2 hari lepas anak kecik KY balik. as usual lah, bila anak2 lengkap ada di rumah. baru mari semangat nak masak. so, KY pun kluarkanlah apa yg ada dari esbox.
anak kecik turun dari atas bila dengar KY mula menyelongkar dapur. dah lapar agaknya tu. matahari dah tinggi pun Ibunya belum masak lagi. muahahaha
"ibu nak masak apa?"
sakit hati hoi bila kita dah penat-penat masak, boleh pula org tanya mcm tu. huhu
"ibu masakkan dendeng." anak kecik utarakan permintaan.
Dendeng? sejak bila anak aku pandai minta dendeng ni? menggaru kepala kejap bila pkkan daging yg dikeluarkan seciput je. alang-alang nak buat dendeng, baik buat banyak terus.
"Esoklah menu tu. hari ni ibu buat yg lain dulu." KY tutup order dgn ayat tersebut.
Dan seperti dijanjikan, semalam KY pun bertungkus lumuslah menyiapkan dendeng. Rebus daging terempuk pula. terus relai isinya. dah tak yah nak deng deng deng deng hempuk dgn lesung batu. KY ramas2 sikit bagi relai kasar2 je. prosesnya tak perlu tertib sangat. asalkan ada rasa dendeng. anak2 sekarang bukan tau pun apa bezanya. asalkan sedap udah lah kan?
setelah puas kelentang kelentung ale ale di dapur, maka siaplah dendeng atas meja utk lunch anak beranak.
terus jemput 2 org anak teruna turun utk makan. sampai je anak kecik di meja, dia terus tanya.
"ini ke dendeng ibu? kenapa mcm rendang je? kenapa macam kurang kicap?"
si ibu ni mula kehairanan. "kata nak dendeng. itulah dendeng. nak yg mcm mana lg?"
"macam lain jer..? tak macam ibu masak haritu." lg sekali anak kecik tak puas hati.
" Yg macam haritu? bila ibu masak tu?"
"Yg haritu ibu masak selepas raya korban rasanya. yg ada lemak-lemak tu." si abgnya menyampuk.
aduh.. ibunya tak boleh recall langsung menu yg mana si anak request. siap scroll semula gallery hp mencari contoh2 gambar makanan yg pernah snap utk tayangan umum. idak pula ketemu yg betul.
seharian ibunya dibelengu tandatanya. menu dendeng yg ada lemak-lemak, guna kicap banyak. menu apa ya? hmmmm..
akhirnya.. mlm tadi barulah KY ketemu jawapannya..
cluenya adalah lemak-lemak.
lemak-lemak=tetel
tetel = dendeng (sound like)
HAHAHA rupanya yg dia sebut dendeng tu adalah tetel. tetel tu kakyang masak goreng kicap dgn bawang halia je haritu. patutlah dia kata kenapa tak cukup kicap.
anak oh anak. dah umor 20an pun masih mcm sinchan. asyiklah salah sebut perkataan.
No comments:
Post a Comment