Monday, April 28, 2025

Sendu di Gunung Batu Putih


"tetap menapak wpun dah umpama merangkak. Tetap bergerak wpun lutut dah bunyi kruk krak. Tetap pasak walaupun hati dah terisak-isak"

Ini quote kakyang masa published gambar ni di FB. punya nak gambarkan keadaan kakyang masa tu. huhuhu

Sebenarnya masa masuk hutan untuk trip Gunung Batu Putih ni, kakyang masuk dgn 1001 perasaan jiwa kacau. risau sebenarnya sbb biasanya 'penghuni hutan' suka org jiwa kacau ni. ok juga kalau depa berkenan kan? boleh buat drama. haha. tp kesianlah pula kat anak-anak yatim tu nanti kalau kehilangan ibunya pula. huhu

jiwa kacau ni rentetan dari cerita Latimojong seminggu sebelumnya. balik dari situ, tambah serabut bila anak kecik kakyang tak buat persediaan apa-apa lagi untuk universitinya. barang tak siap, documentation tak siap. nak kena stamping lg, nak kena minta pengesahan pegawai lagi pastu pk pasal yuran dia yg super duper expensive bagi poket kerani mcm kakyang ni. sampai kakyang dah pm maria tanya kalau kakyang tak jd pergi GBB, dia ok tak? siap offer nak refund semula duit trip dia. Maria suh kakyang bertenang dan siapkan pelan-pelan dalam masa yang berbaki satu hari je lagi sebelum tarikh bertolak ke meet point.

Selepas bertenang dan timbang tara apa yg patut, kakyang sampaikan 1001 amanat dan pesanan kepada anak kecik utk dia siapkan apa yg patut. hal2 ofis takde masalah sangat sbb cuti cuma sehari je. kakyang proceed dgn perancangan awal teruskan GBB!

trek GBB dari kuala woh tak lah sesukar mana pd pandangan kakyang. permulaan trek dari kg OA yang agak landai kemudiannya mula menyusuri trek tepi sungai besar. di hujung trek kami perlu menyeberangi sungai besar tersebut untuk ke check point seterusnya ke kem balak. trek mula menaik balas pantun dari kem balak ke kem balak dua. dari sinilah kakyang mula pewai. tak sukar dan tak terlalu pacak. tp dia punya mengaruk.. mcm naik trek pacak sangat. kat sinilah kakyang mula terfikir besarnya peranan mental. bila masuk hutan dgn mental sihat, auto yg susah pun tak terasa susah mana. tp bila masuk hutan dgn mental yg 'sakit' yg mudah pun terasa susah. bila mental mula merudum, mulalah 1001 alasan keluar. kakyang mula rimas dgn langkah sendiri yang terlalu selow. mulalah nak jalan menyendiri layan perasaan. mulalah hambat sweeper ke depan. malangnya sweeper kekal dgn prinsip dia. dah nama sweeper, kena dok belakang. takpe kak. jalan je janji bergerak. haa gitu kata sweeper.

dia tak tahu, kakyang ni mula mental teruk dah. setelah berkali-kali cubaan hambat sweeper ke depan, lastnya kakyang terpaksa berterus terang. "dik, akak dah mental sangat ni. time gini tak boleh ada org di belakang akak. awak ke depan dulu. jln bg nampak akak je. bg akak jalan dgn tenang jap."

alhamdulillah nasib baik sweeper makan pujuk kali ni. agaknya sbb dia nampak muka kakyang dah lain macam dah kot. hahahaha

sebaik sahaja sweeper di depan, terus meleleh air mata kecewa. aduhaiiiii.. kenapa mental sangat kali ni?

mcm tu lah sampailah ke simpang Y nak ke Gua Azan. "kak. nak sampai dah. sini turun je. sampailah kat gua bawah tu je." sweeper memberi kata semangat.

ya sampai dah.. dia punya turun tu.. boleh tahan juga jauhnya sebukit tak nampak bayang gua pun. bila akhirnya mula nampak cahaya-cahaya lampu dan bunyi org bercakap-cakap, aduh.... lega. sampai juga ke gua azan akhirnya. Selesai episod day 1

esoknya, selepas sarapan dan bersiap, kami mula perjalanan seawal jam 8pagi untuk summit attack dgn backpack shj. perjalanan ke puncakmelalui trek yang menaik sahaja dan ada beberapa tempat perlu naik tangga besi. kami sampai ke puncak sekitar jam 3pm. tak turun pun ke air terjun terbunuh. malas nak layan turun tebing. nanti nak memanjat semula bukannya mudah. baik skip dan ke puncak je terus. save tenaga. hahah

belum sempat sampai puncak, dah ada line up yg turun. kesian mereka. tunggu line up belakang lama sangat. kabarnya mereka samapi kat puncak jam 1230thari. pehhhh padu tu.

sampainya di puncak, sempat lah minum kopi hangat dan sharing megi tomyam. gambar2 sikit, terus kami turun semula. tak dpt nak lama-lama kat atas tu sbb sejukk.

lagipun kami perlu turun awal untuk elak turun tangga besi di waktu malam. alhamdulillah berjaya juga kejar timeline tersebut wpun ngam2 turun tangga terakhir tu dah waktu maghrib.

selepas istirehat sekejap dan melepaskan waktu maghrib, kami teruskan perjalanan turun semula dan selamat sampai ke gua azan sekitar jam 8 mlm.

alhamdulillah.. tercapai sudah hasrat takluk Gunung Batu Putih.

tinggal episod nak turun semula ke tamadun sahaja. dah sampai peak tu kira dah selesai cerita lah. sbb trek esoknya dah takde apa yang nak di kejar kan. semua trek mostly menurun sahaja. hehe

jom layan gambar..















Potong bawang

 

pagi-pagi td adik ipar kakyang dah up status potong bawang. huhuhuhu

rasanya arwah adik kakyang dpt rasa dia akan pergi tinggalkan semua. kita yang ditinggalkan ni kadang-kadang tak dpt tangkap benda-benda kecil mcm tu. mungkin sbb kita tak mahu pikir sejauh itu atau mungkin kita terleka dan tidak peka atau  mungkin kita terlalu positif hinggakan lupa ajal dan maut itu akan dtg bila2 masa shj.

tak payah nak cakap ke org. perkara yang sama terjadi pada diri kakyang sendiri. wpun arwah suami dah lama sakit, tetap kakyang tak boleh nak fikir yang allah akan ambil dia anytime. wpun telah disentak dgn pertanyaan oleh kakak ipar beberapa bulan sebelum tu, masih kakyang tak mau fikir sejauh itu.

kes abah meninggal pun sama. pada minggu abah akan pergi, abah mmg dah admit kat hospital. from time to time abg cik akan update status abah. kakyang masih positif abah akan pulih seperti biasa. hari abah nak meninggal, abg cik makin kerap update. bp abah makin lemah. jap lg timbul lg update. bp abah makin turun. jap lagi update lg.. bp abah makin drop. dan akhirnya update terakhir dari abg cik... abah dah pergi tinggalkan kita.

allahuakbar!

jdnya bila nampak status yg adik ipar update pg td, kakyang agak tersentak. mata berkaca-kaca. ya allah betapa aku selama ini terlalu tidak peka dgn semua itu. terlalu terbiasa dengan kata-kata takde pape tu.. nanti sihat balik lah tu.. atau adakah aku ini seorang yang takde perasaan?

Ya Allah.. ampunilah aku.

Mulu Day 3 - Demi kamu!

Hari summit!
seawal 2 pagi kakyang dah bangun untuk siapkan makanan dan bekalan. habis je semua, kul 3 kami dah mula gerak.
trek pacak tak sudah dari shelter 3 dan banyak puncak -puncak tipu. misi ke shelter 4.
sampai di shelter 4 pun dah thari. sejuk gila. mkn thari dan panaskan badan dgn air panas.
di sini rick mula memberi bunga-bunga hint utk tidak meneruskan perjalanan bila tengok pace kami yang sangat teruk.
" mau terus atau secara online sahaja?"
"secara online? apa maksud kamu?" kakyang minta penjelasan. rick hanya tersenyum senyum. sesuatu sangat.

"dik, td rick suggest kita summit secara online. apa maksudnya tu?" kakyang berbisik dgn yg lain.
"maksudnya patah balik kak. ambil gambar org, tempek muka kita."
"oh tidak!. kita teruskan" bisik cikni pula.

YA! kami teruskan halim!

trek selanjutnya dari 4 ke summit adalah yg pling mencabar. meniti tebing, meragaih akar, mmg mostly treknya sangat kejam.
clue hampir puncak adalah tangga  besi. pendek aja tp bisa bikin goyang juga hati tu. 
then trek bersambung lagi naik yg tak sudah-sudah. turun yg tak sudah2. sampai bila nak sampai kalau mcm ni. bisik hati kakyang.

sampainya di satu puncak, rick tunjuk kakyang satu puncak. itu puncaknya kak. mak aiii! jauh lagi.
hati mula sebal. tp langkah tetap langkah. layankan aja naik turunnya tu.

sampai lg di satu puncak. rick tunjuk lg sekali puncak. tu kak tu... nampak tak tiang atas puncak tu?
mana?
tu kak.. halus aja tu..
aduh.. kakyang ni dah la rabun. mmg time trekking tak akan pakai speck. mana nak nampaknya. jalan je lah. huhu

bila mula nampak gugusan rumput2 panjang dan gugusan buluh2 @ rumput berdaun runcing halus, kakyang tahu ini penanda puncak dah hampir
benarlah bagai di rasa. akhirnya tiang yg diberitahu tadi dan pondok kecil terhidang di depan mata.
merapat lagi ke pondok kecil, terus nampak beirut puncak mulu.

"Tahniah akak! dah grad G20!" serentak semua ucapkan tahniah pd kakyang.
kudrat dan semangat yg hampir hilang td terus rasa berbaloi dan terharu gila. terus kakyang sujud syukur di puncak.


selepas bergambar, alas perut sedikit dgn makanan apa yg dibawa, kami mulakan semula perjalanan turun dgn segera. masing-masing mula bungkam melayan perasaan. kem 3 nun jauh di bawah. klau naik pun dah satu hari perjalanan, nak turun pula yg treknya sama shj naik atau turun. entah pukul berapa kami bakal tiba di kem 3. tp masing-masing sudah dpt agak apa yang bakal dihadapi. 

sebagaimana sebegitulah, sebegitulah turun. naik turun yang tak sudah-sudah. hari mula menginjak malam. cahaya hutan mula malap dan selanjutnya gelap. masing-masih dah bertemankan headlamp. berjalan dah perlu serentak semua. tidak boleh terpisah bg mengelak bahaya tersasar. beberapa porter dah mendahului di depan. disusuli  Rick, uya, kakyang, cikni, farok dan jiji. ada 2 lagi sweeper di belakang.

sesekali kami berhenti seketika utk melepaskan lelah menapak tanpa henti.

"Dik, akak nak weewee (kencing). akak gi depan sikit. " 
tiba2 cikni muncul di belakang.

"akak, sy pun nak weewee." 
"ok. awak selesaikan di situ. akak di sini."

belum sempat nak selesai hajat, hujan mula turun.

"Dik, akak naik atas sikit utk berlindung dan kluarkan baju hujan." kelam kabut kami menyelamatkan diri dari basah.

perjalanan diteruskan semula. Hujan. bermakna jalan akan bertambah slow. makanya kena jalan tanpa henti.  itu shj cara untuk menyegerakan lagi sampai ke kem.

saat bertukar minit.
minit bertukar jam.
jam bertukar hari.
malam bertukar siang.

akhirnya kami sampai semula ke kem 3 sesudah subuh. maknanya perjalan summit attack kami adalah 26jam!

wahhhhh... satu catatan pecah rekod lagi bagi kakyang. hahahhahaha