Thursday, August 6, 2020

Bukit Kodiang aka Mokcun checked!

last week kakyang balik kampung sempena raya korban. sempatlah kakyang buat arrangement naik gunung mokcun dgn kwn yg berada di sana.

basically trek mokcun kejam. pacak dari bawah. makin ke atas, makin menegak. trek bawah tanah dan batunya dah licin. maybe sbb geseran ramai org naik situ. nasib baik tali disediakan. bolehlah juga kalau nak berpaut. tak boleh bergantung dgn pokok sangat sbb pokoknya jauh2 dari trek.  selepas tu kita akan mula memanjat tebing. dah ada tangga besi disediakan.  tangga besi yg mula2 tu dlm 2meter tingginya shj. warna biru. selepas tangga tersebut kita akan jumpa tangga besi merah pula.

tangga merah ni lah yg plg kakyang gayatkan. tegak di tepi tebing. mmg naik setapak2 dgn mengucap x brenti. masyaallah.. gerun. ketaq lutut.

disebabkan faktor masa yg dah lewat petang dan kwn kakyang pun berpuasa, kami brenti kat platform pertama je. kakyang pun tak ready nak naik sampai puncak kalau mcm tu punya cara. mmg ngeri. 

sampai situ pun jdlah. view dah cukup stunning. better pergi sebelah pagi. ada banyak masa utk pelan2 naik ke puncak.

korang boleh cuba. tp prepare sarung tangan sbb batu2 di situ tajam dan kasar. best nak memanjat sbb mudah untuk cengkaman. tp bahaya juga kalau silap tarik tangan, boleh luka atau tersepit jari. ibu jari kakyang dah tersepit di celah2 rekahan batu tu. nasib baik cpt sedar bila terasa sakit. kalaulah terlaju menarik tangan masa tu, silap2 boleh patah tulang jari. biru jugalah sekejap jari tu.
putih kat kuku kesan tersepit batu
tanda putih di pangkal kuku bekas tersepit batu

trek bertali dari bawah

memanjat batu sepanjang trek

view point selepas tangga pertama



tangga ke2. rasanya dlm 3@4meter juga 

view dari platform pertama


sejenis kegigihan demi sekeping gambar epic

batu tajam

view bendang

sunset di mokcun


pemandangan sawah di dpn entrance

No comments: