Thursday, August 26, 2021

Trip tengok lembu

 muahahahahah tajuk tak boleh blah. sbb tak tau nak bg nama apa xtvt semalam. kakyang ikut member meninjau trek yg katanya dia nak sambung hutan2 bukit cherakah, setia alam, bukit sapu tangan, peak garden dan saujana utama.

diorang dah masuk kawasana yg lain, dan dah dpt buat 1 loop, cumaa trek yg ini belum dpt sambung untuk terus masuk ke bukit sapu tangan.

so semalam kakyang temankan lah member. kakyang ingatkan trip hiking, beriyalah kakyang pakai baju dan kasut hiking. rupanya... santai leha2 sangat wak.. yg ada hike cerun sikit nu ha kat jalaan nak masuk bukit bandaraya ajer.. sikit2 pun, dek kerana lama tak memanjat, pecah peluh juga kejap. moh la layan gambar2 dah la. tak tau nak cerita details sbb santai sangat.

mula2 lalu tepi masjid bukit bandarayat tu, pastu masuk ke kawasan org bela lembu, pastu menyusur tepi tebing, pastu cross pagar kandang lembu, pastu menyusup tepi tebing curam sambil bergayut kat pokok jap sbb malas nak patah  balik bila owner kandang lembu dah tutup jalan tikus dlm tu, pastu lalu hutan sikit, pastu menyusup bawah lubang pagar taman perumahan sebelah sikit, pastu jalan tepi jalan besar kejap, pastu cross jalan utk panjat bukit bawah kabel letrik sikit, pastu lg sekali menyusur tebing bukit dan semak resam jap sebelum kluar balik kat jalan entrance bukit bandaraya.

hah.. faham ke idak ceritanya tu mcm mana?

layan gambar je lah. kikiki








ada lg gambar lain di hp. tp malas nak tempek 😝

No comments: