Friday, February 24, 2023

Trans GaNi abort

 turun dari naning, kami plan nak rintis ke bukit nibong dari bukit galla. memandangkan hari sabtunya dah agak hazab dgn trans naningnong, kakyang ada cubaan utk lipak 2 bukit ni.

tp.. mcm biasalah. bila sampai pagi, nampak kawan2 mula semangat nak naik, kita pun teracun dan rasa mcm rugi pula tak ikut. dlm mlm td dok kata nak demam lah, seram sejuk lah, sakit badan lah, akhirnya... jd ikut juga diorang.

Dari RnR senawang, kami gerak ke labu untuk ke starting point Bukit Galla yg terletak di dalam ladang kelapa sawit area Labu. tempat sebenarnya idak ler kakyang tahu. kali ni kakyang nonong je ikut org.

lepas park kereta di kawasan lapang, kami berjalan sekitar 1km masuk ke dalam hutan. pastu mula menaik sikit demi sedikit dari jalan sawit, lalu tokong hindu, dan mula masuk pintu rimba. 

jalan mula menaik melalui anak2 sungai yg kemudiannya bertukar menjadi air terjun. geram dengar deru airnya tu. tp tak boleh singgah memandangkan kami mengejar masa.. mentelah pula kali ni naik terlalu lewat. sekitar jam 11am!.

dari situ, trek mula memacak naik sekitar 60-70 darjah. kakyang mula tertinggal di belakang. disebabkan jalan bertanda, relaxlah sikit. tak lah risau sangat tersesat.

setelah puas meragas dan merangkak setapak setapak, akhirnya sampailah ke port batu besar yg sham katakan ianya seakan batu besar yg bakal kakyang naik dlm trip GTA nanti.

lama kami berehat di sini sambil menikmati angin t/hari. hampir 1 jam juga kami berehat di situ sampaikan mat din yg dtg dari perak pun sempat sampai.

kemudian kami bergerak menuju ke peak Galla yg terletak 1 jam perjalanan. trek ke peak tak lah sekejam trek naik ke batu besar tadi. tp masih juga bisa merembeskan peluh sakan.

sampai di peak galla sekitar 3pm. lepas rehat dan gambar2, kami mula trek ke belakang puncak untuk merintis ke Bukit Nibong. 

Trek mula masuk belukar dan hutan tak bertanda. team depan mula menebas dan mencari laluan berdasarkan gps yg mereka ada.

dari situ, trek mula menurun ke lembah. agak dalam hinggalah sampai ke kawasan lembah berbatu besar.

"Takde bekas laluan di sini! susah nak lalu atas batu2 besar berlumut ni. licin. risau keselamatan" laung team di depan.
" nak naik ikut permatang kiri ke? pacak juga tu." balas pula member di tengah.
"eh.. pacak sangat tu. penat org belakang nanti."
"jap, jap bak aku turun tengok." sham mula beraksi bila kawan-kawan di depan mula buntu.

tak lama kemudian, mula dengar arahan dari mereka minta semua turun ke bawah. kami di belakang mula melangkah ikut yg di depan. melintas batu2 besar dgn berhati2 kerana di antara  batu-batu besar tersebut, banyak tersembunyi lubang2 yg dalam tertutup dengan daun2 kering.

kemudian, dari situ menurun pula ke bawah melalui celah2 batu gelap utk bolos ke ruang sebelah sana sebelum panjat semula batu2 untuk naik ke leereng tebing selanjutnya.

dari situ, kami mula merintis naik dan turun tebing sebelum semua terhenti di satu lereng yang agak curam dan berhutan tebal.

"padat hutan ni. kalau kita rintis juga, eta ke peak malam. bahaya kalau rintis malam. tak sesuai."
"dah nak gelap ni. kita baru 1/3 perjalanan. jauh lagi" sampuk pula yg lain sambil melihat jam di tangan/
"jalan paling selamat, kita patah balik. sekurangnya kalau balik malam, masih ada marking." yg lain pula memberi cadangan.

akhirnya kata sepakat dari semua.. kita patah  balik. mission rintis abort!.

makanya.. terpaksalah berpuas hati dgn 1 bukit sahaja demi keselamatan semua.










mcm hebat je kan bergambar dgn geng ultra. pdhal tercicir2 berjam2 kat belakang. hahahaah

Trans Naning-nong

kita abaikanlah dulu hutang-hutang update trip yg lalu tu ya. kakyang masih takde mood nak mengarang trip yg panjang. 

meh kakyang cerita yg baru terjadi last week. cerita masih fresh.

alkisah..hajat sebenarnya nak merialisasikan hajat utk buat trans naning. tp disebabkan beberapa halangan terjadilah trans naningnong  jer.. 

kenapa jadi naningnong? sebab semua tatingtong! hahaha

naik gunung datuk je pun dah ambik masa 3 jam! peak sejuk dan berangin ya amat. lepas bg laluan semua utk solat subuh, baru lah naik ke peak batu utk bergambar. punya la kuat anginnya sampai pegang hp pun goyang.

turun dari situ, dlm kul 8am baru kami mula gerak ke simpang Y yg ambil masa lebih kurang 1 jam. kami ke peak gagak dulu. 1 jam juga perjalanan. 

balik dari situ, kami teruskan lagi perjalanan ke peak rembau. pastu baru lah menurun lagi ke puncak 701 yg hanya bersebelahan dgn simpang Y nak ke kem ultra.

selepas bergambar 2,3 keping, terus je menjunam turun ke peak ultra yg terasa amat jauh. naik lembut lutut dan haus tapak kaki lah jadinya.

dari jalan diam2 sampai pantang jumpa org mesti bertanya jauh lagi ke dik? jawapan nya 20-30 minit je lg kak.

jalan menurun lagi, selisih org lagi. tanya lagi. jawapan 20-30 minit je lg kak..tp tak sampai2 juga.

haish.. naik bebai juga la kan sbb kaki dah panas ni.

kakyang sampai ke kem ultra lewat 1 jam dari kawan2 depan. tunggu pula kawan2 belakang.

sambil tunggu tu sempat la main sungai, sempat tido, sempat makan, sempat jadi nelayan jap. malangnya sekor ikan pun tak dpt. muahahahah

bila dah lama menanti kawan belakang, kami mula risau. mulalah lg sekali episod bertanya org. tp kali ni soalan lain pula.

"dik, turun td ada nampak tak couple kat belakang?"
"ada kak. tak jauh dah. sat lagi sampai la tu." 

tak lama pastu, sampailah member belakang. 

tunggu lagi member paling belakang pula.

ayat yg sama tanya lg pada hiker yg baru sampai kem ultra.
"dik, turun td ada nampak tak sorang kakak ber3 dgn anaknya?"
"kakak yg pakai baju ranger tu ker? ada-ada. tp agak jauh lagi kak."

kami pun bertenang lg sambil mencari lg apa2 idea bergurau senda di kem ultra sambil  berbincang tentang timing perjalanan seterusnya.

setelah lama menunggu, akhirnya muncullah kawan terakhir. fuh lega. bila member selamat sampai kem dgn selamat.

lepas rehat debuk debak, kami pun berbincang dan mencari kata putus semua memandangkan hari hampir gelap. kalau terus habiskan sampai ke tampin, bermakna semua akan keluar malam. entah2 akan lewat malam.

memandangkan member terakhir pun dah angkat bendera putih, kami sepakat utk menamatkan trip dgn di kem ultra shj dan exit melalui emergancy route. ytjt exit ni. dari kem ultra ke exit hanya mengambil masa 1 jam perjalanan. 

akhirnya  kami sampai di luar sekitar jam 7pm.

makanya.. itulah perjalanan trip trans naningnong kali ni. next time lah kita sambung ke tampin. hehehe



















Sunday, February 12, 2023

Umrah 2023

 Alhamdulillah.. Allah rezekikan kakyang dpt buka lebaran tahun baru 2023 dgn mengerjakan umrah kali ni. Kakyang ke sana dari 3-14 Jan lalu.

Semuanya bermula dari pertanyaan kakyang kepada kakak ipar pada penghujung tahun lepas. kakyang tanya dia perihal harga pekej umrah yang member tawarkan dan ajak pergi bersama. kalau tak silap masa tu bulan Oct kot. tarikh perjalanan sekitar end nov. Lepas kak ipar kakyang advice gitu gini dia kata ok dgn harga pekej tu. kira normal price lah.

dlm kesibukan tu, lastnya kakyang terus diam mcm tu sahaja.

selang beberapa bulan, dlm december kak ipar kakyang call.
"u nak ikut i pergi umrah tak?" dia bertanya
"bila? cost dlm berapa?" balas kakyang minta details
"awal tahun (2023). tp i belum decide bila. harga dlm RMXXX. i tengah cuba discuss dgn mutawif utk dpt harga lama." kak ipar balas.
"ok lah. count me in. nanti apa2 u update semula ya."

sejak dari itulah makanya terjadilah umrah ini. masa mula-mula kakyang maklumkan anak2 yg kakyang akan buat umrah, perkara pertama anak kakyang tanya pasal cost. bila bagi tahu harga, dia kata mahalnya ibu!

ya. mmg kakyang sendiri terasa agak mahal. mahal pada poket kerani cabuk mcm kakyang ni lah kan. harga tu pada pegawai tinggi kerajaan pencen mcm kak ipar kakyang tu, idaklah mahal pada mereka pun. tp bila fikirkan bila lagi nak pergi? alang2 ada duit terjatuh ni, pergi je lah terus. kalau trip hiking tu dah beribu juga habisnya. kenapa trip ibadah boleh fikir mahal pula?

itulah jawapan balas kakyang pada anak2. diorang pun angguk dan diam je. lgpun pada kakyang, anggap ini sebagai jemputan Allah ke rumahNya. sbb kali ni kakyang rasa ringan je mulu bersetuju.

Dulu, masa mula-mula org bertanya apasal tak pergi umrah, kakyang jawab belum ready. sbb hati dok pk bila pergi umrah, siap nak singgah2 tengok piramit lah, jordan lah. mcm2 lah. dok pk pasal nak berjalan melancong.

pastu lagi sekali bila rasa nak pergi sbb dah betulkan niat, tiba2 keluar arahan kena pergi dgn mahram pula. terbantut lagi.

lg sekali rasa nak buat umrah, duit pula dah habis dgn trip2 hiking.

tapi kali ni, bila kakipar tanya je, terus OK. mentelah pula kebetulannya ada duit terjatuh sikit, lg lah mudah kakyang sebut OK.

lepas debak debuk buat persiapan last minit, akkhirnya.. dptlah jua kakyang jejak kaki kat sana..

kita layan gambar dulu ya. panjang pula mukadimahnya. nanti kalau rajin kakyang buat part 2 sbb ada banyak benda menarik nak cerita. hahahhaha mcm janji dicapati je nih. kikiki


di jabal rahmah. siapa sudi sambut tangan kakyang kat sini? hahhaha gedix :P

mkn nasi arab masa otw ke taif

pemandangan Taif sangatttttttt cantik. tetiba teringat cerita Alhamra tu.

salah satu masjid otw kejeddah

masjid Quba

nampak tak sakan shopping tu. amal mana? hehehe

jumpa lagi sorang kak ipar di madinah

hari-hari view dpn mata mcm ni..Subhanallah!


OOTD sementara tunggu bas utk lawatan luar

best naik benda ni. kiki

kedai2 kurma + kekacang ni murah. belakang clock tower

pemandangan kota Mekah dari Jabar Nur



tk banyak gambar mcm ni sbb rasa tak proper nak bergambar sakan di tempat suci mcm ni

di telaga izzq yg ada sejarah tersendiri

tengah Q nak masuk raudah

yg dlm kotak bertanda merah tu katanya bekas tapak kaki nabi semasa naik ke bukit ni

OOTD di Telaga Izzq. meh sini awal sikit, port ootd banyak :D


Friday, February 10, 2023

Another discovery

 semalam alarm kereta kakyang buat hal lg sekali. 1st time jadi masa kakyang nak masuk selepas membeli barang dapur di AB. on alarm. alarm x berbunyi. 

ah sudah...

kakyang press lg sekali button on. tetap tak berbunyi apa2 juga. ura-ura gelabah mula menerpa. aduhhh.. nak masuk kereta mcm mana ni?

kakyang ketuk-ketuk alarm lg sekali. kot2 lah berhasil. tetap lagu tu juga. huhu

bateri alarm abis kah? tak mungkin bateri kereta yg bermasalah sbb bateri kereta baru je tukar 2 minggu lepas.

last resort, kakyang force buka pintu kereta secara manual. apa lg.. menjeritlah alarm tu dgn segala macam bunyinya. kejap mcm bomba, kejap macam ambulance, kejap mcm kereta polis. silih berganti.

mcm mana nak off bunyi alarm tu pula? aduhhhh lagi satu hal. kakyang tak pernah tahu mcm mana nak off alarm tu secara manual. dlm dok pening tu. kakyang terpandang owner kereta sebelah dtg menghampiri keretanya.

"kak, tahu tak mcm mana nak off alarm kereta ni?" tanya kakyang dlm terdesak.
"selalunya ada button off dari dlm kereta. cuba awak cari." perempuan tu cuba membantu.
"yg saya tahu tak ada. sbb pernah cari. tp x jumpa."
" jap akak cuba call husband. sbb kami pun ada kereta yg sama."

dari situ husbandnya cuba guide. masih suruh cari button off alarm. bila masih gagal dan kakyang keep on bgtau takde button tu, diorang terus mengalah dan bgtau tak dpt membantu.

dlm masa yg sama kereta kakyang berhenti berbunyi. terus kakyang lock secara manual dan pergi cari bateri ganti alarm tersebut di kedai sekitar kawasan lot kedai. nasib baik ada kedai jual bateri leper dan sudi tolong tukarkan.

kakyang kembali ke kereta dgn penuh harapan. tekan button on lagi sekali. malangnya masih tak boleh on alarm juga.

mcm nak menangis rasanya. buntu. tak tahu nak buat apa dah. kakyang melangkah ke bengkel service kereta yang terletak di seberang jalan.

"tauke, boleh tolong tengokkan kereta saya? alarm kereta saya ada masalah tak boleh on. sy tak tahu nak tutup alarm mcm mana."

lelaki cina tu membontoti kakyang ke kereta. dia cuba buka dgn alarm. mmg sah tak boleh juga. dia buka secara manual. lg sekali alarm kereta kakyang menjerit nyaring sekampung. 

"mesti ada butang off alarm." dia mengumam sambil tangan memetik segala jenis butang yg diarasakn betul.

kakyang dah mula frust sangat bila dia pun tak dpt bantu. kakyang mula mendail no pomen kereta yang biasa handle service2 kereta kakyang dan juga kenalan lama abg. manalah tahu dia tahu di mana butang alarm tersebut.

" Ah Hon, bla bla  bla.." lg sekali kakyang bercerita perihal alarm kereta.
" mesti ada ma.. cuba cari bla bla bla" ah hon cuba membantu
" takde la ah hon. pomen bengkel depan ni pun tak jumpa"
"kalau mcm tu, sy tak dpt  bantu lor. u kena bawa itu kereta bawa sana kedai eksessori utk chek lor."

kakyang give up. kalau nak start kereta pun tak boleh, nak bawa mcm mana kecuali kena towing lg sekali? huhuhuh

dlm dok bersedih buntu tak dpt nak off alarm, tiba2 suasana sepi.
"dah boleh dik." cina bengel seberang hulurkan semula alarm kereta.
"mcm mana u buat?" kakyang ingin tahu cara.
"sy pun tak tahu. dia (alarm) tiba-tiba boleh guna"
"aigooo.. kalau jadi lg sekali mcm mana?" kakyang bersoal lagi.
"sudah boleh ni, u balik je. mesti ok dah tu." cina bengkel seberang cuba pujuk kakyang.

kakyang terima pujukan dia dan drive balik. dalam perjalanan, kakyang ligat berfikir, kalau jadi lagi ni.. mau keneneng lagi sekali. baik singgah kedai aksesori kereta dan minta diorang tengokkan apa yang boleh.

terus kakyang ligat pula pk di mana ada kedai aksesori kereta area PA. jari ligat google2 sambil drive. dari maps nampak info ada 1 kedai di area AJ. terus kakyang drive ke sana. sampai je di depan kedai, kakyang terus suruh tokey kedai tu tlg tengokkan alarm.

"tokey. sy punya alarm kereta gini gini gini." lagi sekali kakyang ulang cerita kejadian. tokey kedai  ambil alarm dan cuba on off. 
"ok ni. tada apa2 pun." kata dia.
"mmg ok sekarang. ini kalau jadi lagi sekali mcm mana?" kakyang balas x puas hati
"takde apa2 ma.. sudah ok tu."

lg sekali kakyang balik dgn hampa. masih belum dpt selesaikan. wlaupun alarm dah ok sekarang, pasti akan jadi lagi bila2 nanti.

mmg apa yg kakyang takuti benar terjadi. sekali lg jd masa kakyang nak pergi kerja beberapa hari lalu. nasib baik anak kakyang ada di rumah. kakyang gunakan kereta dia utk ke pejabat. dlm masa yang sama minta dia tolong tengokkan kereta tu bila dah siang nanti.

keesokannya anak kakyang maklumkan alarm kereta dah ok sambil bgtau cara dia buat mcm mana.

semalam.

setelah beberapa hari kakyang drive semula kereta tersebut, lg sekali alarm tak berfungsi sewaktu nak balik kerja. dah la masa tu pukul 7 malam dah. siapa pula yang nak  bantu selesaikan masalah alarm kakyang menjerit sekampung ni?

kakyang call staff yang rasa dpt membantu.

" sy dah balik kak. jap lagi sy minta tlg syed tengokkan. dia masih ada di ofis."

tak lama kemudian, member ofis kakyang turun. dlm masa yang sama syed sampai dgn motor dari lorong sebelah.

lg sekali kakyang bercerita perihal alarm kereta tu. dia pun pelik kenapa takde butang off alarm. dlm masa yang sama kakyang cuba pula call staf kedai aksesori yang biasa kakyang pergi bila ada masalah kereta di SA. dia pun pelik bila dengar kakyang kata takde butang tu.

"kak. dah jumpa butangnya." kata syed. dlm masa yang sama kereta kakyang dah diam.
"butangnya yg mana?" kakyang masuk dan duduk di sebelah passenger
"ini kak. ini butangnya. selalunya  butang ni org letak di bahagian bawah. tp husband akak letak kat atas." sambil syed menunjuk butang tersebut yg selama ini tergantung di atas cermin pandang belakang. 

butang bujur kelabu kebiruan tu selama ini berkelip2 biru. selama ini kakyang ingatkan lampu tersebut takde fungsi selain menunjukkan sistem alarm kakyang berfungsi. rupanya di situ jugalah letaknya butang untuk off alarm jika terpaksa buka secara manual.

aduhaiiii macik... itu fungsinya rupanya..

hahahahahha betullah firman Allah. Di sebalik kesulitan disertakan juga kemudahan.

rupanya.. Dia beri ilmu kepada kakyang dgn cara ini. lagi satu rahsia kereta kakyang terdiscover. 

Alhamdulillah. selesai masalah.




Monday, December 5, 2022

Happy Birthday To Me!

 


mlm tadi. tengah sedap tido, anak kecik tiba2 terjah masuk bilik dan panggil.

"ibu! ibu!"

"kenapa dik?" kakyang tanya dgn nada sedikit nak marah sbb tersentak bangun dibuatnya. mcm nak luruh jantung kita.

"Happy birthday ibu!" anak kecik mendekat dan cium pipi kakyang yg terpisat2.


oh. besday kakyang rupanya. bila tengok jam, adeh.. baru jam 1.20am.  tangan terus capai hp dan buka tele. hmmm kosong takde mesej.

buka pula WA, ada mesej banyak dari group family abg. abaikan dulu. pg esoklah kakyang baca.

masuk ke pagi, mesej besday dari keluarga & kawan-kawan rapat mula masuk. by tengah hari, mesej dari yg di tunggu masih juga tiada. 

takpa. kita bagi masa sampai t/mlm nanti. kalau masih tiada, esok kita buat serangan hendap. mcm tak biasa. hehehe

Tuesday, November 22, 2022

Cerita anak beranak

tanggal 19 Nov 2022 yg lepas, hari mengundi se Malaya kan.

KakYang kluar mengundi lewat. Mentelah pula dok tengok status WA sana sini update Q berjela dan lama. Tp ada juga yg update hanya Q 2,3 minit je.

Jdnya, KakYang ambik masa bersantai2 di rumah. Sesambil menunggu makcik kesayangan KakYang balik dari kg. sempat lah masak nasi lemak dulu, tengok tv dulu, golek-golek dulu.

Alang2 dah kluar, biarlah dpt buat 2,3 perkara kan. Tp memandangkan KakYang tak banyak agenda, yg ada hanya rindu nak berjumpa makcik shj. makanya, kakyang menunggulah  juga makcik balik dari kg.

KakYang hanya keluar sekitar jam 2pm selepas sepupu KakYang update timing mereka dijangka kembali ke SA.

Sampai di tempat mengundi, lengang. Ada pengundi sorang 2 je. Setibanya di dewan, RELA terus arahkan KakYang masuk ke Saluran 2. Eh.. Bermask pun dia tahu KakYang saluran mana. Hmmm nampak sangat ketuaan tu dah tak boleh nak disangkal lagi. Hahahha

Masuk dewan. daftar. ambik kertas undi. Pangkah X. Masukkan dlm peti, kluar. 

Siapa yg KakYang undi? Biarlah rahsia.

Proses membuang undi selesai dlm 5 minit je. Alhamdulillah..

Terus KakYang menuju destinasi selanjutnya ke rumah makcik. Sampai sana, gebang-gebang, gosip-gosip, makan-makan, gurau-gurau, lewat petang baru balik.

KakYang bawa kereta selow selow je dlm perjalanan balik. Dlm otak dok ligat cari idea nak singgah mana lagi.

Dlm dok monolog sendiri tu, ekor mata KakYang perasan ada kereta mengekori pace kereta KakYang di sebelah kanan.

Uiksss... Siapa tu?

Td masa drive, KakYang ada memotong kereta sesiapa secara rakus ke? Kot lah terlupa bg signal ke, termakan jalan org ke..

Tak berani nak menoleh. Sbb sejak xcdent haritu, pemanduan KakYang agak berhemah dan sopan santun.

Dlm dok perasan dan berteka2 tu, terdengar org panggil.

"Ibu! Ibu! “

KakYang menoleh bila dengar suara tu familiar sangat. La... anak sendiri rupanya. Dia dlm kereta kawannya. Hahahha

" nak gi mana tu? “

“gi bbq dgn kwn2 jap"

"ok. Enjoy! “

“take care ibu! “

Mcm tu lah lebih kurang dialog ibu dan anak yg berselisih di tengah jalan.

Bila anak2 dah besar ni, masing2 ada xtvt sendiri.

Sorang ke hulu, sorang ke hilir. Belum tentu bersua muka di rumah.

Pandai2lah ibunya mencipta xtvt sendiri. Huhuhu