Trans Naning revenge success!
Awal thn haritu kakyang try buat trans naning reverse. Naik dari Datuk. Ending Tampin sepatutnya. Tp disebabkan technical isue, kami sebulat suara ending di Kem Ultra shj.
Tak puas hati tak lengkap puncak, team sebulat suara request ulang naning. Kali ni try masuk dari tampin pula. Katanya lebih senang. Huh! Senanglah sangat. Menyumpah2 kakyang merangkak naik dari kem ultra ke Puncak 701. Ingatkan trek selepas tu lg mudah. Rupanya sambung menyumpah lg sampai Gagak! Siap zikir sepanjang jalan nak skip Rembau, nak skip rembau.
Masalahnya.. Bila dah sampai Gagak, otak bg arahan cpt ke Rembau! Kaki patuh sangat la pulak. Nak tak nak, sampai lah juga ke Rembau. Ciss!
Tak sempat habis lagi trip ni, tengah2 jalan tu boleh pula depa dok sembang-sembang ajak repeat lagi lain kali utk buat semula naning reverse (naik dari Datuk) utk merasa pewai tak pewai naik ke Puncak 705 dari Kem Ultra.
Hadoiiii depa ni tak reti pewai kah?
Bila dah berjaya sampai ke bawah Datuk dan dah nampak pondok ranger, fuh.. Lega.
Tp idak lah lega mana pun. Bila nampak tangga nak naik semula ke parking tu, mcm nampak tangga kinabalu. Jenuh nak kutip sisa-sisa kudrat nak abiskan tangga tu. Org tolak belakang utk push naik pun boleh merempan jdnya. Hahaha
Apa pun, alhamdulillah. Berjaya balas dendam dgn trek Naning! dlm erti kata lain, dah 2x lah juga kakyang berjaya buat trip Yamtuan Antah. kekekeke
Good job kakyang!
No comments:
Post a Comment