Sebenarnya ini trip ambil kesempatam. hehehe
Ye la, bos kakyang sebenarnya ada MOU ceramony di sana utk project jalan yang dia jadi consultant. Dlm masa yang sama dia nak reward staff sbb berjaya achived KPI jabatan last year dan bawa benchmarking dgn uni lain yang ada di sana. makanya setelah ditelek-telek calendar dan dicongak-congak poket, cuti dan sebagainya..kakyang pun mula lah add trip sendiri selepas trip benchmarking tersebut.
Memandangkan ini kali ke 3 kakyang jejakkan kaki ke sana, tanaklah kali ni balik dgn tangan kosongkan? kakyang mula buat reseach perjalanan. riki sana sini, cari org tu org ni, dan finalnya dptlah merealisasikan kesemua hajat yang tertunda.
Perjalanan ke kuching bermula seawal 27 Jan untuk benchmarking visit. day 1 tu takde lah xtvt apa sangat. sementara tunggu boleh chx in kat hotel, kami ronda2 lepak dulu di tepian sungai bandar kuching dan dlm masa yang sama boss pun ada mtg online. bos mtg in the park gitewwww..
selepas chx in, lg sekali kami kluar petangnya untuk dinner dan ronda di sekitar seberang (Kg Boyan).
Day 2: Hari benchmarking visit. Kami melawat Swinburn University separuh hari pagi. dan sebelelah petangnya kami melawat UNIMAS. Mlmnya kluar lepak2 lagi sekitar kg boyan juga dan naik jambatan Nurul Hana yg femes tu. sambil2 mengimbas kembali memori ketika cinta lama masih hangat di situ. ewahhh..keke
Day 3: hari free and easy sebelum yang lain bertolak. selepas bf di hotel, kakyang minta izin dari bos dan teman sepejabat yang lainnya untuk mulakan pergerakan sendiri. mentelah pula kereta sewa telah diterima dari mlmnya, maka mulalah panjang langkah kakyang.
Destinasi pertama adalah ke bandar Bau yang terletak 1.5jam perjalanan dari bandar Kuching. hajat hati nak masuk Fairy Cave. dari research yang di buat, entry ke gua tersebut ada limit dan masa dihadkan. lgpun boleh walk in shj. ada kaunter tiket disediakan di situ, mulahlah utk adhoc plan.
Rupanya. dari penghujung gua, boleh naik ke satu bukit. tp perlu guna guide dan bayar permit. takpelah. kalau ada kelapagan lain nanti, kita try naik bukit tu.
usai selesai caving, next destinasi adalah ke Tasik Biru yang terletak betul-betul di tengah pekan Bau. eh.. Bau ni pekan ke bandar eh? pd kakyang, lebih kepada pekan kot. kecil je tempatnya.
Memandangkan Tasik Biru takde apa-apa attraction yang menarik sangat, kakyang sekadar bergambar di tepi tasik sebagai tanda hadir. Kalau sekadar menyelosori titi terapung kotak plastik biru tu, malaslah. biasa je tu. kekekek belagak!
Dari situ dah t/hari, kakyang masuk ke pekan mencari kedai makan. rupanya susah ya nak jumpa kedai makan melayu di situ. lastnya kakyang singgah ke satu pasaraya yang ada kedai Chica.go. kedai ni halal. lepas mengalas perut dgn nasi ayam yang agak sedap (mungkin sbb lapar), kakyang masuk ke dalam pasaraya untuk membeli beberapa bahan mentah dan keperluan makanan. kerana next destinasi adalah camping di tepi sungai 2 hari bagi melunaskan xtvt selanjutnya.
Selepas selesai membeli keperluan, kakyang lanjutkan perjalanan lagi terus ke kemsite. setelah puas mencari tempat penginapan yang murah utk trip solo dan dekat dgn next xtvt, kakyang decide untuk menginap di Ridung campsite. Hasil dari komunikasi bersama Mr Cruss (owner) yg sangat ramah, kakyang dpt tahu camsite ini turut ada sediakan bilik penginapan yg basic. apa ada hal. dlm hutan boleh hidup, tak kan lah kat campsite tak boleh. ye dak?
Rupanya, bukan sangat basic pun, alhamdulillah ada chiller disediakan di situ, dptlah kakyang simpan bahan2 mentah selama 2 malam di sana. Kakyang the only camper yg ada masa tu. tak rasa seram pun sbb campsite situ ada lampu. dan rumah Mr Cruss pun di luar jalan tu jer. senang ckp, sekeliling campsite tu adalah perkampungan pun. apa nak takut. bukannya hutan tebal mcm yang selalu kakyang masuk ke pendalaman Sarawak.
The next day, kakyang bangun awal utk siapkan sarapan sebelum bergerak ke Bengoh Dam bagi xtvt yang telah lama dinantikan iaitu ke Jurasic park. Janji jumpa dgn Alice(guide) di sana jam 8pg. perjalanan dari campsite ke dam hanya mengambil masa 30 minit santai.
Dari dam, kami perlu menaiki bot org kampung. sebelum ke destinasi utama, kami singgah dulu ke kampung sting. Trek naik ke kg tu hanya 45 minit. santai2 bergambar dan menikmati pemandangan dam dari atas. Kg Sting ni adalah antara kg yang masih lagi ada penduduk sejak dam di bina. tp mostly di huni oleh org tua memandangkan anak-anak muda banyak dah keluar duduk di perkampungan luar dam.
Bengoh dam dulunya adalah perkampungan, bila dam nak di bina, penduduuk di pindahkan ke Bengoh Resettlement Scheme (BRS). ada yg tetap nak tinggal di situ. maka mereka mula naik ke puncak-puncak bukit sekitar dan membina perkampungan baru.
Dari kg sting, kakyang naik bot semula ke jeti lain untuk mulakan perjalanan ke Jurasic park. kakyang ingatkan kawasan tu adalah hutan, rupanya trek tersebut melalui kebun-kebun penduduk. treknya sangat jelas. dan yang bestnya.. tak ramai pengunjung. trek kosong. takde nak berebut2 trek, takde nak berebut2 tempat utk bergambar. terasa vip sangat u!.
keseluruhan trekking hingga ke jurasic park hanya mengambil masa 2 jam (termasuk waktu rehat dan leha-leha). mula-mula akan jumpa Curtain Waterfall. sini kakyang singgah bergambar dan alas perut sekejap untuk ambil tenaga. pastu baru teruskan lagi perjalanan ke jurasic park di mana terletaknya akar liana yang sangat besar dan berlatarkan sungsung waterfall. masa kakyang sampai ke sini, takde sesiapa pun. jd dptlah posing-posing sepuasnya bak tempat tu ana yang punya.


overall, utk xtvt hari ni dapat diselesaikan sebelum petang. balik dan lepak2 semula di campsite sambil turun mandi di sungai. mlm tu kena tido awal sbb utk xtvt esoknya, perlu bangun awal.
esoknya, seawal 2pg kakyang dah bangun untuk siapkan bekal dan sarapan bagi. xtvt hari ni adalah mendaki bukit Tajur Rambung yang dikatakan mempunyai awan karpet. tp dgn syarat, kena dtg awal. dpt juga tengok sunrise di sini.
Perjalanan ke kampung Biya Jaber yang menjadi entrance point hanya mengambil masa 15 minit dari campsite. Guide kakyang utk bukit ini adalah si Tonyong the handsome boy. heheh comeljer orgnya.
perjalanan dari entrance ke bacecamp di dalam kampung agak jauh. katanya sekitar 3km. dari bc trek mula menaik sedikit demi sedikit. total perjalanan ke puncak mengambil masa 2 jam juga. kakyang sampai kat puncak jam 6pg. 30 minit lewat dari org lain. agak ramai pendaki yang naik pd waktu yang sama. dptlah menikmati sunrise malu-malu dan carpet yang tak berapa gebu. hehehehe
selepas puas bergambar, kakyang mula beransur turun. dlm perjalanan, Tonyong singgah rumah dia untuk ambikan rambutan utk kakyang. hahahah so sweetlah si handsome boy ni.
memandangkan trek kampung agak terbuka, lelah jugalah nak menghabiskan baki sebelum sampai ke parking tu.
overall, trip utk hari ni habis separuh hari shj.
Setibanya di campsite semula, kakyang mula bersiap dan berkemas untuk bergerak ke next destinasi iaitu mencari KM0 Teluk Melano yang jaraknya sekitar 2 jam perjalanan dari Padawan.
Sepanjang melalui jalan padawan- lundu, kakyang perasan ada beberapa tempat yang berbatu tajam seperti batuan kuazt. hmmm... seperti ada benda menarik di sini utk diterokai...jeng jeng jeng
Perjalanan diteruskan ke teluk melano melalui pan borneo. Jalannya 2 lane shj. dan alhamdulillah tak sibuk. lurussssss shj sampai ke hujung. sepanjang perjalanan hanya nampak kg-kg kecil. tiada pekan-pekan industri seperti yang selalu kita nampak di semenanjung.
Betullah seperti kata Alice,buat apa nak ke sana? takde apa pun. pantainya sama je spt di sebelah kucing. heheheheh takde yang menarik sekitar situ. selepas bergambar dgn 0KM Teluk Melano, kakyang beransur menyelusuri jalan2 kampung utk ke next destinasi iaitu bermalam di Sematan.
Sebelum chx in di hotel, sempatlah kakyang singgah makan di restoren rosmah. agak sedap masakannya. tp sayang, tak disediakan portion kecil. portion yg ada hanya utk makan sekeluarga besar, ikan besar, udang besar, sotong besar. aduh.... makan je lah. nak buat mcm mn. habiskan selagi boleh. hehehe
Sememangnya sekitar sematan-lundu mmg tidak ada apa-apa yang menarik sangat. ini pendapat kakyanglah. bergantung kepada minat masing-masing. mcm yg suka nature spt kakyang, pantainya biasa2 shj, takde yang menarik sangat. tp...kakyag nampak banyak tempat-tempat rekreasi gunung sepanjang jalan tersebut. insyaallah yg ini kita simpan utk next visit jika ada. insyaallah.
Hari terakhir di sana, kakyang sempat singgah di Paku Rock Maze Garden. Actually tempat ni kakyang dah nampak awal masa dok research tempat-tempat yang boleh dilawati. tp kakyang skip pd awalnya sbb bila nampak entrance ke tempat ni terletak dlm tokong cina. hmmm nak masuk tokong ni, rasa tak selesa sikit. tempat ibadat org kan. risau tersalah langkah, tersalah cara, kena marah nanti.
bila hari-hari dok nampak tempat ni semasa dlm perjalan to-fro bau-melano, mentelah pula ternampak tompok-tompok batuan kuart di sesetengah tempat, kakyang rasa tertarik pula untuk tetap singgah kat situ.
Malangnya.. tak berapa jd rezeki kakyang lah bilamana sampai kat sana, hujan tengah mencurah di bumi Bau.. tp alhamdulillah masa tu hujan reda sedikit, makanya dptlah laju2 kakyang bergambar sebagai kenangan dan tanda hadir. Takpe, ada kesempatan lain, kita dtg lagi.
Makanya... selesailah trip jalan-jalan kuching kakyang kali ini. alhamdulillah , apa yg dihajati selama ini dpt di tunaikan semuanya. insyaalah dtg lagi lain kali, kita tengok apa lagi yang boleh di explore di sana.

























.jpg)



No comments:
Post a Comment