2 hari lepas anak kecik KY balik. as usual lah, bila anak2 lengkap ada di rumah. baru mari semangat nak masak. so, KY pun kluarkanlah apa yg ada dari esbox.
Monday, September 5, 2022
Dendeng Sinchan
Monday, August 8, 2022
Bukit Condong, Hulu Langat
"Nak p mana?" kakyang terus tanya mcm tu sbb dah tau tujuannya.
"Bukit Condong."
"yg kat kemensah tu ke?"
"tak. tak. ini yg kat langat."
dari mesej itulah, maka terjadinya trip rintis Bukit Condong semalam.
Kami 9 org masuk rintis Bukit Condong yang terletak tak jauh dari Kg Jawa, Hulu Langat. Bukit ni sebenarnya dah pernah di jejak oleh Jimmy and the gang. last week kakyang ada nampak diorang up gambar di puncak. Puncaknya ada trigonometri/beirut.
Starting point bermula dari hujung kg. kakyang parking di luar sedikit sbb tak berani nak meredah jalan berbatu kerikil hingga ke starting point. baru je kluar dari kereta, nampak myvi merah lalu kluar dari jalan tu. Muaaaaaa mmg king lah. kakyang tak mo lalu. syg kereta weh bersagat bawahnya nanti. lgpun kakyang pemandu baru. belum cukup mahir nak mengawal stereng mencari jalan yg ok.
Berbalik semula ke cerita hiking..hihi.
selepas semua get ready, kami mulakan perjalanan dgn melalui denai kecil di tepi kolam yg terletak di sebelah kiri kawasan. denai tu membawa naik ke denai yg berbatu2 besar dan berkawasan yg penuh dengan pokok paku pakis. dari situ kami memanjat batu2 besar yg mungkin juga bekas air terjun kering.
trek tersebut makin menegak ke atas membawa ke trek tanah merah yg terletak di tebing atas. trek tanah merah ni terjadi hasil sodokan buldozer untuk projek pilon elektrik.
di penghujung trek tanah merah tersebut, kami naik ke kanan untuk mula merentas dan merintis buluh, resam, rotan dan bertam yang agak tebal.
cuaca agak panas. almaklumlah bukit kecil mmg akan terlindung dari angin. di kejauhan nampak banjaran gunung ganang yg terletaknya lentang legong, nuang, gunung besar hantu dan yang lain.
hampir sejam juga kami mencantas dan meredah bertam sebelum kedengaran laungan jimmy dan hirman di hadapan yg memaklumkan telah jumpa beirut.
mereka clearkan sedikit semak samun untuk memberi laluan berehat dan bergambar sebelum mula turun kembali ke starting point.
dlm perjalanan turun, kami sempat mengutip pucuk paku yg meriah tumbuh meliar di sepanjang jalan.
makanya.. kembalilah kami ke rumah dgn masing2 membawa hasil tuaian pucuk paku sebagai buah tangan..
Friday, August 5, 2022
Senda Gurau
Sejak berkenalan dlm trip ke Gunung Benum, semua line up mcm click sangat. Tp ada sorang ni dia mcm nak menyendiri sikit dari kawan-kawan. aktif p mana-mana sendiri. ajak kami ikut, tp ajak2 ayam. contoh.. esok trip, hari ni baru bgtau dan ajak. so, faham-fahamlah kan tu ajak2 ayam je.
tp bila kami ajak dia trip bersama, ada je alasan yg dia bagi. so fhm-fhmlah juga kan.
Dan yg kelakarnya, seluruh member yg lain pun mcm sekepala je dok buli dia. ala.. buli-buli, gurau-gurau manja sesama kawan je.
hari ni dia bakar kami lg dgn ajak pergi gunung ledang esok. pastu dia up lah gambar puteri gunung ledang. Kakyang dgn over confidentn tahap diva claim puteri tu cantik mcm akak. terus naik member lain bgtau akak lg cantik. muahahahahahahha
terbakor member tu dgn statement over confident akak. ngeeeeeee
kakyang teringat pula conversation dalam kereta dgn anak bujang minggu lepas. kami dlm perjalanan nak p makan kenduri CM. biasalah, kakyang akan ambil peluang untuk pot petkan anak bujang masa diorang terperangkap dlm kereta. hahahhaha tak boleh lari bila ibu dah pot pet kan?
entah mcm mana, terkeluar la cerita muda2 dulu. dan entah kat mana sangkut topiknya, terbuka cerita bab cantik tak cantik ni. kakyang bgtau anak bujang yg kakak sepupunya selalu kata macik (kakyang) mcm siti norhaliza. bukan dia sorang saja yg claim mcm tu, ada 2,3 org lain lg pernah ckp mcm tu juga. dan cerita yg sama dah berulang kali kakyang cerita dgn anak bujang pun. mau cair telinga dia dengar statement over confident ibunya ni kan? kiki
bilamana anak bujang dengar lg sekali statement tu, tau apa anak bujang ckp?
"ibu lg cantik dari siti la. along pernah nampak gambar ibu dgn siti norhaliza dan juga gambar2 ibu masa muda. mmg lagi cantik dari siti. "
adeh adeh adeh..
tergelak besar kakyang bila dengar anak bujang praise ibunya sendiri. mana ada anak yg tak rasa ibunya cantik? ye dak? kekekeke
saja catit kat sini. buat memori sembang anak branak. wink!
Friday, July 22, 2022
Gunung Tapis: Penantian 29 tahun
Gunung Tapis ni ada kisahnya yang tersendiri kenapa kakyang sibuk bebenor nak ke sana. Pastu bila dengar cerita-cerita team rintis yang diorang masuk tapis sampai ke Gunung 3 beradik, makanya makin membuaklah keinginan untuk mencapai puncaknya.
Alkisahnya gunung tapis ni kakyang kenal masa zaman baru masuk poli dulu.
masa zaman sekolah dulu mmg dah teringin xtvt hiking2 ni. tp disebabkan dok asrama dan kalau balik bercuti pun cuti yg singkat dan kena minta izin mak abah, dah pastilah kakyang tak akan dpt kelulusan untuk beraktiviti mcm tu. mentelah pula, dulu masa zaman kanak-kanak, kakyang sentiasa tak sihat. tak boleh melasak. mesti demam-demam. jdnya, abah terus melarang kakyang dari xtvt mcm tu.
bila dpt sambung belajar di poli kat kuantan, dan kebetulannya ada kelab rekreasi kat situ, kakyang join the kelab. kebetulan juga tahun 1994 tu adalah tahun melawat Pahang dan salah satu xtvt adalah program Dakiton Pahang yang mengambil tempat di Gunung Tapis. Kakyang ikut serta program ni atas kapasiti urusetia.
Dikatakan urusetia tak dibenarkan naik ke puncak. kakyang yg lurus bendul ni, tak lah ambik kesempatan utk naik ke puncak pada hari summit attack tersebut. Bila kawan2 dah turun dari puncak baru tahu boleh je naik juga. takde pula gambar2 trip masa tu untuk dibuat bukti. almaklumlah zaman tu mana ada hp canggih2 mcm ni. camera pun tak mampu beli. huhuhu..
makanya.. terhutanglah puncak gunung tapis. padahal masa tu dah naik sampai ke camp 3. lagi 1/4 perjalanan je lagi utk sampai ke puncak. sbb tu lah gunung ni asyiklah bermain-main di ingatan kakyang. pantang org sebut nama tapis je, mata tu bersinar-sinar intersted nak tahu. tak boleh nak claim gunung dah di daki sbb tak sampai puncak dik non! boleh gitiewwww?
Later, bila farah cerita dia pergi merintis trek baru gunung tapis baru baru ni, kakyang jd excited. dan kebetulan ramai pula kawan2 yg pergi Gunung Benum haritu pun belum merasa jejak kaki lg ke situ, makanya terjadilah trip gunung tapis. alang2 dah sampai situ, terus lah tapau Gunung 3 Beradik sekali. lgpun nak ke gunung 3 beradik tu mmg kena melalui puncak Gunung Tapis juga.
Tarikh trip pun sampai dan kakyang ke sana carpool dgn syam. sampai kat campstay dah tengah malam. dah ada ramai juga line up lain yg dah sampai. nampak jone dan abu dah berambut pendek. Huh! sapa suh depa potong rambut tak tau. janggal pula bila tengok depa ber2 dgn rambut pendek. hihi.
Kami lelapkan mata di situ sementara menanti esok menjelma.
Keesokannya, kami bangun awal dan mula mengemas barang masing2. kakyang belum packing apa2 time tu. mulalah gelabah nak bawa apa. end up, penuh juga beg hitam karimor. bila timbang 16kg beserta ration.
sepatutnya powil mula golek tayar pada jam 8pg. tp diorangkan delay sikit ke jam 9 bagi laluan untuk trek balak kering kerana khabarnya semalam hujan di area gunung tapis. Mula-mula kakyang tak berapa faham kenapa nak kena tunggu trek powil kering. bila dah sampai tempat kejadian, baru tahu mcm mana rupanya trek tersebut. tanah merah semata. mmg akan licin berselut kalau hujan.
Jalan tanah merah tersebut merupakan jalan pembalakan yang masih aktif. terdapat beberapa tempat longgokan pengumpulan balak dan ada juga kawasan ofis pembalak di situ. kami sempat singgah bg menunaikan 'hajat' 2,3 org line up sebelum mula masuk hutan kerana once on trek, dah tiada waterpoint.
Trek hutan bermula di penghujung jalan balak tersebut setelah hampir 2 jam kami kematu bontot melayan oleng powil.
Dari pintu rimba kami mulakan perjalanan trek yang agak naik mendatar sikit demi sedikit. kakyang mcm biasalah. mulanya di hadapan, makin lama, makin menapak ke belakang. akhirnya terkebelakang terus. bila dah mula mencungap, mulalah kakyang menghambat sweeper ke hadapan. makin pewai bila dengar bunyi tapak kaki org di belakang terhenti menapak satu demi satu mengikut langkah kakyang. nasib baik lah mat min sabar dan kuat buat joke utk menghilangkan bosan menanti kakyang menapak. hahahaha nasib kau lah dik. hihi
makin lama, trek mula memacak naik meniti batu2 bukit dan tebing2 permatang. rupa treknya lebih kurang trek apad runan. meniti permatang tp steppingnya dah agak jelas, tapak kaki dapat diletakkan dgn lebih yakin.
Trek makin mencanak bila menghampiri ke campsite bongsai. sebelum sampai ke campsite, terdapat 1 pokok bonzai tua yang agak cantik. kakyang sempat bergambar sekejap kat sini buat pengubat penat. mentelah pula mat min rajin betul melayan pewai akak. diajaknya bergambar di situ sekejap. bila panas, di pangkasnya daun buat kipas. dah penat kipas sendiri, dia pula tlg kipaskan. punyalah dia nak bg semangat utk terus berjalan. rupanya, dari pokok bonzai tersebut, hanya 3 minit ngesot ke campsite. perjalanan dari pintu rimba ke camptsite mengambil masa 4jam pace leha2.
punya la lega bila sampai campsite, kakyang terus campak beg ke tepi dan terus duduk melepaskan lelah di tepi ground yang dah mula dibentangkan utk membuat khemah. line up yg lain masing-masing sibuk bersoksek menyediakan khemah masing2.
sham tengah clearkan tapak camp utk khemah beliau, jone tengah tolong line up lain pasangkan hammock, team jengka tengah sibuk buat khemah diorang, team dapur tengah sibuk kumpulkan ration dan mula sediakan air panas. team gegel mula keluarkan barang masing2 untuk kegunaan di campsite.
bila petang menginjak malam, kakyang ke belakang campsite mencari port tandas. terserempak dgn nora dan ina tengah intai2 pokok bonzai tua yang lawa juga utk dibuat set pengambaran. terus lah kakyang join sekaki jd model tak berbayar kat situ. mentelah pula nora dan ina rajin pula nak tlg ambilkan gambar dgn hp dan gopro mereka yang canggih tu. rezeki la kan dpt gambar cantik2 bila ada member line up yg sangat creative gitu.
malamnya kami dinner dan mula buat hal masing2 sebelum masuk tidur bagi menanti hari ke 2.
seawal 5 pagi semua dah mula bangun dan bersiap. akhirnya kul 7 perjalanan dimulakan ke puncak yg hanya terletak 30-45 minit dari campsite. nampak dekat kan? tp dia punya tegakkkkkk... nauzubillah. mmg merangkak betul.
selepas puas bergambar, bersarapan di sini, kami mulakan perjalanan ke belakang puncak untuk meneruskan perjalanan ke Gunung 3 Beradik yang katanya terletak 6 jam perjalanan dari puncak tapis.
trek ke permatang 3 beradik bermula dari taman bonzai yang cantik sebelum jumpa bonzai renek yang tak jelas treknya. suasana berkabus tebal masa kakyang melalui kawasan ini. membuatkan kakyang teringat suasana di Gunung Pulag.
kemudian, dari situ kami meneruni tebing bercerun 90darjah ke bawah untuk sampai ke air terjun kering sebelum naik semula tebing di seberang sana menuju ke lost valley. trek agak licin. nasib baiklah telah disediakan tali-tali yang kukuh untuk menbantu memudahkan lagi perjalanan.
bila puas melayari trek yg bermossi, kami sampai ke satu alur sungai yang tenang, redup dan agak isolated di antara 2 permatang. tempat inilah yg dinamakan lost valley. suasana redup tu agak menyeramkan pada kakyang. seram2 pun, tetap sangat cantik! puas lah kami bergambar dan topup air di sini. inilah waterpoint yg ada.
setelah puas bergambar dan berehat, kami teruskan perjalanan ke simpang permatang yang dijadikan tanda sebagai bermulanya trek ke gunung 3 beradik.
treknya tidaklah terlalu hardcore. ada landai, ada menaik. begitulah sampai ke puncak, sepanjang perjalanan dari lost valley ke permatang tersebut, kami dijamu dgn pokok2 bonzai dan mossy yang masih tidak terusik.
kakyang sampai di puncak 3 beradik hampir jam 3.30pm. rehat, bergambar dan kembali treking semula jam 5pm. lama eh brenti? mmg lama sbb kusyuk bergambar! hahahah
memandangkan perjalan pulang dijangka akan OT hingga lewat malam, shah telah pecahkan line up kepada 2 kumpulan, yg laju 1 team, yg slow, 1 team. dgn syarat..kena jalan sama2 team. tak boleh lg berpecah kecil kemudiannya bagi mengelak sebarang masalah tersalah trek atau sebagainya.
kakyang sudah tentulah di team belakang bersama line up yang rajin bergambar. maka terjadilah team pace 18. hahahaha
alang2 dah akan OT, dan lambat ikut pace kakyang, depa santai piawai sungguh. sampaikan kakyang pula yg asyik ajak, dah la tu.. jom jalan, muahahahahah.
hasil dari santai2 piawai pace 18 ni, makanya... terhasillah gambar2 cantik sepanjang perjalanan tersebut. kami sampai ke campsite semula jam 1am. m
esoknya.. barulah masing2 ada tenaga nak bertanya pengalaman perjalanan masing2. masa ni lah baru tahu ada cerita yg agak misteri dan jadi tandatanya kami.
masa kami menuruni permatang 3 beradik selepas berehat sebentar bagi memberi laluan kepada waktu maghrib, amin, syam dan abu ada bgtau diorang nampak 3 lampu dari atas. dari agak2 amin, lampu tu sekitar taman bonsai. masa ni kakyang cuba tengok, tp tak nampak apa pun.
dari agakan amin, mungkin team hadapan sedang berada di situ. maknanya team hadapan tidaklah terlalu laju dan berada tidak jauh dari kami.
manakala team hadapan pula, nampak 3 lampu juga dari atas. mereka jangkakan kami berada sekitar lost valley. mereka pun menyangka kami laju dan tidak jauh di belakang.
bila di cross chk masa mereka nampak 3 lampu tersebut, dan masa kami nampak lampu tersebut, tiada titik pertindihan di situ. makanya masing-masing mulalah jeng jeng jeng....
apapun, kami abaikan perkara ini. 1001 kemungkinan sebenarnya. kita ambik mana yg patut sahaja. apapun juga.. alhamdulilah.. semua dah selamat dan success mencapai 2 peak. dlm masa kurang dari 24,
satu kepuasan yg amat sangat bila dpt mencapai peak gunung tapis yang tertanggung 29 tahun dahulu. double peak pula tu. satu kepuasan yang tak terhingga.
maaflah kakyang tak cerita terlalu details utk trip kali ni. masa dan mood agak terhad untuk betul2 details. moh layan gambar


Thursday, June 30, 2022
Waterfall hunting
last week member kakyang ajak join hunting waterfall di area batang kali. mentelah takde apa rancangan dan nak training utk trip julai nanti, kakyang gagahkan diri setuju ikut wpun sebenarnya badan tak berapa sihat lagi.
kakyang demam teruk lepas seminggu balik dari apad runan. pastu ikut family makcik pergi holiday kat PD. masa di PD tu lah kakyang demam terus terbaring. pekej sekali dgn selsema dan batuk. lengkap.
baru baik sikit, dah masuk hutan pula. pewai terus wpun trek nak ke waterfalls tu melandai naik sikit-sikit je pun. jalan dgn badan seram sejuk nak pitam sampaikan separuh jalan, kakyang dah sebut nak patah balik. tp kalau patah balik sorang-sorang lg bahaya.
nak taknak, kakyang teruskan juga pelan-pelan di belakang sampailah akhirnya kami tiba di waterfall yg dimaksudkan.
memandangkan waterfall tu kecik je dan mcm tak puas nak mandi, kwn-kwn kakyang ajak pergi lg satu waterfalls yg berdekatan. diorang potong lurus sahaja dgn menuruni cerun tegak sampailah ke waterfall tersebut.
dari jauh dah dengar bunyi deru air yg kuat. bila sampai dpn mata dan nampak waterfallnya yg cantik. terus rasa x menyesal kena turun tebing curam tadi. kekekeke
jom layan gambar..
![]() |


Wednesday, June 29, 2022
Hutang
kakyang masih hutang post Gunung Benum. entah kenapa susah bebenor nak dpt mood menulis gunung nan satu ni.
nanti kakyang cuba cari masa ya...
Wednesday, June 22, 2022
Gunung Apad Runan : My Side Story
Setibanya di Miri, kami overnite 1 malam di homestay bagi menanti ketibaan line up yang lain. the next day barulah kami naik MAS Wing untuk ke Bario. dalam perjalanan ke sana, flight melewati Bukit Batu Lawi. Teruja tengok keunikan bukit ni dari dekat dan dari atas awan.
![]() |
| Day 1 di Bario. Gambar kenangan bersama team KL dpn Terawe Homestay yang menjadi penginapan kami di awal dan akhir xpdc. |
![]() |
| bersama Dato Walid dan Abg Khalid yg meluangkan masa dtg juga wpun tak dpt nak ikut xpdc |
Pada hari ke3, kami transfer pula ke eco resort Batu Patung yang boleh di akses dengan 4weels. Perjalanan ke sini mengambil masa 2 jam dengan menyusuri jalan tanah merah yang agak teruk utk sampai ke Eco Resourt Batu Patung. kakyang ingatkan akan terputus dengan dunia luar sebaik sahaja sampai di sana. rupanya belum lagi. siap ada wifi u! ngeeeeee
![]() |
| view di veranda belakang dining hall resort. |
mlm tu over dinner, kami buat sedikit ice breaking dan dpt info guide tak dpt tiket flight dan confirmed takde porter. Abg Sham dah berusaha dapatkan org kampung untuk jadi porter, tp usahanya tetap gagal sbb anak-anak muda batu patung ke bario masa tu untuk perlawanan bola. punggah. semua dah terdiam dan cuak. tp disebabkan abg sham mmg dah beberapa kali masuk trek ini, kami confident masuk juga tanpa menggunakan guide tempatan. tawakal je lah kan.
![]() |
sesi ice breaking sambil memanaskan badan dgn unggun api. sejukkk![]() ![]() |
kami mulakan sebaik sahaja selesai sarapan dan persiapan. perjalanan bermula agak lewat kerana menanti semua siap sedia dan tidak ada yang tertinggal keperluan.
Sedikit demi sedikit trek mula menaik dan dan menurun sesekali. beberapa kami regroup sebelum berhenti regroup lagi sekali di Batu Lepo yang terletak bersebelahan dgn waterfall kecil. Kami berhenti lunch di sini sebelum sambung kembali perjalanan seterusnya.
Kakyang di belakang sekali sambil ditemani abg adam dan dewa yang banyak bertindak sebagai sweeper. yg padu-padu dah ke hadapan. Trek yang pacak mula melemahkan pergerakan kakyang. langkah makin mengecil. ditambah dengan beg yg berat, melambatkan lagi pergerakan kakyang yang sedikit gayat dengan trek yang melereng curam dan licin.
kakyang bersaing jalan bersama dgn boy. kdg-kadang dia hadapan, kadang-kadang boy di belakang bersulam seli dengan abang adam. yang pastinya, dewa kekal nak di belakang melantik dirinya sebagai sweeper.
tak lama kemudian, Mr Jefrey muncul semula memikul beg boy. selang beberapa langkah, muka boy yg keletihan, abg adam dan dewa menyusul di belakang. semua merasa lega bila akhirnya semua telah selamat sampai di situ.
setelah tak berapa lama berjalan, kami mula jumpa sungai kecil yang pertama.. 1. lepas tu jumpa lagi sungai yang seterusnya... 2. pastu jumpa lagi sungai yang seterusnya..3.. dan seterusnya.. 4. yeaaaaaa... nampaknya kem dah dekat.
tapi masih lagi berjalan. eh? belum sampai kah? rupanya... 'sungai-sungai' kecil yang kami jumpa tadi tu tak di kira. sungai yg dimaksudkan abg sham adalah sungai yg lebih besar dari sungai tersebut. demmmmm... maknanya kami akan berjalan jauh lagi sbb hanya 1 sungai besar yg baru kami tempuh. huhuhu
![]() |
| berbaju melalu di dlm hutan. ko ado? |
Setelah beberapa lama berjalan, akhirnya sekitar jam 9 mlm kami sampai ke sungai terakhir. dari sungai, kami perlu menaiki tebing yang agak tegak. kem Ating Rarap terletak di atasnya.
Khemak kakyang bersebelahan dgn open fly dan dapur. lepas siap2kan khemah, line up perempuan mula turun ke sungai untuk bersihkan diri. kakyang malas nak turun bila mengenangkan tebingnya yang agak becak, tinggi dan menegak. kakyang hanya bersihkan diri menggunakan wet tisu shj. pastu terus bantu epul dan boy di dapur untuk dinner mlm tersebut.
"anis ok?" kakyang tanyakan khabar anis sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di bawah fly.
"ok kak. tp pinggul dan belakang sakit sikit akibat terjatuh tadi. harap2 ok utk sambung perjalanan esok".
Day 2:Kem Ating Rarap - Kem Sungai Lintang
Kakyang mulakan langkah pagi tersebut dgn bismillah. Tak tahu apa bentuk trek yang di hadap pula hari ini. Trek permulaan agak landai. tp agak melelahkan kerana banyak melangkah dan menyusur pokok2 tumbang. kejap memanjat batang balak tumbang, kejap menyusur bawah balak bila balak tersebut agak tinggi. dah serupa menari tarian buluh gayanya. sekejap melangkah ke kiri. sekejap melangkah ke kanan.
Di tebing tanah tinggi di hadapan, terdapat juraiian air terjun halus menuruni tebing tersebut yang kemudiannya membentuk satu alur sungai kecil berlumut hijau di kawasan lapang di hadapan. kami sempat bergambar di sini sebagai kenangan. mentelah pula lumut hijau di alur air tersebut nampak cantik dgn airnya yang jernih mengalir tenang. tp air tersebut tak boleh di minum kerana kandungan mineralnya yg agak tinggi.
langkah kami terhenti di situ sekejap sementara abg sham mencari tanda laluan lama. setelah seketika, kami mula mendaki masuk ke dalam hutan yang berpaya dan lecak. trekking di laluan sebegini agak melelahkan wpun treknya agak mendatar kerana kita asyik nak mengelak lecak2 dan lumpur. sekejap melompat ke kiri, sekejap melompat ke kanan mengelak lopak2 becak air sambil berperang dgn pacat sepanjang perjalanan.
Dari kawasan tersebut kami sampai ke kem kijang hanyut yang terletak bersebelahan dengan sungai/waterfall kecil. niat awalnya hanya untuk take 5 dan regroup sementara abg sham mencari penanda jalan yg telah hilang jejak di sebabkan tanah runtuh. Abg sham, epul dan dewa berpusing-pusing kawasan sekitar sambil mencari jalan baru. sementara menunggu tersebut, kami ambil kesempatan meletak beg. Angie buka dapur haram dan kopi panas mula bertukar dari tangan ke tangan bagi memanaskan badan dari kesejukan. kerisauan kami mula mengendur bila abg sham, dewa dan epul muncul kembali dari sebelah kanan kem membawa khabar mereka telah menemui jalan yang boleh di lalui di sebelah kanan runtuhan tersebut. Memandangkan telah masuk tengah hari, Abg sham mengarahkan kami lunch terlebih dahulu di situ sebelum menyambung pendakian menyusuri jalan baru yang buka oleh abg sham sehiggalah kami jumpa semula trek asal dan sampai ke satu tebing berbatu tinggi.
perut kakyang mula butterfly. ketaq bila mengenangkan kena panjat kayu licin tersebut untuk naik. mentelah pula naik bersama beg besar. mampukah aku?
masing-masing mula beraksi dgn camera dan gaya masing-masing. ada juga yang ambil kesempatan terjun ke dalam air dan mandi. lupa segala kekejaman trek tadi. lupa sekejap tebing tinggi yang nak panjat nanti.
semua mula menimbang dan mencongak perjalanan. berdasarkan perjalanan tadi yang agak kejam dan pacak, jika meneruskan perjalanan hingga ke kem sg lintang, kami dijangka mengambil masa lg 4 jam atau lebih. makanya, kami akan jalan malam lagi sekali hari ini. dan akan jalan malam lagi esok.
Kami mula memanjat tebing batu besar tadi selepas keputusan dibuat untuk bermalam di kem Pa Diit.. rupanya sly, abg adam dan dewa dah mula pindahkan sebahagian beg-beg yang di letak tadi ke bahagian atas. Kakyang memanjat tangga kayu tadi dgn lebih yakin dan perjalan diteruskan sehinggalah jumpa kem Pa Diit yang terletak 1 jam perjalanan dari situ.
kem pa diit terletak betul-betul di tangga ke 3 (tertinggi) air terjun Pa Diit. ada pondok tinggalan lama di situ. lantainya sebahagian telah reput dan cunggang cunggit. sebahagian bumbungnya telah rompong dan nampak langit.
![]() |
| bergambar kenangan di Kem Pa Diit |
terus beberapa line up lelaki datang dan cuba usir ular sebesar jari yang berwarna agak kecoklatan. dari rupa ular tersebut, ianya bukanlah dari spesis yang berbisa.
selepas puas mandi dan membersihkan diri kami bagi laluan kepada kaum adam pula untuk ambil giliran. itu pun setelah beberapa kali depa dok ulang mai tebing sambil bertanya udah ke belum? udah ke belum? haih.. tak bagi peluang langsung macik nak fefeeling empat dara duduk di tepi sungai. sigh!
![]() |
| Air terjun Pa Diit selepas hujan |
well...janji melayu kan. tak pernah tepati masa. kul 6am masing-masing masih lagi terkial-kial packing barang walaupun seawal pagi lg abg sham dah melaung BANGUN!!.. BANGUN!!!.
dlm naik turun tersebut, kakyang, abg adam dan dewa sedikit terpisah ke belakang dek kesiputan kakyang. rasa bersalah pula pada mereka berdua. tp apakan daya, kakyang dah tak dpt nak lajukan lagi langkah sbb terlalu mengah melayan trek yg sangat pacak yg rata-rata bercerun sekitar 80darjah. sambil2 mereka melayan kakyang keletihan, dewa ulang lagi kata-kata semangat.
mcm tu lah sepanjang perjalanan sambil melayan lagu-lagu jiwang dari radio dewa yang bagaikan x guna bateri. sesekali kakyang bertanya berapa tahap ketinggian keberadaan kami .
"abg dam, dah berapa tinggi kita sekarang?"
"dah 1700m. dah tak jauh ni." abg adam menambah.
selepas selesai naik lg satu puncak tipu, kakyang tanya lagi..
"berapa ketinggian sekarang bang?"
"1900 sudah."
sebaik sahaja abg adam beri jawapan tersebut, dari kejauhan dengar teriakan geram dari Dr Helmi.
"Arggghhhhhh!!!!! bila nak sampai ni!!!!" Dr Helmi mendengus geram bila dia tiba di puncak hadapan, dan trek selanjutnya adalah menurun semula.
begitulah beberapa kali kami tertipu dgn puncak-puncak apad runan.
"tada tanda ni." tiba-tiba abg adam bersuara di dpn. kakyang kaget seketika sambil bantu intai-intai mencari tanda marking di pokok-pokok.
abg adam dan dewa mula mencari tanda marking di sekitar kawasan tersebut. beberapa kali mereka melintas kakyang.
"kamu tunggu di sini. biar kami cari dulu." pesan abg adam ketika lagi sekali melintas di hadapan kakyang. kakyang ambil kesempatan untuk duduk dan melepaskan lelah.
"sini! sini!. tanda mereka di sini.!" laung dewa.
kakyang dan abg adam menuju ke arah dewa. rupanya kami tersasar agak jauh ke hadapan mengikut tanda lama.
itulah yg menjadi penanda aras kakyang dlm fasa menuju puncak seterusnya. dah tak tanya abg adam lg dah. sbb wpun dah naik di aras 2000m, tiba-tiba trek di hadapan menurun semua 200-300m. tak ke sakit hati jadinya. td dah nak sampai. tiba2 kena turun semula?
dlm dok monolog sendiri sambil melayan keletihan teramat, tiba-tiba satu batu penanda dah terdampar di hadapan mata. semangat mula membuak kembali. langkah di lajukan dlm pewai. nak sampai dah. nak sampai dah. zikir kakyang di dalam hati.
selepas naik lagi satu puncak, terus berjumpa dengan beberapa line up lain yg dah happy2 bergambar di batu puncak ke2. sham menyapa kakyang
"puncak sebenar 5 minit di hadapan kak. p sana dulu."
kakyang memandang abg adam dan dewa.
"u pergi dulu. saya mau di sini sekejap." ujar dewa sambil dia menyapa angie, shuba dan kawan-kawan lain yg sedang bergembira.
bertemankan boy, kakyang teruskan lagi perjalanan. baru beberapa langkah, kakyang terserempak pula dgn mamat yg sedang duduk di atas batang pokok tak jauh dari batu tanda ke2.
"puncak di dpn nath. turun 5 minit, pastu naik balik." mamat beri info kepada kakyang.
senyum mula terukir di bibir. seribu satu perasaan tak tergambar. mata berkaca-kac. Ya Allah.. nikmat apa yg ingin ku dustakan.
sekitar 530pm, abg sham mula menggesa kami untuk bergerak pulang kerana hari menginjak malam. pastinya kejayaan hari ini bersulamkan ot di malam hari.
rentak langkah dilajukan. lagi sekali kami akan melalui trek naik turun yang sama. tp pada kali ini, naik dan turun seperti ringan untuk dilalui. agaknya kepuasan menggapai puncak tadi telah memberi semangat kepada semua.
ada sungai kecil di tepi kem mengalir deras hingga ke bawah pondok di belakang . kakyang terus letak beg dan turun ke sungai untuk membersihkan diri dari lumpur-lumpur sepanjang sliding turun tadi.
"kak. naik dulu." Anis panggil kakyang untuk naik ke atas pondok.
"malas nak buka kasut. nanti nak gerak semula." kakyang tetap berdiri di bawah.
"naik dulu kak. tunggu hujan berhenti kejap" sambung anis.
"nak tunggu hujan berhenti ke? sejuk2 ni baik gerak. hypotermia nanti." kakyang tidak setuju
kakyang intai2 kelibat pacat lagi. ada pacat org lain kelihatan meliut-liut atas lantai pun kakyang spray. mampus kau! geram sbb banyak sangat.
"tak mengapa. sy boleh tahan. kamu tu kesejukan sangat." lg sekali abg adam menghulurkan jaket birunya.
Setelah semua dah siap, kami mulakan perjalanan melalui jalan balak yang terletak di belakang pondok tersebut. jalan balak lama dah tumbuh resam tebal. namun disebabkan dah ada team yang masuk ke sini 2 minggu lalu, trek mereka masih berbekas.
![]() |
| team merah |
![]() |
| team oren |
![]() |
| data perjalanan kami |
The End
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)









.jpeg)











.jpg)
.jpg)




















.jpg)
.jpg)


.jpeg)




.jpeg)



.jpg)



.jpeg)














.jpeg)


.jpg)








.jpg)





.jpg)


.jpg)

























