Monday, August 24, 2020

Nama baru

 masa pergi lubuk tedung, kemensah tu, kakyang dpt nama baru.  mula2 tu ingatkan salah dengar. bila lg sekali org tu dok panggil kakyang dgn nama yg sama, kompemlah bukan salah dengar.

"kasih, awak bla bla bla..." org tu dok panggil kakyang mcm tu bila ajak sembang sambil2 trekking.

mula2 perasan juga. 

eh... panggil kita kasih. jenis mamat2 romantik mulut manis melecas mcm selalu org dok panggil sayang2 tu ker? 

hahahahhaa boleh tahan juga perasan kakyang ni eh.

pas 2,3 kali dia dok ckp mcm tu. baru kakyang tahu mmg dia panggil kakyang dgn nama tu. 

eh... mana mai nama Kasih pulak ni? dia dpt mana nama tu?

jenuh la mikir asal usul dpt nama tu ... lastnya bila dia tanya kakyang ayat ni..

"rajin awak bangun awal ye Kasih. eloklah buat tahajud kalau dah bangun awal tu."

key word 'bangun awal' tu is the trigger.. hahahahhahaa

sah dia dah salah org. dia ingat kakyang ni kak ikin yg selalu dok post salam dan ayat2 motivasi tiap2 awal pagi di group tu. kak ikin pakai nick name kasih xxx as id wasap dia.

aduh bang... awak salah org la. hahaahahaha


tp kakyang diam jer. x bgtau pun dia salah org. terus je layan sembang bila dia panggil kasih. bila lagi nak dengar org panggil mcm tu. ye dak?


tp rasanya ini kali ke 2 org panggil kakyang dgn nama Kasih. dari group yg sama juga. kenapa diorang ingat kakyang adalah Kasih eh? ?? ???

Lubuk Tedung, Kemensah

Hari sabtu lepas patutnya xde apa2 xtvt since anak kecik kakyang balik dari asrama. kononnya nak jamu dia makin dgn masakan sendiri. tp bila kakyang ckp pd dia, beriya pula dia hambat kakyang suh kluar p hiking. 2,3 kali kakyang bgtau nak dok rumah, 2,3x juga dia soh keluar. 

lastnya, kakyang gi hiking jugalah. since kwn2 NS pun dok racun piknik santai sambil pecah peluh. 

Kali ni diorang nak masuk trek kemensah utk santai2 sampai ke lubuk tedung je. trek ke situ tak lah sekejam kalau naik ke pondok ripin. estimate selesai pun half day je, terus kakyang decide ikut diorang ke sini je lah.

pg tu, kakyang siap bawa makaroni goreng dan air kopi panas. layan mkn kat tepi sungai. jom layan gambar..








Kembara 2 beranak

seminggu 2 ni kan kakyang asyik ulang alik lalu jelebu je masa trip2 dgn team rintis. tiap kali lalu tu, mata mesti kerling jer sign board nan satu tu. pastu kat fb pun ramai pula dok up gambar2 atas tu. wahhh menarik juga.

tp takde pula sesiapa nak bawa kakyang p situ. bila riki info, katanya mudah sj. x perlu guide, x perlu permit. trek jelas. lepas 2,3x confirmkan dgn member hiking, lastnya kakyang gamble p sendiri ke situ.

lepas hantar anak kecik balik pagoh, kakyang siap2 pesan dgn si abgnya utk bawa baju sukan. "kita naik bukit kat jelebu" kata kakyang bila dia tanya nak p mana.

moncong2 si bujang kakyang bila kena paksa temankan ibunya ni. manataknya, lepas abis kerja, terus ikut gi hantar adiknya ke pagoh, pastu esoknya naik bukit pula. dah la cutinya 1 hari tu jer pun. hahahahhaa

nasib ko lah anak....

balik dari pagoh, kakyang terus ke kuala klawang dan bermalam di situ. awal pgnya lepas subuh dan siap2, terus heading ke tempat yg di tuju. Bukit Batu Sawa.

masuk je ke dalam tu sampai penghujung. park di tanah dpn rumah org. bayar parkign RM3 dan gerak ke starting point. dari situ perjalanan ambik masa 1 jam naik. pace kakyang lah. bila tanya pace2 org yg selisih kat trek tu, semua kata 30 minit jer. huhuhu

20 minit pertama perjalanan landai dgn menaik sikit2. pastu 30 min terus memacak dari 45-ke 70 darjah. boleh tahan ceroi peluh juga.

bila dah nampak pokok2 berbatang merah, tu tanda dah sampai. jln 2,3 saat, sampailah ke papan tanda puncak. pastu bergambar lah puas2.









Friday, August 21, 2020

Bersantai di Kepayang Hill

Plan awal nak ke tempat lain sebenarnya. tak jd ke situ, plan pula ke gunung tangga. tak jd juga sbb baru tahu kena ambik permit 2 minggu awal dan kena guna powil. plan ke sini. tp member kata x jd juga nak ke sini sbb dia lg suka tempat yg ada beirut. bla bla bla end up dia kata tengoklah esok pg mcm mn. 

adeh.. nak ke mana sebenarnya ni? kakyang x tahu nak get ready brg mcm mana kalau takde tempat yg tetap. ye la, kalau nak rintis, kena bawa brg2 utk prepare rintis. kalau nak pergi yg komersial, ok la. tp nak tau juga susah ke tidak. kang bawa air sebotol je, jenuh.

tanya pula nak gerak kul berapa? member kata gerak lepas subuh. alamak. uncertain punya timing lg. lepas subuh, kul 9,10 tu pun lepas subuh lagi.

semalamnya.. lepas siap2 subuh etc. menunggu member dtg sampai kakyang sempat lelap sikit lg. pastu barulah dia mesej. otw. phiewwww. kul 730 baru sampai. bila dah sampai, dia pula tak tetap lg nak p mana. aku tanya ko, ko tanya aku.. lastnya kakyang firm ckp p bukit kepayang since dia dok ckp 2,3 kali teringin p situ. susah sangat nak buat keputusan kan. huhu












kami gerak ke sana sambil singgah2 bf, isi minyak, memerut etc dulu. sampai ke starting point dlm kul 10pg. lepas cangak2 cari kat mana nak start dgn tanya org2 tepi jln tu,lastnya kami start dgn trek di tepi tangki air. naik dari situ terus jumpa tangki air yg ke 2 dan ambik trek sebelah kiri. niat hati awalnya nak ke tasik teratai yg ada di sebelah kanan. tp bila tanya2 org yg hike kat situ, semua tak tau wujudnya tasik tu. terus kami decide naik terus ke puncak dulu, yg lain decide selepas tu.

so, lepas ambik trek kiri tu, kami nak cuba explore juga trek lain utk puaskan hati. tp bila tengok2 trek mcm tak jelas dan mengelirukan, terus kami decide, naik je ikut main trek ke puncak sambil tinjau2 trek pilihan jika ada nampak yg menarik.

rupanya dari tangki air ke 2 naik ke puncak tu cuma mkn masa 30 minit. da sampai! aduduududud. tak sempat nak sumpah seranah. kwn kakyang mcm tak puas hati sbb terlalu senang. kikiki

memandangkan kami naik masa org dah mula turun, maka tak ramailah kat atas tu. dptlah kami concure puncak tu sepuas hati. layan angin, ayan bergambar, layan monyet, layan sembang, layan tido!

