Monday, August 17, 2020

Bukit Ngah

masa naik Bukit Perajah, member dah mula sembang2 next destination. kakyang pasang telinga jer. awak tak padu. dok diam2 kat belakang cukup lah kan.

dlm pada tu otak dok ligat buat keputusan. nak ikut ke tidak? kalau ikut, tak dpt pergi kenduri kawin anak buah. kalau x pergi,mampus kena kecam dgn family ipar. mcm mana ni?  huhuhu

bukit menang akhirnya. lgpun turun dari bukit perajah dah lewat mlm. nak patah balik ke rumah mmg dah tak berbaloi dan kesian kwn yg nak kena drive. end up, kakyang mesej family bgtau tak dpt dtg. ampunnnnn

next day hari ahad, lepas breakfast di gerai roti boom tempayan di jalan k.kelawang tu, kami menuju ke Pertih hilir untuk mencari titik permulaan ke Bukit Ngah yg terletak di hujung kampung tersebut. dari situ kami melintas kebun getah dan anak sungai utk naik ke ladang kelapa sawit. 

jalan menaik dari ladang kelapa sawit menuju ke pintu rimba adalah satu penyiksaan. apatah lagi bila treking bermula agak lewat sekitar 10 pagi. matahari mula menyengat terik. kakyang melangkah dgn zikir di mulut sambil aiming teduhan pokok sawit di hadapan. setapak setapah mendaki ke bayang2 pokok di hadapan. sampai je bawah bayang, terus brenti menyeka peluh sekejap sambil menarik nafas 2,3x. 

pastu sambung melangkah lagi ke next bayang2. mcm tu lah sampai akhirnya kwn kata haaa tu pintu rimba.

dari pintu rimba, kwn maklumkan jarak ke puncak Bukit Ngah hanya 1km tembak tegak dari gps diorang. dengar mcm dekat, tp jarak pendakian sebenarnya akan berkali ganda.

kali ni mereka tanak ikut permatang. nak 'tembak tegak' je terus ke puncak. bermaksud diorang akan mendaki menegak shj. jika rabung di dpn menegak, maka menegaklah menaiknya. jika rabung di hadapan melandai, maka senang sikitlah mendakinya.

rintis hari ini agak senang memandangkan abg dil dah pernah rintis ke situ. tp atas kekangan masa, beliau tidak dpt menyudahkan hingga ke puncak. kwn2 rintis mula menebas sikit2 laluan yang telah pernah di rintis oleh abg dil. memanjat tebing2 rabung yang agak tegak. sampai satu tahap, kakyang tak tahan dgn kepanasan cuaca. abis muntah segala isi perut.

lepas tu baru selesa sikit menapak.tp masih lambat spt biasa. ketika hampir sampai ke puncak tipu, tiba2 nazir di depan menjerit serentak dgn nampak kelibat benda kecil meloncat2 susut sasap hilangkan diri dlm hutan.

"eh! apa tu?"

"babi ke? "kakyang menyampuk

"lari mcm tu bukan babi. samada kancil, pelanduk atau kijang" jwb abg dil


abg dil dan nazir mula mengintai2 hutan cuba menjejak binatang tersebut. selepas beberapa minit, mereka givap. 

"takde rezeki" kata abg dil.

kami mula melangkah kembali ke puncak tipu. sampai shj di atas. dlm perjalanan, kami mendengar seperti teriakan seperti trumpet.kakyang ingatkan kwn2 di hadapan melaung, rupanya itulah bunyi kijang yg kami nampak td. 

"itulah bunyi kijang td" kata abg dil.

lama juga bunyinya. rezeki kakyang kali ni dpt dengar bunyi kijang live!. kami menyambung langkah ke puncak tipu. sampai di sana dah nampak yg lain tengah berehat di kawasan lapang. kata mereka, kijang yg kami nampak td telah berlari melintasi diorang.

selepas berehat seketika, rintisan di teruskan menuju titik puncak. lg sekali kakyang jalan sendiri di belakang. tp tidaklah terlalu jauh disebabkan abg dil sentiasa brenti memastikan kelibat kakyang kelihatan di belakangnya.

tak lama kemudian mula dengar bunyi ketukan besi beirut dan laungan kwn2 hadapan yg menyatakan telah jumpa beirut yg di cari.

Alhamdulillah... Bukit Ngah telah berjaya ditawan. Total perjalanan: 3jam naik, 1 jam turun.

jom layan gambar yg x seberapa.


view banjaran gunung N9 di belakang.
abis tertanggal tudung
disebabkan cuaca yg sangat panas

view gunung lain di belakang trek

labah2 comel




puncak yg kami tuju kat belakang bukit tu. nampak tak panasnya trek tu



nasi lemak sedap yg dimuntahkan
 atas trek. hahahah

No comments: