Tuesday, June 27, 2023

Gunung Santubong: The gila trip

 hahaha mmg buat kerja gila pun kan. tiba-tiba sampai kuching.

alkisah mulanya kawan kakyang tanya member di kucing dlm group. dia kata ada meeting kat sana. boleh ke dia nak tumpang tinggal rumah member tu sambil ambil kesempatan nak naik 1,2 bukit kat sana.

p tanya dalam group, umpama buat jemputan terbuka lah kan? apa lagi..kakyang yg muka tak malu ni teruslah angkat tangan. "Nak ikut!". 

bila sorang dah ckp nak ikut, maka berleretlah yg lain. kakyang terus intai tiket. check sana, check sini, tiket AA less RM200. penginapan free, transportation tong-tong, cuti ambik sehari je. tu pun sbb nak bg sempat dgn tiket murah, prepare duit makan je. apa lagi.. berdezup lah kami sampai sana.

dari rancang nak sampai ke begoh dam, akhirnya mampu ke santubong shj disebabkan masa yg terhad. Member asal pun sbb ada meeting hari isninnya tu. jd tak bestlah kalau dia yg initiate trip, tetiba dia tak boleh pergi tempat yang lain kan.

so pusing sana,. pusing sini plan bagai, lastnya kami ambil keputusan:

jumaat malam - travel ke kuching.
sabtu - ronda-ronda kuching sambil beli kek lapis
ahad - daki santubong, seafood kalau sempat.
isnin - balik semenanjung semula.

Dpt hike ke Gunung Santubong dgn aman dari jalan tikus. kiki jimat banyak masa tu. katanya kalau dari taman santubong tu, mau ambil masa tambah lagi sejam. dan rezeki kami juga dpt cuaca yg cantik wpun pada awalnya kami di takutkan dengan bunyi guruh dan awan mendung.

Apapun.. daki santubong tak lah semudah yg di sangka. sakit satu badan sbb naik tangga tegak punyalah tinggi. wpun santubung ni tingginya mcm gunung datuk shj, tp bukan calang-calang juga cabarannya tu.

turun dari situ, sakit2 abis segala badan, kaki dan tangan.

tertuunai juga hajat bertahun-tahun yg tertunda untuk daki santubong. yezzaaaa!

breakfast dulu sebelum hike







bonusnya:
tak sangka hari sabtu tu ada perarakan hari gawai. Namanya Niti Daun Gawai. rezeki kami dpt tengok dan join perarakan ethnic di sarawak. bergambar dgn tenang di kawasan tarikan pelancong di town sbb jalan ditutup. dpt beli kek lapis sedap di Dayang Salhah, dpt bergambar dgn pokok tertua di kuching dan mcm2 lagi lah.

sempatlah juga kakyang rembat beg anyam sarawak 4 beradik dgn harga murah!
















No comments: