Monday, March 15, 2021

Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Baru

Setelah lama berkurung kat rumah dan tk boleh kluar dari daerah kan, semalam kakyang berkesempatan rentas daerah setelah PKPB benarkan dan hutan dah boleh masuk semula.

Kwn kakyang ajak naik bukit ni yg actually terletak di belakang sekolah anak kakyang je. Korang bayangkan eh.. selama 5 tahun kakyang dok p ulang alik melawat anak kat sana, selama tu la kakyang dok pandang puncak gondol bukit belakang sekolah tu. hanya selepas 2 tahun anak kakyang abis sekolah, baru la dpt jejakkan kaki kat situ. aduhhhh sadis betul.

so, pg semalam kami sampai kat sana dlm pukul 9pg. lepas dah sarapan etc, sampai ke entrance bukit ni yg terletak tepi pagar IKBN KKB tu je dlm kul 10. lepas siap2 dan bergambar sikit2 kat dpn tu, kami gerak naik 20 minit kemudian.. jalan tanah merah berpasir. mencabar juga nak naik tu. kena hati2 melangkah. takut tergelincir jer. agak pacak juga trek 4wheels ni. mencungap lah kakyang dibuatnya. nak2 pula lama dah tak buat apa2 kan.. mmg pewai gila lah.

naik je ikut jalan tanah merah tu sampai atas. jgn risau. xde apa2 simpang yg mengelirukan. kecuali bila dah dekat nak sampai peak tu baru lah ada satu simpang. ada label ke batu kambing. x perlu ikut situ. terus ambik kiri utk ke puncak. dlm 10, 11 tapak je dah sampai  peak!

kat atas tu ada 2 pondok gazebo besar. peak Bukit Batu Pahat gondol. kawasan lapang sbb atas sini xtvt paragliding. boleh la layan2 tengok mcm mana diorang take off. best!

lepas bergambar sekejap kat sini, kitorang menghala ke kanan puncak dan turun ke view point yg terletak 500m ke bawah. trek hutan yg agak pacak dan berpasir. dari jalan sebelah sini sebenarnya boleh terus turun ke kaki bukit juga. tp kwn kakyang bgtau treknya curam. agak bahaya. so kitorang santai2 kat view point sambil rehat2 layan lunch, hammock solat etc.

kat view point ni ada batu sejarah. boleh la layan bergambar kat sini juga.

pastu kami naik semula ke puncak. memandangkan agak panas terik, masa rehat kat pondok atas tu kami layan teruja tengok org main paragliding. tiba-tiba nampak 4wheel yg hantar paraglider tu nak turun kosong. terus kakyang tanya nak tumpang turun. dan kakak tu terus ajak turun sekali.

Hahahahahhaa aci la eh turun dgn 4wheel.. panas terik weh! bercinta oh kalau nak menapak turun sendiri. bila dah sampai bawah tu, kakyang hulur juga duit sebagai tanda terima kasih tumpangkan kami turun. terus kena marah dgn kakak tu yg namanya As.  "Akak mmg nak turun juga pun. tak mau tak mau (duit)!"

hehehe.. terima kasih banyak2 ye kak As.. jasamu dikenang.

Moh layan gambar sekitar xtvt semalam..

entrance

ada maps. boleh snap dan buat panduan masa naik nanti

simpang ke batu kambing sebelah kanan. utk ke peak stay ke kiri

view sebelum ke betul2 puncak

masih mampu loncat. hahahahhaa

papan tanda paragliding area


signboard peak kat sini. ada org tu menciwi dgn medal dia

trek ke view point

view point sebelah kanan. kalau terus ke kiri, boleh terus turun bawah


satu pemandangan yg mendamaikan


layan hammock  dgn angin.. boleh lelap oi


sebahagian dari team


turun dari tengah2 view point, akan jumpa area ni. 


layang org paragliding



No comments: