nak cerita. p try sendiri. baru puas hati. hihi




view dari puncak Gunung Pulai. Nampak Gunung Baling yg dilindung awan


ada pelangi



perkuburan lama

menciwi di tepi tebing



No comments: