seawal 2 pagi kakyang dah bangun untuk siapkan makanan dan bekalan. habis je semua, kul 3 kami dah mula gerak.
trek pacak tak sudah dari shelter 3 dan banyak puncak -puncak tipu. misi ke shelter 4.
sampai di shelter 4 pun dah thari. sejuk gila. mkn thari dan panaskan badan dgn air panas.
di sini rick mula memberi bunga-bunga hint utk tidak meneruskan perjalanan bila tengok pace kami yang sangat teruk.
" mau terus atau secara online sahaja?"
"secara online? apa maksud kamu?" kakyang minta penjelasan. rick hanya tersenyum senyum. sesuatu sangat.
"secara online? apa maksud kamu?" kakyang minta penjelasan. rick hanya tersenyum senyum. sesuatu sangat.
"dik, td rick suggest kita summit secara online. apa maksudnya tu?" kakyang berbisik dgn yg lain.
"maksudnya patah balik kak. ambil gambar org, tempek muka kita."
"oh tidak!. kita teruskan" bisik cikni pula.
YA! kami teruskan halim!
trek selanjutnya dari 4 ke summit adalah yg pling mencabar. meniti tebing, meragaih akar, mmg mostly treknya sangat kejam.
clue hampir puncak adalah tangga besi. pendek aja tp bisa bikin goyang juga hati tu.
then trek bersambung lagi naik yg tak sudah-sudah. turun yg tak sudah2. sampai bila nak sampai kalau mcm ni. bisik hati kakyang.
sampainya di satu puncak, rick tunjuk kakyang satu puncak. itu puncaknya kak. mak aiii! jauh lagi.
hati mula sebal. tp langkah tetap langkah. layankan aja naik turunnya tu.
sampai lg di satu puncak. rick tunjuk lg sekali puncak. tu kak tu... nampak tak tiang atas puncak tu?
mana?
tu kak.. halus aja tu..
aduh.. kakyang ni dah la rabun. mmg time trekking tak akan pakai speck. mana nak nampaknya. jalan je lah. huhu
bila mula nampak gugusan rumput2 panjang dan gugusan buluh2 @ rumput berdaun runcing halus, kakyang tahu ini penanda puncak dah hampir
benarlah bagai di rasa. akhirnya tiang yg diberitahu tadi dan pondok kecil terhidang di depan mata.
merapat lagi ke pondok kecil, terus nampak beirut puncak mulu.
"Tahniah akak! dah grad G20!" serentak semua ucapkan tahniah pd kakyang.
"Tahniah akak! dah grad G20!" serentak semua ucapkan tahniah pd kakyang.
kudrat dan semangat yg hampir hilang td terus rasa berbaloi dan terharu gila. terus kakyang sujud syukur di puncak.


selepas bergambar, alas perut sedikit dgn makanan apa yg dibawa, kami mulakan semula perjalanan turun dgn segera. masing-masing mula bungkam melayan perasaan. kem 3 nun jauh di bawah. klau naik pun dah satu hari perjalanan, nak turun pula yg treknya sama shj naik atau turun. entah pukul berapa kami bakal tiba di kem 3. tp masing-masing sudah dpt agak apa yang bakal dihadapi.
sebagaimana sebegitulah, sebegitulah turun. naik turun yang tak sudah-sudah. hari mula menginjak malam. cahaya hutan mula malap dan selanjutnya gelap. masing-masih dah bertemankan headlamp. berjalan dah perlu serentak semua. tidak boleh terpisah bg mengelak bahaya tersasar. beberapa porter dah mendahului di depan. disusuli Rick, uya, kakyang, cikni, farok dan jiji. ada 2 lagi sweeper di belakang.
sesekali kami berhenti seketika utk melepaskan lelah menapak tanpa henti.
"Dik, akak nak weewee (kencing). akak gi depan sikit. "
tiba2 cikni muncul di belakang.
"akak, sy pun nak weewee."
"ok. awak selesaikan di situ. akak di sini."
"akak, sy pun nak weewee."
"ok. awak selesaikan di situ. akak di sini."
belum sempat nak selesai hajat, hujan mula turun.
"Dik, akak naik atas sikit utk berlindung dan kluarkan baju hujan." kelam kabut kami menyelamatkan diri dari basah.

perjalanan diteruskan semula. Hujan. bermakna jalan akan bertambah slow. makanya kena jalan tanpa henti. itu shj cara untuk menyegerakan lagi sampai ke kem.
"Dik, akak naik atas sikit utk berlindung dan kluarkan baju hujan." kelam kabut kami menyelamatkan diri dari basah.

perjalanan diteruskan semula. Hujan. bermakna jalan akan bertambah slow. makanya kena jalan tanpa henti. itu shj cara untuk menyegerakan lagi sampai ke kem.
saat bertukar minit.
minit bertukar jam.
jam bertukar hari.
malam bertukar siang.
akhirnya kami sampai semula ke kem 3 sesudah subuh. maknanya perjalan summit attack kami adalah 26jam!
wahhhhh... satu catatan pecah rekod lagi bagi kakyang. hahahhahaha
No comments:
Post a Comment