Wednesday, August 11, 2021

Mati itu pasti

 


satu geng sekolah menengah kakyang tersentak hari ni bila dpt perkabaran duka bahawa kawan kebanggaan kami telah pergi mengadap penciptaNya tanggal 10hb Ogos sebab covid19.

Kami baru dok sebut-sebut nama dia masa dlm majlis bacaan yaasin sempena Maal Hijrah hari isnin semalam. masing2 recall kebaikan Min



inilah antara memori kami berkenaan dgn dia. ada lgyg lain spt tulisan dia paling cantik dan kemas, plg tak kedekut, paling banyak stok makanan dlm locker, paling pandai dlm batch kami, paling baik, paling lemah lembut, paling segala-galanya lah. tu sbb semua org ingat pasal dia.

kakyang memorikan di sini sebagai memori.

oh.. btw, semalam juga genap 4 tahun hijrah abg pergi meninggalkan kakyang dan anak-anak. entah anak2 perasan tak dgn tarikh hijrah ini. dan kakyang pun tak tersebut dgn anak2 berkenaan tarikh ini. keluarga abg pun tak sebut apa2 kali ni. cuma bila kakyang up status memperingati tarikh pemergian abg dan ucapan alfatihah, anak buah sulung abang ada pm dan sedekahkan alfatihah utk abg.

family kakyang pula pm di group. masing2 sedekahkan alfatihah dan recall sikit kebaikan abg. 

dan hari ni.. kakyang kena lecture dgn bff abg sbb tak bgtau pindah rumah. dia sebak, kakyang menangis terus bila dok recall balik cerita2 ke akraban kami. dah umpama keluarga sendiri sampaikan mak, bapa, mertua, ipar, duai, adik bradik semua kenal arwah dan kakyang.

AlFatihah utk mereka yg telah tiada.









No comments: