Monday, August 30, 2021

PKP survival

 kakyang tengah berkursus. dengar org bagi salam. rupanya utk rumah sebelah. haih... 

pastu lg sekali dengar org bg salam lagi. jenguk lah lagi. sbb kakyang tengaha tunggu parcel.

rupanya org yg sama bg salam kat rumah org sebelah td. intai2 tengok ada apaa dok bg salam salam tu. pakai kemeja putih. rambut perang bertocang. bila nampak di tangan ada pemplet, kakyang syak dia salesman.

dan dan hati raya payau. aduhaiiii pkp ni mcm2 org buat mcm2 demi kelangsungan hidup. 2 minggu lepaas ada org bg salam juga. rupanya berniaga frozen food. bayangkan bawa bakul dari rumah ke rumah menjaja. di kawasan perumahan, bukan senang org nak bukakan pintu. lainlah di kampung dan di masa sebelum covid, ramai org di luar rumah. 

sama juga dgn kes berjual mangga asam boi di  tepi simpang trafic light tu. kesiannya risikokan diri dok tengha2 jalaan. tengah2 panas. tp apa nak buat, demi sesuap nasi.


semoga dipermudahkan urusan mereka.


Thursday, August 26, 2021

Trip tengok lembu

 muahahahahah tajuk tak boleh blah. sbb tak tau nak bg nama apa xtvt semalam. kakyang ikut member meninjau trek yg katanya dia nak sambung hutan2 bukit cherakah, setia alam, bukit sapu tangan, peak garden dan saujana utama.

diorang dah masuk kawasana yg lain, dan dah dpt buat 1 loop, cumaa trek yg ini belum dpt sambung untuk terus masuk ke bukit sapu tangan.

so semalam kakyang temankan lah member. kakyang ingatkan trip hiking, beriyalah kakyang pakai baju dan kasut hiking. rupanya... santai leha2 sangat wak.. yg ada hike cerun sikit nu ha kat jalaan nak masuk bukit bandaraya ajer.. sikit2 pun, dek kerana lama tak memanjat, pecah peluh juga kejap. moh la layan gambar2 dah la. tak tau nak cerita details sbb santai sangat.

mula2 lalu tepi masjid bukit bandarayat tu, pastu masuk ke kawasan org bela lembu, pastu menyusur tepi tebing, pastu cross pagar kandang lembu, pastu menyusup tepi tebing curam sambil bergayut kat pokok jap sbb malas nak patah  balik bila owner kandang lembu dah tutup jalan tikus dlm tu, pastu lalu hutan sikit, pastu menyusup bawah lubang pagar taman perumahan sebelah sikit, pastu jalan tepi jalan besar kejap, pastu cross jalan utk panjat bukit bawah kabel letrik sikit, pastu lg sekali menyusur tebing bukit dan semak resam jap sebelum kluar balik kat jalan entrance bukit bandaraya.

hah.. faham ke idak ceritanya tu mcm mana?

layan gambar je lah. kikiki








ada lg gambar lain di hp. tp malas nak tempek 😝

Tuesday, August 24, 2021

Chawanmushi

 


bila takde xtvt hiking/joging/walking ni, keje kakyang update apa yg masak je lah.

hari ni kakyang masak chawanmushi bila tekak teringin sangat benda2 yg panas tp lembut. tak terlalu berempah tak terlalu manis dan yang penting tak terlalu susah nak buat. senang sangat buat resepi ni uuu..

apa chawanmushi tu? bahasa senang dia telur stim berlauk je. japanese food nih.

meh tengok resepi. adunan ni utk 2 mangkuk sup kecil shj.

3 biji telur ayam gred B
2 ketul crab stick- kakyang potong 4 tiap 1
udang 4 ekor. - buang kulit
carrot potong nipis2 -bentukkan sikit utk bg presentable
cendawan shitate- boleh ganti je dgn apa2 cendawan lain. lembutkan dan potong dadu kasar
sikit cili benggala- dadukan juga

cube ayam separuh- cairkan dgn air panas
sos tiram 1 sudu- cairkan dgn air panas sekali dgn cube ayam td

cara sediakan:

pukul telur ayam bagi sekata. tak perlu sampai kembang. just bg mesra putih dan kuning telur je. pastu masukkan ke dalam bancuhan cube ayam dan sos tiram tadi. ketepikan sekejap.

masukkan sayur2 dan bahan2 lain dalam mangkuk kaca atau bekas yg tahan panas. stimkan/kukus selama 2 minit. kemudian tuangkan bancuhan telur tadi ke dalam mangkuk yg dah stim tadi dan sambung stim lg 2 minit dgn api kuat. pastu slowkan api. dan biarkan adunan stim sampai masak sekitar 5-10min

tips nak tau dah masa belum, ambil chopstik dan cucuk ke tengah adunan. kalau nampak air jernih tu maksudnya dah masak. jgn kukus terlalu lama. nanti adunan terlalu kering. tak lembut. tutup api dan tabur hirisan daun bawang di atasnya. siaplah chawanmushi kita.

sedap kalau makan panas2.


Sunday, August 22, 2021

Nasi Daging Utara

 


Dah 2,3 hari kakyang beli nenas. eh.. nenas ka nanas? tp kakyang prefer tulis nenas. tp kan.. kalau tak silap ikut kamus Dewan Bahasa, nenas ada maksud lain, nanas adalah ejaan yg betul.

kalau tak silap lah..


uiiii melalut dari tajuk. hehehe

asalnya beli nanas tu sbb nak masak nasi ayam dan mkn dgn acar timun. tp tekak kakyang ni teringin someting yg berempah. ayam dah masak semalam, tak kan lah hari ni ayam lagi?

end up.. jdlah nasi daging... yg pasti, mesti takde sambutan nasi daging ni sbb anak kecik kakyang ni mmg memilih bab nasi ni. nak2 pula bila masak pakai brasmati. lglah dia kureeeengggg.

sesekali ikut menu si ibu apa salahnyanya kan. kakyang pun masaklah nasi daging hari ni. dlm masa yg sama dah standby perasaan untuk dengar anak kakyang merungut. hahahaha

ok meh tengok resepi sikit. kot ada yg nak cuba2 masak, boleh lah try resepi ni. resepi mudah2 utk yg malas nak banyak2 kerja. 

portion kakyang ni utk 4 org makan ye. keluarga kecik je kannnn

1st step:
rebus daging.
caranya--> 500g daging dipotong besar2, basuh dan masukkan dlm periuk. tambah air. agak2 tenggelam daging je. jgn terlalu banyak.  tambah hirisan halia 2 inci. tambah serbuk kurma daging/ayam 2 sudu besar. tambah garam sesedap rasa. jgn terlalu banyak. utk bg rasa pd daging shj.

rebus sampai daging empuk. kalau guna pressure cooker, dlm 45minit will do. kemudian potongkan daging nipis2 utk sekali mkn.


2nd step,
masak nasi daging.
**utk masak nasi, kena tunggu daging rebus siap dulu sbb kita akan gunakan air rebusan daging utk masak nasi.

3 cawan beras basmathi- cuti dan toskan 30minit awal dari target masak nasi. utk bg beras kembang sikit.
*1/2 labu bawang besar- mayang halus
*3 ulas bawang putih - mayang halus
*rempah 4 sekawan - kayu manis, cengkih, bunga lawang, pelaga
*2 sudu rempah kurma
*1 helai daun pandan- potong kasar atau simpulkan
*1 batang serai - ketuk kasar
1 senduk pes tomato
1 cawan susu cair
minyak masak sikit
minyak sapi 1 senduk
cara masak-->> panaskan minyak + minyak sapi dan tumis semua bahan * sampai naik bau. masukkan beras dan goreng sekejap dlm 2,3 minit bagi mesra dgn rempah2.

kemudian transfer berat ke dalam rice cooker, + pes tomato+ garam sesudu kecil + susu cair + air rebusan daging secukupnya. kacau utk mesrakan semua bahan.

masak spt masak nasi biasa. bila dah masak, kacau kasar utk mesrakan semua bahan. dan tekan on semula sekali lg utk mesrakan nasi.


3rd step:
Sediakan air asam kerisik:
*1 labu bawang besar
*1 biji tomato
* cili api ikut suka rasa
1 sudu kerisik
air asam jawa 1 mangkuk
garam, gula secukup rasa
2 sudu sos ikan
belacan bakar 1 inci

bahan2 dimayang halus, campur semua dalam satu mangkuk dan picit bersama belacan. rasakan garam gula sesedap rasa.


kalau suka nak beracar.. boleh lah buat acar timun+nanas sikit. sebagai menu fiber dlm hidangan ni. tak salah pun.. kita yg buat dia kan...

selamat mencoba!

Wednesday, August 11, 2021

Mati itu pasti

 


satu geng sekolah menengah kakyang tersentak hari ni bila dpt perkabaran duka bahawa kawan kebanggaan kami telah pergi mengadap penciptaNya tanggal 10hb Ogos sebab covid19.

Kami baru dok sebut-sebut nama dia masa dlm majlis bacaan yaasin sempena Maal Hijrah hari isnin semalam. masing2 recall kebaikan Min



inilah antara memori kami berkenaan dgn dia. ada lgyg lain spt tulisan dia paling cantik dan kemas, plg tak kedekut, paling banyak stok makanan dlm locker, paling pandai dlm batch kami, paling baik, paling lemah lembut, paling segala-galanya lah. tu sbb semua org ingat pasal dia.

kakyang memorikan di sini sebagai memori.

oh.. btw, semalam juga genap 4 tahun hijrah abg pergi meninggalkan kakyang dan anak-anak. entah anak2 perasan tak dgn tarikh hijrah ini. dan kakyang pun tak tersebut dgn anak2 berkenaan tarikh ini. keluarga abg pun tak sebut apa2 kali ni. cuma bila kakyang up status memperingati tarikh pemergian abg dan ucapan alfatihah, anak buah sulung abang ada pm dan sedekahkan alfatihah utk abg.

family kakyang pula pm di group. masing2 sedekahkan alfatihah dan recall sikit kebaikan abg. 

dan hari ni.. kakyang kena lecture dgn bff abg sbb tak bgtau pindah rumah. dia sebak, kakyang menangis terus bila dok recall balik cerita2 ke akraban kami. dah umpama keluarga sendiri sampaikan mak, bapa, mertua, ipar, duai, adik bradik semua kenal arwah dan kakyang.

AlFatihah utk mereka yg telah tiada.









Bukit Ramli

view bukit ramli dari jauh

 

Semalam kawan kakyang ajak ke Bukit Ramli. Ramai dok sebut-sebut bukit ni bila berbicara pasal bukit yang boleh di daki sekitar Puncak Alam.

Bila kawan kakyang ajak, terus accept lah. Tp tak naik ikut jalan senang, kami ikut jalan yg diorang baru rintis masa dok buat trail running. Dia kata nak dera kakyang sikit. 

Kali ni kakyang park kat surau tepi jalan meru tu, pastu masuk ikut ladang kelapa sawit sikit sebelum naik ke pencawang letrik. dari situ meredah resam setinggi org utk ke tasik. disebabkan tengah panas, tanah agak perui berbatu. gayat juga sbb menaik tebing bukit beresam mcm tu. takde pokok nak berpaut utk lonjak ke atas. lalang tajam-tajam.

view bukit asmara 1km dari starting point
tasik


kemudian menyusur sedikit jalan tanah merah bekas sodokan jentolak. petang2 mcm tu jalan takde pokok tinggi, panasnya masyaallah.. mencabar iman. mengah tak sangka. punya la lama tak memanjat bukit.


lepas bergambar dan main air jap kat tasik, naik bukit semula menuju ke bukit Ramli melalui route paling jauh. wpun trek menaik agak landai, tp tercungap jugalah kakyang. 5,6 tapak berhenti ambik nafas. kwn kakyang steady je laju kat depan.

makin ke atas, makin melandai. tak lama lepas tu. sampailah ke puncak bukit ramli. ada pondok, tempat solat, tandas, air dan meja bawah pokok untuk santai2.

turun dari situ, melalui jalan lain. ada mcm chalet baru nak buat kat situ. turun dari situ akan bersambung dgn jalan bukit cherakah. then kitorang masuk jalan sawit utk balik ke surau di starting td.

overall trail 7km juga. tp sbb kakyang on strava sedikit lambat. dpt capture 6.5km shj. time taken almost 3 jam. tu sbb kakyang banyak berhenti. semput doh.kikiki

checked 1 bukit <3

2 jam utk lengkap 6km trail. huhu





nampak genting dari atas tu




nampak bandar shah alam











Friday, August 6, 2021

Dragonback Tested!

 


Yeah!!! finally kakyang dpt merasa trek yg terkenal dgn title Dragon back.

boleh tahan treknya. nampak je lurus bendul. tp dia punya naik turun tu..boleh tertinggal bontot kat belakang beb.. 1st round boleh lg lari2 anak maintain pace biasa. bila return jer.. terus jalan sampai ke sudah. dgn panasnya trek. dgn pacaknya... lama tak memanjat bukit kan.. mendapat lah.

apa pun.. sangat puas hati hari ni. dpt pula jog dgn kwn yg rajin bergambar. dptlah gambar tengah2 jalan mcm ni waktu takde kereta lalu. 




Monday, August 2, 2021

Wrap

 


comey pula gambar dinner hari ni. hehehe

kakyang bz hari ni. ptg td kakyang ambik halfday utk delivery kimchi dan uruskan kereta yang tersadai kat rumah sec 10.

siap panggil tow truck. rupanya boleh je jumpstart dgn charger jer. huhuhu

dah lewat petaang baru balik dari sana. perut dah kelaparan dan keletihan sbb tak makan dari t/hari. bila pk nak dinner apa mlm td, malasnya nak masak. malas juga nak mkn menu beli. huhuhu

end up, dpt ideaa masak yg simple2 je lah. daging burger yg dah dilembutkan ada lg separuh, sayur2 pun banyak nak kena abiskan sebelum rosak, wrap pun ada stok, kita buat wrap jelah.

meh tengok resepi wrap simple yang kakyang buat ni. pakai apa je yg ada kat dapur tu.

wrap. boleh beli di pasaraya. 
daging burger 4 keping- 
carrot dadu dlm setengah cawan
capsicum separuh - dadukan juga
cendawan butang 3 biji - cincang halus
bawang putih 2 ulas - cincang halus
bawang holand - dadukan
saderi - dadukan
timun - dadukan
daun salad
cheese 4 keping

caranya:
tumis bawang putih dan bwg holand dgn sedikit butter hingga sedikit layu, pastu masukkan daging burger yg dah dihancurkan. goreng sampai agak2 masak, baru campurkan dgn semua sayur2 lain yg dah di dadu tadi. agak2 sayur dah layu, campur sedikit maayonis dan cili sos. mix mesra dan tutup api.

panaskan wrap sedikit atas kuali leper. angkat dan letak cheese, salad dan daging campuran td. pipekan sos cili, mayonis dan sos black pepper jika suka. balut wrap spt biasa. 

dah ready utk makan.. selamat mencuba!