tanggal 19 Nov 2022 yg lepas, hari mengundi se Malaya
kan.
KakYang kluar mengundi lewat. Mentelah
pula dok tengok status WA sana sini update Q berjela dan lama. Tp ada juga yg
update hanya Q 2,3 minit je.
Jdnya, KakYang ambik masa bersantai2 di
rumah. Sesambil menunggu makcik kesayangan KakYang balik dari kg. sempat lah masak nasi lemak dulu, tengok tv dulu, golek-golek dulu.
Alang2 dah kluar, biarlah dpt
buat 2,3 perkara kan. Tp memandangkan KakYang tak banyak agenda, yg ada hanya
rindu nak berjumpa makcik shj. makanya, kakyang menunggulah juga makcik balik dari kg.
KakYang hanya keluar sekitar jam 2pm
selepas sepupu KakYang update timing mereka dijangka kembali ke SA.
Sampai di tempat mengundi, lengang. Ada
pengundi sorang 2 je. Setibanya di dewan, RELA terus arahkan KakYang masuk ke
Saluran 2. Eh.. Bermask pun dia tahu KakYang saluran mana. Hmmm nampak sangat
ketuaan tu dah tak boleh nak disangkal lagi. Hahahha
Masuk dewan. daftar. ambik kertas undi. Pangkah X. Masukkan dlm peti, kluar.
Siapa yg KakYang undi? Biarlah rahsia.
Proses membuang undi selesai dlm 5 minit je. Alhamdulillah..
Terus KakYang menuju destinasi selanjutnya
ke rumah makcik. Sampai sana, gebang-gebang, gosip-gosip, makan-makan,
gurau-gurau, lewat petang baru balik.
KakYang bawa kereta selow selow je dlm
perjalanan balik. Dlm otak dok ligat cari idea nak singgah mana lagi.
Dlm dok monolog sendiri tu, ekor mata KakYang
perasan ada kereta mengekori pace kereta KakYang di sebelah kanan.
Uiksss... Siapa tu?
Td masa drive, KakYang ada memotong
kereta sesiapa secara rakus ke? Kot lah terlupa bg signal ke, termakan jalan
org ke..
Tak berani nak menoleh. Sbb sejak xcdent
haritu, pemanduan KakYang agak berhemah dan sopan santun.
Dlm dok perasan dan berteka2 tu,
terdengar org panggil.
"Ibu! Ibu! “
KakYang menoleh bila dengar suara tu
familiar sangat. La... anak sendiri rupanya. Dia dlm kereta kawannya. Hahahha
" nak gi mana tu? “
“gi bbq dgn kwn2 jap"
"ok. Enjoy! “
“take care ibu! “
Mcm tu lah lebih kurang dialog ibu dan
anak yg berselisih di tengah jalan.
Bila anak2 dah besar ni, masing2 ada
xtvt sendiri.
Sorang ke hulu, sorang ke hilir. Belum
tentu bersua muka di rumah.
Pandai2lah ibunya mencipta xtvt sendiri.
Huhuhu
No comments:
Post a Comment