Day 2 bermula dgn kakyang bangun awal untuk siapkan breakfast dan lunch pack. semalam ada lebihan masak ayam kicap. dah pesan kepada guide dan porter silakan makan. so, pg ni kakyang semak atas meja kalau ada lebihan, mau buat nasi goreng untuk pagi ini.
rupanya ayam kicap habis. takpe, masih ada baki ayam goreng yg belum guna mmg standby. nasi telah di masak oleh cik ni awal malam td sebelum tidur. tinggal utk goreng shj. zup zap sap sui. cpt je siap. kakyang tinggalkan dulu atas meja dan beredar utk buat preparation perjalanan jap lagi.
bila semua dah bangun, sarapan dan lunch pack, kami mulakan langkah lewat 1 jam dari perancangan. biasalah kan. jam melayu. hahahaha
semua melangkah dgn diam membisu je pagi ini. agaknya penat semalam masih berbisa. tak pun tengah monolong dgn diri masing-masing kerana tahu perjalanan hari ini bakal panjang dari semalam. target kami terus ke Kem 4.
Kata guide, dari kem satu ke kem 2, jalan mula menaik roller coster biasa-biasa sahaja. dari 2 ke 3 akan mula menanjak dan tegak dan bertali. hmmm jalan ajak labu... kita tengok pacak dan tegaknya tu mcm mana. huhuh
Cikni sebagai penjaga masa. mulanya kami layan langkah sahaja. bila dah penat sangat, baru lah take 5. bila dah makin kerap minta take 5, cikni mula menjadi pejaga masa.
"Kak, take 5 kak." Uya minta rehat.
" baru je gerak dik. kita target 30 minit jalan, 5 minit rehat ya." Uya bersetuju dgn time frame cikni.
dari take 5, jadi take 7, pastu take 10, pastu take 15!
makin lama makin lama kami berhenti menghela nafas bila trek makin pacak. dlm masa yg sama kami cuma meminimakan jarak dari farok dan jiji yg berjalan di belakang kami.
dari trek roller coster, trek mula memanjat tak sudah-sudah. eh lamanya tak sampai-sampai ke kem 2 lagi pun? jauhnya kem 2!
teka teki tersebut terjawab sebaik sahaja guide menghampiri kami. Kamu dah limpas kem 2. sekarang kita mula mendaki ke kem 3.
patutlah treknya mendaki tak sudah-sudah. selepas puas berehat, kami mula bangun dan angkat beg semula untuk meneruskan perjalanan.
"kamu pergi dulu. satu jalan sahaja. tunggu saya di kem 3. di sana kita tengok bagaimana keadaan porter." Rick si guide memberikan arahan.
sebenarnya tu bahasa berlapik diorang. sebenarnya nak ckp tengok dulu bagaimana keadaan ahli yang paling belakang. porter tu sihat-sihat je pun. gagah-gagah sahaja. boleh je laju naik dpn dari kami. tp disebabkan dlm masa yg sama mereka memantau pergerakan line up. makanya ada yg di depan, ada yg di belakang bertindak sebagai sweeper.
akhirnya kami sampai di kem 3 sekitar jam 2petang. jiji sampai beberapa minit kemudian.
" mana farok dik?" soal KY kepada jiji.
"ada belakang kak. jap lg sampai lah tu."
kami mencongak-congak sesama sendiri. dari sembang-sembang bersama rick dan porter lain td, sepertinya kami akan menamatkan perjalanan hari ini di kem 3 sahaja. bermakna, esok kami akan OT teruk.
dlm sembang-sembang sambil menguruskan diri di kem tersebut, farok sampai di kaki tangga shelter 30 minit kemudian. disusuli pula oleh porter-porter beberapa minit belakang.
dari sini nampaknya confirmlah kami akan bermalam di kem 3 sahaja..
No comments:
Post a Comment