"tetap menapak wpun dah umpama merangkak. Tetap bergerak wpun lutut dah bunyi kruk krak. Tetap pasak walaupun hati dah terisak-isak"
Ini quote kakyang masa published gambar ni di FB. punya nak gambarkan keadaan kakyang masa tu. huhuhu
Sebenarnya masa masuk hutan untuk trip Gunung Batu Putih ni, kakyang masuk dgn 1001 perasaan jiwa kacau. risau sebenarnya sbb biasanya 'penghuni hutan' suka org jiwa kacau ni. ok juga kalau depa berkenan kan? boleh buat drama. haha. tp kesianlah pula kat anak-anak yatim tu nanti kalau kehilangan ibunya pula. huhu
jiwa kacau ni rentetan dari cerita Latimojong seminggu sebelumnya. balik dari situ, tambah serabut bila anak kecik kakyang tak buat persediaan apa-apa lagi untuk universitinya. barang tak siap, documentation tak siap. nak kena stamping lg, nak kena minta pengesahan pegawai lagi pastu pk pasal yuran dia yg super duper expensive bagi poket kerani mcm kakyang ni. sampai kakyang dah pm maria tanya kalau kakyang tak jd pergi GBB, dia ok tak? siap offer nak refund semula duit trip dia.
Maria suh kakyang bertenang dan siapkan pelan-pelan dalam masa yang berbaki satu hari je lagi sebelum tarikh bertolak ke meet point.
Selepas bertenang dan timbang tara apa yg patut, kakyang sampaikan 1001 amanat dan pesanan kepada anak kecik utk dia siapkan apa yg patut. hal2 ofis takde masalah sangat sbb cuti cuma sehari je. kakyang proceed dgn perancangan awal teruskan GBB!
trek GBB dari kuala woh tak lah sesukar mana pd pandangan kakyang. permulaan trek dari kg OA yang agak landai kemudiannya mula menyusuri trek tepi sungai besar. di hujung trek kami perlu menyeberangi sungai besar tersebut untuk ke check point seterusnya ke kem balak. trek mula menaik balas pantun dari kem balak ke kem balak dua. dari sinilah kakyang mula pewai. tak sukar dan tak terlalu pacak. tp dia punya mengaruk.. mcm naik trek pacak sangat. kat sinilah kakyang mula terfikir besarnya peranan mental. bila masuk hutan dgn mental sihat, auto yg susah pun tak terasa susah mana. tp bila masuk hutan dgn mental yg 'sakit' yg mudah pun terasa susah.
bila mental mula merudum, mulalah 1001 alasan keluar. kakyang mula rimas dgn langkah sendiri yang terlalu selow. mulalah nak jalan menyendiri layan perasaan. mulalah hambat sweeper ke depan. malangnya sweeper kekal dgn prinsip dia. dah nama sweeper, kena dok belakang. takpe kak. jalan je janji bergerak. haa gitu kata sweeper.
dia tak tahu, kakyang ni mula mental teruk dah. setelah berkali-kali cubaan hambat sweeper ke depan, lastnya kakyang terpaksa berterus terang.
"dik, akak dah mental sangat ni. time gini tak boleh ada org di belakang akak. awak ke depan dulu. jln bg nampak akak je. bg akak jalan dgn tenang jap."
alhamdulillah nasib baik sweeper makan pujuk kali ni. agaknya sbb dia nampak muka kakyang dah lain macam dah kot. hahahaha
sebaik sahaja sweeper di depan, terus meleleh air mata kecewa. aduhaiiiii.. kenapa mental sangat kali ni?
mcm tu lah sampailah ke simpang Y nak ke Gua Azan. "kak. nak sampai dah. sini turun je. sampailah kat gua bawah tu je." sweeper memberi kata semangat.
ya sampai dah.. dia punya turun tu.. boleh tahan juga jauhnya sebukit tak nampak bayang gua pun. bila akhirnya mula nampak cahaya-cahaya lampu dan bunyi org bercakap-cakap, aduh.... lega. sampai juga ke gua azan akhirnya. Selesai episod day 1
esoknya, selepas sarapan dan bersiap, kami mula perjalanan seawal jam 8pagi untuk summit attack dgn backpack shj. perjalanan ke puncakmelalui trek yang menaik sahaja dan ada beberapa tempat perlu naik tangga besi. kami sampai ke puncak sekitar jam 3pm. tak turun pun ke air terjun terbunuh. malas nak layan turun tebing. nanti nak memanjat semula bukannya mudah. baik skip dan ke puncak je terus. save tenaga. hahah
belum sempat sampai puncak, dah ada line up yg turun. kesian mereka. tunggu line up belakang lama sangat. kabarnya mereka samapi kat puncak jam 1230thari. pehhhh padu tu.
sampainya di puncak, sempat lah minum kopi hangat dan sharing megi tomyam. gambar2 sikit, terus kami turun semula. tak dpt nak lama-lama kat atas tu sbb sejukk.
lagipun kami perlu turun awal untuk elak turun tangga besi di waktu malam. alhamdulillah berjaya juga kejar timeline tersebut wpun ngam2 turun tangga terakhir tu dah waktu maghrib.
selepas istirehat sekejap dan melepaskan waktu maghrib, kami teruskan perjalanan turun semula dan selamat sampai ke gua azan sekitar jam 8 mlm.
alhamdulillah.. tercapai sudah hasrat takluk Gunung Batu Putih.
tinggal episod nak turun semula ke tamadun sahaja. dah sampai peak tu kira dah selesai cerita lah. sbb trek esoknya dah takde apa yang nak di kejar kan. semua trek mostly menurun sahaja. hehe
jom layan gambar..
1 comment:
Salam kak....sya nak tanya pasal gunung daik yg akak penah post 2023...boleh contact sya tak 01119703217
Post a Comment