Friday, July 7, 2023

Reunion Family Tok Rahmah

Waktu cuti raya korban last week, kakyang terpaksa balik kampung setelah 3 tahun mengelat tak mau balik.

bukan tak ingat kg dan adik beradik. tp disebabkan takde siapa nak temankan balik kg. anak2 dah berterabur. sorang cuti, sorang lg kerja. sorang lg ada cuti, soranglg masuk sekolah semula. balik sorang-sorang dengan flight, kang susah nak travel kat kg. nak drive sorang-sorang, gerun lah pula bila nak mengadap perjalanan yg 5,6 jam tu sorang-sorang. end up... 3 tahun juga lah tak cecah kedah tu.

ya.. ya.. knath ada balik kejap masa PKP tu. 30 minit je kat kg. itu pun sbb nak park kereta masa buat trip hiking northen peak haritu.

kali ni, bila family sebelah Tok Rahmah merancang reunion setahun yg lalu, diorang namakan kakyang dan CT as AJK untuk keluarga mak. mulanya kakyang cuba mengelat dengan serahkan semuanya kepada CT. tp last minit CT pula ada majlis kenduri anak buahnya. nak tak nak, kakyang terpaksa take over semula kerja-kerja sebagai wakil keluarga mak.

Cut short the long story... tibalah hari kejadian. 2 Julai 2023 dipilih sebagai hari Reunion. kakyang dah berkampung di dewan majlis sejak 2 hari lepas.

masa sembang-sembang makan sambil kenal mengenal keluarga, dtglah sepupu kakyang beramah mesra. antara soalan wajib di tanya: "hang tanak kawin baru ka dikyang?"

aduhaiiiii... terkulat-kulat juga nak menjawab soalan mcm ni. nak jwb nak. kang soalan susulan timbul,. jenuh nak bersilat pula menepis.

jawapan selamat, jwb "tak kot...". kekekeke

ada 'kot' eh kat situ. hahahahaha aduh...dah berumur ni, nak mencari jodoh bukannya semudah abc. 

ada yg kita berkenan. dia tak berkenan kat kita.
ada yg kita tak berkenan, dia pula beriya dgn kita.

cari yg muda & single, eksen pula konon kita dah tua. buy 1 free 2. cari yg tua dan duda, dah selesa pula hidup tanpa kawalan semula.
"takde wife pun aku boleh besarkan anak-anak, watpe nak terkongkong dgn ada wife semula?" agaknya itu penyebab si duda fikir 1000x kalau nak terjebak semula dgn perkahwinan.

yg banyak dok tackle kakyang adalah laki org! aduiiii...  nak terima kang di cop penyondol pula. kalau si isteri pertama bg izin pun, belum tentu masyarakat tak menjeling sinis pd isteri ke 2.  huhuhu

cubaan-cubaan kenal-kenal org baru pun pernah juga.

pernah cuba kawan dgn profesor akaun, kedekutnya boleh tahan. makan pun bercatu. pdhal prof tu. ayat paling win keluar dari mulut dia: "sate sorang 5 cucuk je cukup?" sejak tu, kakyang slowly jauhkan diri. hahahahha

pernah juga berkawan dgn hiker. awal-awal kenal tu seringlah ditegur sbb pakaian. dari pakai buff shj, kakyang mula labuhkan tudung. dari pakai tshirt tangan pendek, mula pandai pakai baju lengan panjang, dari pakai tigh, mula cover dgn skirt.  tp bila hujung2 tu keluar ayat "next time awak pergi hiking dgn sesama group perempuan shj." aduh... yg ini kakyang fail. bukan sebab kakyang tak boleh pergi dgn perempuan, tp kakyang tak selesa dgn drama-drama perempuan wpun kakyang sendiri perempuan! 

pernah juga kakyang kawan duda berumur. awal-awal perkenalan lagi kakyang banyak dedahkan cerita-cerita hobi mendaki kakyang. mula-mula dia terima je, hujung-hujung bila dah mula serius, mulalah keluar larangan itu larangan ini. sempat juga kondem xtvt lasak kakyang ni."umur-umur gini, dah tak sesuai awak buat xtvt begini. time-time gini masanya utk awak melayani saya di rumah."

Masalahnya bang.. awak belum lagi serumah dgn sy, awak dah mcm-mcm. kalau serumah dan dah jd milik awak, pasti lagi banyak kondem-kondem awak tu kan? 

bila dpt ayat-ayat gini, rasa fobia pula nak terikat lagi sekali. huhu

jauh melalut ye bila sentuh bab kawin ni. hahaha

mohlah layan gambar sekitar majlis reunion. kakyang tak banyak gambar pun, almaklumlah jd org utama pd hari kejadian dari hal registration sampailah ke logistik. nasib baiklah ada anak bujang 2 ketul tu tolong dan juga 2,3 org anak sepupu lain. kalau idak.. mau pengsan juga jdnya.

apapun.. alhamdulillah.. majlis berjalan dgn lancar.























No comments: