Monday, April 28, 2025

Potong bawang

 

pagi-pagi td adik ipar kakyang dah up status potong bawang. huhuhuhu

rasanya arwah adik kakyang dpt rasa dia akan pergi tinggalkan semua. kita yang ditinggalkan ni kadang-kadang tak dpt tangkap benda-benda kecil mcm tu. mungkin sbb kita tak mahu pikir sejauh itu atau mungkin kita terleka dan tidak peka atau  mungkin kita terlalu positif hinggakan lupa ajal dan maut itu akan dtg bila2 masa shj.

tak payah nak cakap ke org. perkara yang sama terjadi pada diri kakyang sendiri. wpun arwah suami dah lama sakit, tetap kakyang tak boleh nak fikir yang allah akan ambil dia anytime. wpun telah disentak dgn pertanyaan oleh kakak ipar beberapa bulan sebelum tu, masih kakyang tak mau fikir sejauh itu.

kes abah meninggal pun sama. pada minggu abah akan pergi, abah mmg dah admit kat hospital. from time to time abg cik akan update status abah. kakyang masih positif abah akan pulih seperti biasa. hari abah nak meninggal, abg cik makin kerap update. bp abah makin lemah. jap lg timbul lg update. bp abah makin turun. jap lagi update lg.. bp abah makin drop. dan akhirnya update terakhir dari abg cik... abah dah pergi tinggalkan kita.

allahuakbar!

jdnya bila nampak status yg adik ipar update pg td, kakyang agak tersentak. mata berkaca-kaca. ya allah betapa aku selama ini terlalu tidak peka dgn semua itu. terlalu terbiasa dengan kata-kata takde pape tu.. nanti sihat balik lah tu.. atau adakah aku ini seorang yang takde perasaan?

Ya Allah.. ampunilah aku.

No comments: