akhirnya, tibalah hari di nanti untuk merialisasikan trip Mulu. Kami tiba di miri sehari awal dan flight maswing ke mulu pada keesokannya. dari airport, kami mengambil teksi sapu dari org kampung yang sentiasa ada standby di luar airport mulu utk membawa pelancong ke Mulu Park.
setibanya di mulu park, terus kakyang uruskan pendaftaran, guide dan porter. perjalanan day 1 kami bermula sebaik sahaja semua urusan selesai. sekitar jam 3 petang kami mulakan langkah utk hari pertama. Bismillah
gambar kenangan sebelum mulakan xpdc |
Perjalanan hari pertama dimulakan dari mulu park melalui platform kayu sejauh 1.3km sebelum perjalanan di lencongkan ke trek denai canopy sejauh 1.7km pula. nampak flat je kan? ya flat jer. tp berpeluh juga beb. trek denai canopy agak lembab dan lecak dan ada masa terpaksa mencari kawasan kering utk berpijak. Day 1 dik, malaslah lagi nak kotorkan kasut, basahkan stoken. ada lintas beberapa anak sungai kecil. pandai2lah mencari batu pijak utk tidak basahkan kasut. sepanjang trek kita akan berselisih dgn pelancong asing yg berminat dgn flora dan fauna negara kita.
1.3 km platform berakhir di tangga ini sebelum mula masuk denai canopy |
jalan denai canopy berakhir dgn menyeberangi sungai besar. jika hujan dan air naik, anda mungkin tak dibenarkan untuk seberang sungai ini. Sungai yg terakhir agak besar dan perlu melintas jeram tersebut. kakyang pula tak menggunakan tongkat pada masa ini. mentelah pula awal-awal guide kata tak perlu pakai tongkat kak. jln flat shj. tp kakyang lupa yang kaki kakyang ni bermasalah. time melangkah batu-batu sungai dlm jeram tersebut, time tu perlu imbangkan badan dan melawan arus. apa lagi... mendapatlah bila hilang imbangan dan terjatuh dlm sungai. aduh...
hari pertama lagi kakyang dah buat hal. jatuh dlm sungai disebabkan tak dpt imbang badan. tahu tak apa yg diselamatkan terlebih dahulu bila dah terjatuh gini? |
Dalam pertengahan jalan, tiba-tiba kaki kakyang tersadung akar. Alhamdulillah tak jatuh. tapi lutut meletup dan terasa kesakitan yang amat sangat. terdiam sekejap kakyang di tengah trek mencari kekuatan untuk meletak langkah. perlahan-lahan kakyang atur langkah mengawal kesakitan. risau.! Day 1 dah ada kecederaan. dlm hati dok berdoa semoga sakit tu akan hilang segera.
20 minit kemudian kami tiba di Kem 1 lewat petang hampir maghrib.
"Kak, dibawah ada waterfall kalau mau mandi. segera turun sebelum makin gelap. Mandilah. rugi kalau tida mandi di sini. nanti di atas tidak boleh mandi lagi. tiada lg sungai."
terus kami bergegas capai apa yg patut dan turun menikmati nikmatnya mandi air dingin.
Bergambar di Kem 1 pd hari terakhir. tak sempat nak bergambar di sini pd hari pertama. |
No comments:
Post a Comment