Friday, July 28, 2023

The Adventurous of Lingga Trip

 nak mula dari mana eh cerita hiking kali ni? mesti ada intro asal usul nak ke sini mcm mana kan?

oklah, mcm biasa, kakyang mulakan dgn cerita mcm mn dpt idea nak kesini...

alkisahnya.. kakyang dengar plan ni masa kitorang dok meeting trip-trip sebelum ni. abis sembang-sembang trip, akan ada selit-selit cerita jom ke sini, jom ke situ. makanya salah satu idea aka rancangan ni dari faiz dan geng rintis. diorang ni mmg suka pergi gunung-gunung yg rare ni.

trip asal yg kami plan untuk pergi pada tarikh ni sebenarnya utk ke Gunung Aais, tp disebabkan guide tak available, terus sebulat suara setuju proceed plan Gunung Daik. mentelah pula nak ke sini tak memerlukan beli tiket flight etc, makanya persiapan tu tak lah sesukar mana.

Faiz dilantik jadi Ketua trip kali ni. dialah yg usahakan dpt info kebanyakannya di samping bantuan kawan-kawan yang lain. masing-masing chip in info apa yg ada. kakyang dok tepi diam-diam tunggu nak bayar payment dan angkat barang je. hahaha

kakyang tak pandai bab-bab ni dik non.. bg je lah pd yg lebih arif. apa depa nak, kita bagi, suh bayar berapa, kita bayar. jgn banyak ckp. ikut je.

lepas debak debuk persiapan dan tunggu tarikh.. kami pun siap sedialah utk mulakan langkah pengembaraan.

1st time mengembara luar negara melalui jalan laut ni. pastu tanpa itinerary yg jelas. standby mode je semua. mental kena kuat, disiplin pun kena bagus utk memastikan pergerakan smooth je. lg satu.. jgn ribut-ribut, jgn banyak songeh. terima apa shj dgn hati yang lapang. be positive ok.

pergerakan kami bermula dari mlm 17hb Julai. (next day tu cuti maal hijrah). 
-travel dgn bas express dari TBS ke Larkin. pastu ambil grab ke Setulang Laut. Kaunter tiket feri ke Batam ada di sini. Tiket feri faiz dah tlg belikan awal secara online. jdnya kami dpt potong q terus ke kaunter utk claim tiket dan bayar seaport fees je. Kami ambil feri yg paling awal sbb perjalanan utk sampai ke Lingga tu mmg akan ambil masa seharian juga.
Sampai di Batam, kami ambil grab utk ke Terminal Feri Telaga Pungor. Dari sini akan naik lg 1 feri ke Pelabuhan Sei Tenam, Lingga. nak sampai ke sini mengambil masa 4 jam juga. Puaslah kami bangun duduk dlm feri tu. kejap keluar ambil angin, kejap ke atas ambil gambar dan layan cepus ombak laut. kalau tak tahan mabuk, boleh muntah terutama bila oleng laut kuat semasa lalu di laut  lepas. sepanjang perjalanan, feri akan cuba lalu di celah-celah pulau. sesekali akan melintas rumah laut. nampak kampung-kampung laut di tepi-tepi pulau, mmg cantik pemandangan sepanjang perjalanan 4 jam tersebut.
kena racun beli sim kad sana

Sampai di pelabuhan Sei Tenam, kami di sambut oleh guide gunung Daik. Sebelum tu, kami sempat naik sampan ke titik garis Khatulistiwa dulu.. lepas layan bergambar, kami balik semula ke port sei tenam dan meneruskan perjalanan ke Kampung Sepincan di mana terletaknya basecamp gunung daik di situ.

Basecamp ni agak kecil untuk menempatkan kami semua 9 org. kita sqeeze in je lah mcm mana pun bg jadi. hahahaha.

 

Next day, seawal jam 4am kami dah mula bangun dan bersiap utk memulakan pendakian Gunung Daik. masing-masing agak lemau sbb hujan dari malam td sampai ke pagi x reda lagi. rancangan nak naik gunung seawal jam 7, dah drag sampai ke 8.30am. terpaksa jalan naik juga dlm hujan. makin lama tunggu, makin lewatlah dpt turun nanti. makanya.. perjalanan naik menjadi agak selow dan mandom.

disebabkan hujan, kenderaan tak dpt masuk sejauh lebih kurang 1km hingga ke pintu rimba. menapak dari pintu gerbang luar melalui tanah liat putih yg melekat-lekat di tapak memberatkan lagi pergerakan kami. dari pintu rimba, trek masih lagi mendatar masuk ke dalam sejauh 3km lagi. perlu meredah 3 sungai sebelum sampai ke check point pondok ke 2. dari sini trek akan mula mencanak naik hingga ke check point 3. selepas itu, trek mostly lutut ke dagu sampai lah ke checkpoint Punggung Naga.

Dari Punggung Naga, trek permatang kecil mula melandai naik turun hinggalah ke Puncak Bendera. Jangan gembira lagi..kerana signboardnya bukan di sini. Sign board gunung daik di letakkan di sebelah bawah belakang puncak Bendera tersebut kerana view di situ lebih cantik berbanding Puncak Bendera tadi.

Sebenarnya Puncak Bendera bukanlah puncak sebenar Gunung Daik kerana untuk sampai ke puncak sebenar adalah sedikit tektikal. puncaknya bertebing tegak yang memerlukan tali dan kebolehan memanjat yang bagus. Menurut cerita guide, sehingga kini, baru 2 orang yang sampai ke puncak sebenar.

Jadi, utk org biasa-biasa mcm kakyang, terpaksa berpuas hati sahaja dgn puncak view di bawahnya. :P hehe

itupun.. nak sampai ke puncak tipu itu pun dah mengambil masa 8 jam perjalanan bagi pace anak gajah mcm kakyang ni. aduh... naik aja dah 8 jam, turun berapa jam pula? dah pastinya kluar malam ni.

selepas bergambar serba sikit, kami mula turun pada jam 4ptg. turun pun terkedek-kedek juga sbb trek tegak dan licin. perlu hati2 bagi mengelak sebarang kejadian tak di ingini.

seperti di jangka, kami tiba di sungai pertama sebelum ke pintu rimba sekitar 8mlm. lg sekali lalu jalan tanah liat putih dan akhirnya sampai di pintu gerbang semula pada jam 9mlm.. fuh.. lega bila dah dpt keluar.



kami singgah isi perut sebelum gerak balik ke  basecamp. esok nak ke Gunung Sepincan pula. kena rehat awal.

Next day, seawal jam 4pg, lagi sekali kawan-kawan kakyang dah mula bangun untuk buat persiapan mendaki gunung ke2. Kakyang masih santai-santai golek-golek sahaja. kenapa? sbb nak lipak gunung! hahaha

pertama kali dlm sejarah kakyang lipak gunung luar. Seawal tengah trekking Gunung Daik lagi kakyang dah buat plan, tp diorang je yang lalai. hahahahaha

masa trekking gunung daik semalam, kakyang dah terasa kaki dan lutut tak memberi kerjasama yang baik kali ini. kaki dah mula terasa nak cramp. lutut dah terasa tulang temu tulang dan membengkak. kakyang mmg dah set mental utk lipak gunung ke2. nak pula dpt sokongan org sebelah. hmmm lagilah mengada jdnya kan sampaikan sham dan nazir pun frust bila tak dpt memujuk kakyang.

lgpun dari info awal guide, trek sepincan lagi kejam dari daik. kalau semalam pun dah keluar malam, hari ini pastinya lg malam dari sebelumnya. jdnya, kakyang tetapkan pendirian dan beri peluang kepada kawan-kawan untuk trekking dgn tenang tanpa perlu menunggu kakyang di trek.

makanya.. utk hari pendakian sepincan, kakyang hanya mengantar diorang di pintu rimba shj. kemudian kami kembali ke basecamp dan ronda-ronda ke tanjung buton dan muzium sementara menunggu kawan-kawan keluar dari hutan sekitar jam 10 malam. dalam masa menunggu tu, sempat jugalah diorang update pergerakan dan 3x video call dari dlm hutan tu. perhhhh power siut line telefon kat sana. malu kita wey!

Masing-masing keluar dgn wajah gembira dan puas hati sambil becok cerita betapa cantiknya trek sepincan dan betapa bertuahnya mereka dpt open view yang jarang dpt di puncak. rugi kakyang tak ikut kata mereka. kakyang hanya mampu senyum puas hati je lah. takpe dik.. nanti kakyang repeat ke situ jd gogo bawa geng yang lain ya. :P kakyang racun korang dgn gambar diorang je lah dulu.hehe

Demikianlah berakhirnya 2 hari pendakian di Kepulauan Riau, Lingga. tibalah masa untuk kami pulang ke tanah air semula.

Keesokannya, seawal jam 6 pagi kami telah check out dari basecamp dan bergegas ke Tanjung Buton untuk mengambil feri terawal di situ. perjalanan ke tanjung buton hanya mengambil masa 20 minit. keadaan menjadi kelam kelibut sedikit kerana masa itulah baru tahu kena bayar entrance port, dan bayaran perkhidmatan guide pun baru di minta time tu juga. hahahaa punggah!. feri dah nak gerak ni, kami masih lagi menyusun note-note rupiah di atas kerusi untuk membayar guide. tiba-tiba ada short 1.5 juta pula dari estimation perbelanjaan. hahahahaha
ada ojek disediakan di T.Buton. Rp5000

view kampung Maper dari T.Buton

nasib baiklah faiz dan abg adam masih ada cash untuk advancekan duit mereka dahulu, jika tidak jenuhlah nak kutip dari member lain sebab kebanyakkannya dah ada di dalam feri.! kelakar sungguh bila diingat kembali kejadian pada pagi tersebut. hahaha

tak cukup dgn itu, kami kena 'scam' pula dgn feri. ingatkan feri dari Tanjung Buton akan direct ke Tanjung Pinang, rupanya feri tersebut akan singgah-singgah ke beberapa pelabuhan lain sjuga termasuk ke Sei Tenam. Malah ada pickup point barang di tengah-tengah laut dari sampan juga. wowwwww adventurous sungguh perjalanan pulang kami.

ingatkan tak mau naik di sei tenam sbb nak jimatkan masa. rupanya... huhuhu.

Akhirnya kami sampai di Pelabuhan Tanjung Pinang sekitar jam 1thari setelah 6 jam perjalanan laut. sesampainya di sana, kami terus mula mencari tiket untuk terus kembali ke Setulang Laut tanpa melalui Batam. rupanya feri ke setulang hanya ada sebelah pagi. feri ke batam ada setiap jam sehingga 5petang. jika kami ambil feri ke Batam, bermakna kami perlu bermalam di Batam. oleh itu, semua sepakat mengambil keputusan untuk bermalam di Tanjung Pinang dan ronda-ronda kawasan setempat kerana bukan senang nak sampai ke tempat sejauh itu dgn berjam-jam di dalam feri. 

Untuk tiket feri, boleh juga di dapati di luar pelabuhan. sebelah balai polis tanjung pinang ada kaunter tiket, money changer dan juga maybank.

kemudian kami menapak berjalan kaki sejauh 800m ke hotel yg kami sempat booking ketika lunch. dlm maps tunjuk jalan kaki 15 minit je. tp bila mengusung beg 80L dan jalan ke hotel yang sedikit berbukit, hongeh-hongeh juga nafas tu utk sampai.

Sebelah malamnya kami keluar untuk dinner di restoran nasi padang dan sempat ke Eiger outlet sebelum ronda-ronda ke Melayu Square yg terletak tidak jauh dari hotel. lagi sekali baru tahu ada jalan rata untuk ke hotel tanpa melalui jalan berbukit. aduh... kena scam lagi.

esoknya kami check out awal utk kejar feri ke Setulang Laut jam 7pagi. Sesampainya di Setulang, kami terus order grab untuk ke Larkin. sempat singgah merasa Kacang pool sebelum ke terminal bas.

Sesampainya di terminal, kami di tarik oleh ulat-ulat tiket bas. dlm tergesa, kami memilih satu bas yang boleh menurunkan kami semua. Ada yg akan turun di TBS, ada nak turun di Shah Alam dan kakyang sendiri nak turun di Kelang supaya memudahkan anak bujang pickup nanti.

Bas mula bergerak jam 3pm. lagi sekali kami kena scam bila dapati bas tersebut singgah di macam-macam tempat untuk pickup org. pastu boleh pula main ikut suka je suruh org pindah-pindah kerusi sesuka hati. Tak cukup dgn itu, dilarang makan pula dlm bas. brenti untuk buang air pun 10 minit je. dah la drivernya garang mcm kaki pukul. aduh.. teruk sungguh perkhidmatan bas tersebut.

kami tiba di TBS sekitar jam 8mlm. ingatkan dah sampai situ, dah habislah cerita scam bas kan. rupanya bersambung lagi scamming dia bila kami diminta turun dan tukar bas lain untuk sambung perjalanan ke SA/Klang. Pastu, di suruhnya usung naik beg 80L tu ke atas bas sbb dia malas nak buka ruang beg di bawah. hawau betul.

apa lagi.. mulalah kakyang membebel dgn driver yg baru ni..
"tak kanlah saya nak kena usung naik beg berat ni ke atas. agak-agaklah sikit."
" berat ke?  sy ingat ringan je."
eh.. suka suki dia je ckp mcm tu kan. lastnya driver mengalah dan bukakan ruang beg di bawah. the power of bebel perempuan hahaha

jam 10mlm barulah kakyang tiba di kelang.

aduh... seharian kena scam dlm trip kali ini. tp redho je lah kan.. takde insiden-insiden mcm ni, takdelah benda nak cerita. ye dak?

moh le layan gambar-gambar sekitar trip ini.










No comments: