dianggap trans tak kalau tak cross direct? sbb yg ini mcm dari basecamp - pangrango - campsite - gede - basecamp putri? trans lah juga kan. kikiki
akak, kalau tak trans mcm tak sah lah trip tu. huhuhu. ni kiranya kes malas nak naik turun banyak kali. jd lagutulah
" kak, jom gi Gede." itulah ayat Pyan masa mula2 ajak tu.
"siapa lagi ikut?" ayat ni kena tanya utk pastikan KY berada dlm line up yang betul bagi menjamin kestabilan emosi ketika trekking. hahaha
" kita ber4 je kak." fhm lah KY, PLATINIUM members jer. missing arwah joi doh. (Alfatihah utk arwah)
"berapa cost?" next soalan KY. bila dah tanya ayat ni, fhm2 je lah. hehehhe lgpun dah lama tak ikut pyan menggunung. KY gerun juga nak naik gede ni mentelah pula baru tengok cerita seram berkaitan Gunung Gede. huhu.
setelah tiba tarikh di nanti, 15 september kami gerak ke Jakarta dan dari situ terus ke Basecamp Cibodas dan bermalam di sana. di basecamp sini pun dah sejuk. dan lama juga tak menikmati perkampungan indonesia.
Next day kami bergerak seawal jam 8am setelah breakfast. Perjalanan dimulakan dengan mendaki Gunung Pangrango. Trek naik mmg nampak seram dan muram diknon. treknya tertutup dengan pohon rendang. nampak malap dan berkabus jer... suasana rasa lembab dan sejuk.treknya tak lah sesusah mana. ewahhhh. tak susah. tp masa naik tu berzikir dan hilang nafas lah juga. treknya bertangga menaik perlahan. takdelah yg pacak2 teruk mcm gunung di malaya.
kami sampai di campsite kubang badak pangrango sekitar 5pm. kami overnite di situ dahulu sebelum meneruskan pendakian ke Puncak Pangrango ke esok pgnya. Trek ke puncak melalui air terjun air panas. menakjubkan. itulah pertama kali dlm bertahun mendaki, KY jumpa air terjun berair panas. selalu jumpa sungai air panas atau kolam2 air panas jer. tp kali ni air terjun dik!
kami sampai kat puncak sekitar 12thari. dan turun semula ke campsite utk lunch sebelum meneruskan pendakian selanjutnya ke Gunung Gede.
Sebenarnya, masa kat campsite ni, KY dah mohon simpati utk bermalam dan proceed ke gunung gede esoknya. Tp pyan bgtau, kalau bermalam, esok hari kena betul2 all out utk pastikan sampai puncak ontime dan selanjutnya turun ke campsite supaya tidak lari dari perancangan keluar.
Selepas timbang tara, KY setuju utk lanjut jalan lepas lunch.
Sekitar jam 3pm, kami naik semula ke trek yg sama beberapa ratus meter ke simpang Y menghala ke gunung gede. Trek hala ke gunung gede pun masih sama mcm masa naik ke pangrango. makin lama ke atas, makin berpohon bongsai yang cantik. sesi bergambar mula terjadi sambil2 sulam take 5.
Semakin hampir sampai ke permatang rabung kawah/kaldera gunung Gede, bau sulfur semakin di hidu. makin dekat permatang makin kuat. setibanya kami di atas kaldera, kami dilanda hujan yang semakin lama semakin lebat. masing-masing mempercepatkan langkah untuk segera sampai ke puncak gede. sbb campsite yang di rancang berasa 30minit away di bawah puncak.
spt biasa, KY tercicir seorang di belakang. tak mampu KY nak kejar langkah org kurus ni. hahahhhaa salah sendiri lah kan. kenapa gemok!
kakyang meniti kaldera gede dlm gelap bertemankan lampu headlamp. kwn2 lain tak tak nampak bayang di hadapan. pancaran kilat silih berganti di atas kepala. sesekali dentuman dan kilat kuat mengejutkan kakyang. hujan makin lebat. bau sulfur semakin kuat. otak mula membayangkan cerita cerita seram gede. sebijik mcm dlm filem horror!
bila akhirnya kakyang mula nampak semula cahaya-cahaya headlamp kawan-kawan di hadapan statik setempat. maknanya dah sampai ke puncak! KY tarik nafas lega bila dpt regroup semula dgn kawan-kawan lain.
kami berlindung di bawah gerai jualan penduduk yang kosong di puncak. yang kemudiannya guide maklumkan kami akan bermalam di puncak memandangkan hujan takde tanda-tanda akan reda. KY risau juga bila mereka ambil keputusan bermalam di puncak sbb bau sulfur agak kuat. risau jika kami keracunan ketika tidur di dalam tenda.
Alhamdulillah.. takde apa2 berlaku malam tersebut. masing2 tidur nyenyak. tk terasa dingin puncak wpun mlm itu angin sangat kuat menghempas tenda-tenda kami.
Keesokannya, cuaca kembali cantik bersinar. kami dapat lihat sunrise dari puncak. dan yang pasti bonusnya.. terus dpt bergambar dgn batu tanda puncak Gede.
Setelah puas bergambar dan mengemas peralatan masing-masing, kami mula turun menuju ke campsite alun-alun suryakencana yg khabarnya terletak tidak jauh dari puncak. langkah menurun perlu sedikit berhati-hati kerana batu-batu yang agak licin disebabkan hujan semalam dan treknya yg agak menjunam ke bawah.
Setelah lebih kurang 30 minit perjalanan turun, akhirnya kami sampai ke kemsite suryakencana yang diceritakan cantik. tp syg, view yang cantik dicacatkan dengan sampah sarap yang sangat banyak seluas campsite tersebut. ini adalah pemandagan biasa bagi campsite di indonesia.
Guide memilih untuk membuka ground di sedikit ke dalam hutan untuk berlindung dari angin kuat dan sejuk. mereka terus buka dapur untuk menyiapkan lunch kami pada hari tersebut yang sangat mewah. siap ada dessert lagi.
sementara menanti mereka siapkan lunch, kami mulakan sesi bergambar dan explore sedikit kawasan tersebut. korang layanlah gambar2 di bawah ya.
perjalanan dilanjutkan lagi beberapa jam kemudian untuk turun ke basecamp putri. trek ke sana hanya menurun. jelly juga lutut jadinya. berselang seli dgn akar2 pokok yang tersembul keluar dari trek mungkin disebabkan trek tersebut terlalu ramai di gunakan. di sepanjang trek terdapat juga pondok2 jualan dari penduduk. dan banyak juga pondok2 rehat.
akhirnya kami selamat sampai ke pintu rimba sebelum maghrib. untuk sampai ke basecamp, perlu melalui jalan kebun penduduk. KY mengambil keputusan untuk menaiki ojek ke bacecamp. lelah kaki nak habiskan lagi beberapa km perjalanan. bayar ojek je lah. benda ada ye dak? heheh
![]() |
| view kebun basecamp puteri. |
![]() |
| dari angle lain |
di sinilah KY mendapat perkabaran dari anak menyatakan si abgnya xcdent teruk sampai kereta yang dipandu total lost. nasib baik anak KY selamat. maknya boleh la bertenang sikit. kalau cedera tu, mau menangis tak sudah2. huhuhu
jomlah layan gambar. mood hari-hari selanjutnya dah sendu sbb risau dgn kes anak2 di tanah air.
![]() |
| kerja pembersihan sampah sedang dijalankan kerana khabarnya akan ada acara larian di situ |
| the team |




















