Alhamdulillah.. demi menunaikan janji membawa kawan-kawan ofis, macik berjaya jua memaksa diri menapak gunung tertinggi di Malaya ni buat kali ke2.
Kali pertama adalah 9 tahun lalu dengan trek Mersilau tanpa pengalaman yang betul-betul dianggap mendaki. nak claim pernah mendaki gunung sebelum tu pun tak boleh sbb naik separuh jalan je. Dah tu berbelas tahun sebelum pulak. hahahhaha
Kali ke2 ni, alhamdulillah semuanya dipermudahkan wpun cuaca tidak begitu menyebelahi kami. lagi 2km nak sampai Panalaban, hujan lebat menyambut. Esoknya nak turun ke bawah pun hujan lagi.
Semasa sampai ke teahouse, baju basah kuyup. Niatnya nak panaskan badan dgn kopi panas, tak dpt tempat duduk pula wpun kerusi banyak kosong lagi. bila ditanya, ada org. kawan sy dtg kejap lagi.
lastnya tunggulah tegak berdiri di sisi meja kawan sambil borak-borak kosong mengharapkan yg dah lama di situ untuk bangun berdiri dan beredar pergi bagi memberi ruang KY yg dah gigil kesejukan.
Sudahnya seorang mat saleh yg hulurkan kerusi yang dari tadi reserved utk kawannya. Terima kasih wahai saudara. mana perginya gentleman beradab dari negara sendiri? hmmm
Apapun, alhamdulillah diberi peluang sekali lagi ke sini. jika di tanya nak naik lagi ke lepas ni?mulut jawab tobat tanak naik lagi. tp hati dah berkata-kata bukan boleh percaya dia ni. silap haribulan esok lusa lepas hilang sakit kakinya tu, mau dia angkat kaki mendaki lagi. hihi
No comments:
Post a Comment