Awal bulan Ogos lalu kakyang ikut trip csr ofis ke Royal Belum. Mulanya KakYang malas nak join dan nak beri kesempatan kepada kawan-kawan ofis pula utk bercuti. Korang p lah bercuti. biar aku pula jaga ofis. aaa gitiewww...
Tp bila asal ketua program dtg ofis jer dia mesti tanya akak tak ikut ke royal belum ke? lain kali dia dtg lagi tempat KY dan tanya lagi tak pergi ke? asyik itu je soalan dia, akhirnya KY mengalah. Tp sebelum berikan persetujuan, KY tanya boss dulu. "Boleh ke boss saya pergi? Kalau saya pergi juga, bermakna kita akan tutup ofis sebab yang lain pun pergi."
Bos kata OK. makanya..apa lagi, terus lah KY bagi nama utk ikut. Dalam kepala masa tu bercongak-congak juga kos yg perlu di bayar. Sebabnya.. KY dah banyak habis duit bayar program-program hiking. pergi ke Royal Belum bermakna kos tambahan lagi pd KY.
Bila tengok kawan-kawan excited bila KY setuju nak ikut, kakyang redhalah. pergi je. insyaallah Allah permudahkan bab kewangan tu nanti.
Alhamdulillah.. merasa juga kakyang naik houseboat yg dah lama kakyang teringin nak try. Merasa juga kakyang melawat perkampungan OA kat sana. merasa juga kakyang main rakit buluh lg sekali. merasa juga kakyang panjat 2 waterfall kat situ. dan merasa jugalah kakyang tengok berapa sportingnya bos-bos fakulti kakyang. hahahaah semua mcm anak terlepas kandang. all out tanpa hiding perangai masing-masing.
ada kaki gelak. ada kaki berendam sampai di gelar memerang lah, ketua memerang lah. ada pandai menyanyi. ada pandai main daun terup wpun berkopiah. mcm-macamlah. KY perhatikan je perangai maisng-masing. kiki
moh lah layan gambar2 sekitar xtvt houseboat kali ni. Enjoyyy..
No comments:
Post a Comment