Thursday, February 26, 2026

The under estimate: Gunung Gadang

 Ha kau.. mmg under estimate betul gunung nan satu ni. Mcm kena prank pun ya. haha

Si Nazir lah. dia yg ngajak KY gi naik gunung ni. Katanya... 

"kak, sebelum gunung yg baru kena rintis ni hilang treknya dan dicommersialkan dan diwajibkan mgp, baik gi cepat. 5km pergi  balik je kak. tingginya tak sampai 800 pun."

katanya.

otak kakyang pun cergaslah congak E kuasa dua equal to MC kuasa dua. rendah dari gunung datuk. trek sehala dlm 2.5km jer.. jer eh!

actualnya... hazab nok! hazab! dgn trek menaik sesaja, dgn jauh, dgn panas bahangnya, dgn buluh nipisnya, dgn najis abg besarnya bersepah2. seram nok!

Jan 10, dari PA kami gerak ke gerik dan bermalam di lata lalang sebelum gerak paginya naik ke jalan grik -jeli selepas breakfast. 

dgn tawakalnya park kereta tepi jalan sbb jalan tu takde penghuni. tambahan pula nampak tinggalan2 abg besar banyak di kawasan tersebut. dan risau juga kereta di pecah org memandangkan akan tinggalkan kereta lama di situ.

kami mulakan trekking dari tepi jalan tersebut  tak terlalu awal tak terlalu lewat. Almaklumlah 2.5km jer.. pasti boleh kluar awal punyer!. confident gituw

dari trek entrance tu dah dpt banyak tompok2 najis abg besar. so kena hati2 trekking. kemungkinan terserempak dgn mereka adalah besar. trek mula2 masih mendatar utk beberapa puluh meter dan kemudiannya makin menaik santai2 dan makin lama makin memacak. trek di hutan gerik agak panas.

Bila trekking makin tinggi, pokok2 buluh halus mula memenuhi trek. pergerakan memanjat terpaksa berpaut kepada batang2 buluh halus. hasilnya.. habis terbelah tapak tangan. huhu. trek di atas permatang banyak nampak kesan-kesan hutan terbakar lama. baju, tangan, kasut semua terpalit arang.

Trek kdg2 agak mengelirukan. kena pandai baca tanda/tinggalan rintis sebelumnya. jika salah baca, mungkin tersasar ke trek laluan abg besar. makin ke atas, trek makin memacak. sehinggalah kami sampai ke satu bongkah batu yang besar. dlm kepala dah mencongak lagi sekali. mcm mana nak panjat ni? silap panjat, arwah di bawah tebing sana.

Sambil memanjat, mulut tak abis2 mengucap panjang. mentelah kami ber3 perempuan. hanya nazir seorang lelaki yg ada. dgn bantuan dia, kami berjaya naik ke tebing atas seorang demi seorang. dah sampai atas, otak dah process info lain pula. nak turun nanti mcm mana? mau nangis lg sekali ni.

bab turun kemudian pk. kita pk mcm mana nak sampai puncak dulu!.

"dah nak sampai ni kak, dah atas."
otak kakyang in denial. tak mungkin. sbb kakyang masih boleh nampak puncak lg di tinggi di hadapan.  lgpun kata ada beirut. tp tak nampak pun?

rupanya mmg benar apa yg di sangka. dari jauh kakyang nampak kelibat nazir dan bella di tebing hadapan. tp nak ke tebing tu kena menurun dahulu. Ya Allah... nak turun semula? huhuhu lg sekali.  Mental kakyang mula rabak. nak givap lah! dgn panasnya, dgn trek berbatu longgarnya, kakyang mmg agak seram. risau kaki tergelincir bila memandang tebing sayup di bawah.

"tak kan nak give up nok? dah nak sampai. sikit lagi je tu. dah jauh jalan. rugilah kalau tak teruskan. ko nak ulang dtg lagi ke nok? nak hadap semua ni lagi ke?"  otak dan hati mula berdialong sendiri.

kaki tetap teruskan tugas. langkah selagi boleh melangkah. mental tetap berperang. nak give up ke nak teruskan?

Selepas bertarung antara fizikal dan mental, akhirnya puncak berjaya juga di takluk. aduhhh.. kononnya kul 12 boleh sampai. rupanya 2.30 baru sampai puncak. huhu

kakyang terus terduduk. panas tak boleh nak ckp. penat meragaih pun satu hal. mcm drain terus tenaga rasanya. nak keluarkan air dan makanan pun tak larat. gigil2 tangan jdnya.

setelah puas berehat, bergambar, kami turun semula sekitar 3petang. langkah turun perlu dipercepatkan tanpa terlalu banyak berhenti memandangkan hari makin berganjak petang. kekuatiran bertembung dgn abg besar pulang sarang jika treking malam.

Alhamdulillah.. kami selamat sampai ke entrance semula sebelum jam 7mlm. bertambah lega bila sampai ke parking, tengok kenderaan selamat masih di situ.

taik gajah bersepah-sepah












view pergunungan dan jalan grik-jeli





No comments: