Sudah hampir sebulan adik KY pergi mengadap penciptaNya.
pagi tadi masa drive keluar dari rumah, auto KY terbayang apa terjadi di awal pagi rabu tanggal 19 Jun 2024.
Baru 15 minit keluar dari rumah menuju ke pejabat, hp KY yg tersangkut di dashboard kereta berdering. Nama 'Siti @ mizon' terpampang blinking di screen hp.
tangan kanan di stereng diperkemaskan. jari manis kiri cepat slide screen phone ke atas untuk menerima panggilan tersebut.
"Ya Siti?" tanpa sebarang salam pembuka bicara KY terus to the point.
"Kak Teh! Mizon!.. Mizon!.." dan patah-patah bicara adik ipar KY selanjutnya berselang-selikan dgn raungan. line hp pula tak berapa cantik mentelah KY sedang melalui jalan berbukit.
Yang KY dapat tangkap.. mungkin tadak. tak tau. tak dpt pengesahan. cpt kakteh. mizon. keluarga.
Pandai-pandailah KY untuk menyambung perkataan-perkataan tersebut ikut pemahaman sendiri.
tergoyang seketika stereng di tangan bila menyedari makna panggilan tersebut. tenang KY. tenang.
sambil drive, sambil KY dail no abg long. setelah beberapa kali call tak berjawab, KY call pula kak long. juga tak berjawab. ok passed. next!
KY dail pula no abg cik di kampung. selepas seketika, abg cik jwb.
"Abg cik, adik mizon mungkin dah tadak. cheq tak dpt info sebenar lagi sbb line dgn siti pun putus-putus. tlg maklumkan semua adik bradik kita. cheq nak terus p sana."
itu je ayat KY kepada abg kedua. terus navigate kereta ke rumah adik di kajang. hati masih kencang. kacau. antara cuba digest kenyataan; dan harapan semoga apa yg tidak ingin terjadi tidak terjadi.
Sesampainya di sana, sekujur tubuh sudah bertutup litup dengan kain batik panjang di tengah ruang tamu rumah adik mengesahkan kenyataan yang sebenarnya. KY terus mencari adik ipar yang sedang bersimpuh ditemani bondanya tidak jauh dari situ.
"siti.."
"kak teh!!"
hanya esak tangis dan pelukan erat yang dapat KY berikan kepada adik ipar yang kehilangan suami tersayang.
seterusnya hanya tuhan yang tahu perasaan kami ketika itu. Abg Long dan kak long sampai setelah jenazah adik telah dibawa ke surau berdekatan untuk dimandikan. Anak kecil KY sampai sejurus kemudian dan terus join masuk ke dalam bilik turut bantu mandikan jenazah pakciknya.
Usai solat jenazah, imam memanggil abg long untuk menyampaikan pesanan kepada khariah.
"saya, mewakili keluarga arwah adik saya, ingin..." ayat-ayat selanjutnya abg long lafazkan dlm sebak. ini pertama kali KY lihat abg long menangis.
Abgcik, kakchaq dan adik-adik yg lain sampai lewat petang setelah jenazah dikebumikan selepas zohor. mereka bertegas hendak terus ke kubur terlebih dahulu. Hanya adik di sabah sahaja yang tidak dapat pulang.
"adik kita dah jumpa mak dan abah di sana". ucap abgcik ketika berteleku di tepi kuburan adik. tiada siapa yang menyahut statement tersebut. agaknya masing-masing sedang bermonolong dgn hati dan perasaan sendiri.
KY memandang belakang adik beradik. dah terkurang satu adik bradik aku. tak akan pernah lengkap lagi jika berkumpul selepas ini.
KY dah kehilangan the one and only adik lelaki. adik lelaki yg tak banyak cakap. adik lelaki yg tak banyak songeh. org buat kelakar gelak terbahak, dia hanya senyum simpul. org membawang anyam ketupat bagai nak rak, dia cuma pasang telinga dan dengar. jika ada perkara yg dia sangat tidak setuju, barulah dia bersuara pendek utarakan pendapat. tapi tidak bertegang urat.
inilah adik lelaki yang selalu dekat dengan KY. mungkin disebabkan kami sama-sama kerja di selangor, membuatkan dia lebih senang mencari KY jika ada sebarang masalah.
"kak, org nak sewa rumah aku buat surau."
" ko berikan je free, pahala utk ko tu. rumah ko pun berkat"
pernah beberapa tahun dahulu, dia tiba-tiba call dan bgtau ada berdekatan rumah. rupanya motornya rosak dan hantar repair di workshop berdekatan.
sesampainya KY di situ, terus nampak adik tengah duduk di tepi devider jalan.
"kak. aku tadak duit nak bayar upah repair." ucapnya dgn buat muka kesian.
hahahahhaha aduhai. adik.. oh adik.
ko adik. dan aku kakak kan? mana ada kakak yang tidak kasihkan adiknya.
di lain kesempatan,
"kak, ko ada kat rumah tak? aku nak dtg hantar daging korban."
"adik, ko free tak minggu ni, meh dtg rumah makan. aku ajak abg long sekali."
"kak, nak hantar jeruk maman yang ko teringin tu."
"adik, ko raya mana? kalau tak balik kampung, meh raya sama-sama kat sini. aku roger abg long kak long sekali."
"kak, aku baru balik candat sotong. dpt banyak. ko nak ke?"
itulah antara dialog-dialog biasa KY dan adik ucapkan. mmg tak banyak cerita lain sbb kami adik beradik mmg jenis pendiam. berckp yang penting shj.
diam tak bermakna tak sayang!
Damailah kamu di sana adikku...
Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya yang lebih baiki daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka. – Riwayat Muslim (963)
nukilan dari rakan sekerja adik sebagai kenangan ..
Moga Husnul Khatimah!!
Hari yang panjang….
Sampai awal di opis.. sebelum memulakan rutin bacaan doa utk Institusi setiap rabu.
Dapat panggilan dari Kak Ct maklumkan Abg Husmizol telah ‘Tiada’.
Semalam arwah masih sama bekerja dengan kami. Bacaan doa ‘Terhenti’ dirangkap “kurniakanlah kami sebaik2 kematian..”
Terus pergi ke rumah arwah di Kajang.
Arwah meninggal tika masih berwudhuk..
Suasana dari pagi sampailah ke petang redup.
Tatap arwah dan khidmat seadanya.
Ramai datang ziarah dan solatkan arwah. Dari opis satu bas!! Timbalan Pengarah pun ada.
Kenalan yang jauh juga tiba..
Imam Surau maklum arwah anak kariah yang baik. Selalu datang berjemaah. Baik dengan jiran tetangga. Arwah juga simple person. Tak ambil kisah hal orang. Lebih suka menyendiri..
Moga Allah merahmati
No comments:
Post a Comment