siap boleh tido ko sbb ada kerusi rehat atas tu. lepas puas tido seround,(kakyang tak tido pun). kami turun  balik ikut trek naik td. sampai je ke tangki air, terus lajak ke hadapan lagi nak tengok ada tak sky garden spt yg dinyatakan dlm map. oh ada. siap ada bunga2. dari situ katanya ada jln ke tasik teratai. tinjau2 dari atas, tak nampak pun tasiknya. kakyang tanak ambik risiko turun dari situ sbb nampak mcm tebing tanah tu terlalu poros. jdnya terus kami turun balik ke parking.

misi kepayang hill tercapai. tp misi kepuasan berpeluh dan training x tercapai. kami balik dgn perasaan tak cukup. 

ya la. selalu naik bukit sempat menyumpah seranah sementara nak dpt puncak. tp yg ini santai dan cpt sangat puncaknya. serupa x naik puncak pun. hahahhaa

lastnya kami layan cari makan pula. kakyang kata teringin nak mkn masak lemak daging salai. member waze ke kedai semangkuk batang benar. wpun lewat, makanan masih ada. sedap juga masak lemak daging salainya wpun tak cukup pedas di mulut kakyang.

Lepas makan2 dan lepak2, otak ligat mencari xtvt lg. kakyang sebut pasal decathlon, member pun tertarik nak pergi. apa lg.. balik dari seremban, teruslah kami menyimpang ke situ pula. menapak la pula dlm tu sampai mlm. dari tanak ambil bakul, sampai penuh bakul kami kerjakan.

mcm tu lah berakhirnya awal muharram kakyang pd tahun ni..

BTW, semalam genap 3 tahun islam abg pergi. niat hati nak singgah jenguk pusara. tp sbb dah mcm2 xtvt lain yg jd, tangguh niat ke weekend ni lah. lgpun anak2 pun ada weekend ni. bawa diorang sama nanti ke sana. 

AlFatihah utk abg.

Wednesday, August 19, 2020

Kerabu Bayam Brazil + Kacang Botol

 


hari ni kakyang buat kerabu lg. isnin lepas member ofis bgtau dia ada bawakan kacang botol dari kg. ingat nak buat semalam. tp semalam dah ada org sedekah nasi goreng pula. pastu  ada unit lain jemput dtg jamuan juga. dah melimpah ruah rezeki semalam. jdnya menu kerabu tunda sampai hari ni.

itupun mulanya malas dah nak berkisah bagai. tp bila pk bhn pun ada, ramai yg akan bercuti mulai esok, nak tak nak kakyang proceed.

since kacangnya dah mula susut disebabkan dah dibuat ulam dgn nasi goreng semalam, makanya kakyang tambah bayam brazil dlm kerabu ni utk banyakkkan kuantiti. bayamnya pun hasil kebun org yg sama. hehehhe

td sebenarnya kakyang dah merajuk sikit dgn kwn2. ye lah. kakyang dah susah payah belikan lauk tambahan, masakkan nasi, tetiba diorang ckp nak kluar makan cencaru belah belakang pula. pdhal lauk yg kakyang beli tu pun cencaru belah belakang.

pujukkan suh mkn kat ofis tak laku. aduh.. siapa pula nak abiskan lauk2 tu? pastu sebelum lunch, kakyang masuk pantry diam2 bega kan ulaman tu jd kerabu. mulut moncong jer sbb kwn2 tanak mkn kat ofis. huhuhu

bila dah siap kerabu dan siap panaskan lauk2 yg beli pg td, kakyang terus jemput bos dan pegawai yg x keluar utk mkn kat pantry. pastu ada adik technician lalu dpn pantry utk ke masjid. terus laung suh makan dulu. yg ni mmg tak menolah. terus dia lencong jalan dan masuk makan dulu. hahahaha

alhamdulillah.. rezeki hari ni. bos pun masuk pantry dgn 2 lagi menu. penuh meja juga jdnya. dan menu2 tu  abis bila ada adik2 lain dtg mkn sekali dan ada yg sanggup x mkn kat rumah semata nak mkn kerabu yang kakyang buat.

Alhamdulillah.. rezeki utk semua