Wednesday, June 28, 2023

Ferrari di Penang Hill


 kakyang tengah drive masa dpt panggilan dari che fauzan pg tu.
"awak gi mana sabtu ni?"
"takde mana. rehat kot. sbb baru balik santubong. che fauzan?"
"sy nak gi penang dgn Nadi Sihat. diorang nak buat ferrari."
"menarik tu. kalau dgn Nadi Sihat, maknanya santai."
"Jom la teman sy.. bla bla bla"

begitulah cara kakyang teracun lg sekali. dlm dok kata nak rehat nak rehat, tup-tup boleh pergi buat kerja gila lagi.

hari jumaat malam sabtunya kami gerak kul 1.30am, sampai kaki bukit Penang Hill 5.30am, kakyang lelap sekejap 30 minit.

7.30am dah mula gerak naik bukit dari kebun durian. depa punyalah padu, tercungap-cungap kakyang mengejar pace diorang. mentelah tak cukup tido, badan terasa lemau sangat.

sambil gagahkan diri menapak di belakang sekali, kakyang dah mengaruk dgn Am, the sweeper. 
"dik, ada exit tak kalau akak tak mampu nak buat ni?"
"exit kat taman botani kak. kita abiskan bukit ni dulu, sampai ke chk point 39, pastu baru botani. akak boleh exit situ."

takde pilihan, kakyang menapak lagi naik bukit tu setapak demi setapak. sesekali terduduk lelah.

"dik nak exitlah nanti. tak daya dah ni. nanti slowkan perjalanan korang je."
"kita exit kat botani nanti kak. ambik grab balik."

lg sekali kena pujuk utk sampai exit point.


sampai ke point 39, bergambar kenanganlah konon sbb nak exit ke botani jap lagi.

"kak, trek pasni menurun saja sampai botani." Am bagi info trek. kakyang angguk ja. ok la menurun, dpt tarik nafas sikit.

menurun punya menurun, sampai botani, kakyang dah rasa ok sikit. mana tak oknya, beg galas pun am dah ambil bawa. lenggang kangkung, kalau tak mampu jalan lagi, mengada sangatlah.

"amacam nath? boleh abiskan dak?"
"aih nath.. EBC boleh sampai, tak kan lah yg ni x boleh. awak mesti boleh punya."
"kak, dah ok sikit kan? nak teruskan?"

gitulah ayat-ayat memujuk diorang. pantang betul bila kena pujuk ni.. kakyang cuba menapak lagi ikut diorang.

dari tadi yg asyik nak exit, nak exit, akhirnya separuh jalan dah siap juga. dari tadi jalan mcm dah abis nyawa, akhirnya kakyang dpt semula momentum tu. org lain pula yg dah mula selow. heheh

bila dah sampai peak, satu hal lagi pula. depa nak lengkapkan kaki kuda tu!. nak tak nak kena turun dgn jalan. tak boleh turun dgn tren. nanti kaki kuda tu tak menjadi. rugi.

lastnya...turunlah juga dgn jalan kaki, abiskanlah juga... pukul 7.30pm kakyang selamat sampai ke parking semula. 

8.30pm gerak balik.

4.00am dah sampai PA.

trip hiking Penang Hill balik hari. ko tak pernah tak gila kakyang!

HAHAHAHHAHA
















No comments: