Thursday, October 19, 2017

Apa yang boleh di tuntut bila suami meninggal?

tu contoh soalan yg kakyang search utk dptkan info-info apa yang patut kakyang ambil tindakan bila suami meninggal. harap2 info yg kakyang share sebelum ni dpt membantu org lain juga.

dan ini. kakyang share pengalaman  sendiri semasa buat urusan tuntutan2 yang berkaitan selasa lepas. masa tulis tarikh kat borang-borang tuntutan tu baru perasan tarikh tu cantik pula. 17/10/17.

Khairat Kematian BR1M:
kakyang baru tau info ni sehari sebelum kakyang buat urusan tuntutan, dlm dok semak2 document yg abg tinggalkan, kakyang ternampak benda ni. rupanya BR1M ada khairat kematian yg dinamakan Skim Khairat Kematian (SKK) sebanyak RM1000

tp syaratnya, ada penama waris. hanya waris yg dinamakan boleh tuntut. so, kakyang tak tahu nama kakyang ada ke tidak sebagai penama. so kakyang gamble je lah walk in ke BSN.

rupanya mmg ada nama kakyang. mentelah pula BR1M ni link dgn LHDN. jd, mmg sah lah nama kakyang kat situ. so urusan tuntutan SKK ni mudah sekali.

Dokumen yg diperlukan:
-sijil kematian
-sijil nikah
- ic waris
*semua bawa original dan salinan.

rasanya ada borang kena isi. dush.. lupa plak step ni. lepas kaunter proses, terus dpt cash.

selesai di situ, kakyang pergi pula ke ASB untuk tuntut khairat kematian dan share abg di asb


Khairat kematian ASB dan Share ASB:
disebabkan share ASB abg x seberapa (less $2K). share tersebut boleh terus pindah ke acc kakyang.
just provide nama dan no acc bank. nanti ASB akan bank in terus ke acc ASB dlm tempoh 2 minggu.
Khairat kematian RM200 terus bg cash pd waris. kena bayar duit duti stem dan dptkan t/tangan pesuruh jaya sumpah dlm borang yg diisi tu. (part ni kena ulang alik ke asb memandangkan pesuruh jaya sumpah tu kat luar dari pejabat asb)
*documentation sama seperti BR1M.

**ramai memberi nasihat. share ASB jangan simpan lebih dari 10K. sbb bila lebih dari had tersebut, tuntutan share hanya boleh dituntut melalui mahkamah tinggi, korang fhm2lah mcm mana haslenya nanti.

nampaknya, kakyang kena draw lah certain amount dari ASB nanti. tinggalkan min 10k tu je cukuplah. tanak anak2 kakyang susah nak tuntut nanti.


Khairat Kematian dan simpanan  KWSP 
Khairat kematian adalah RM2500. yg ini akan dipindahkan terus ke acc waris selepas 2 minggu.

Untuk simpanan, jika ada penama, simpanan akan terus di creditkan ke acc penama/waris. jika takde penama, kenalah dptkan surat kuasa dulu. dan kalau nilai melebihi certain amount, kena melalui mahkamah tinggi juga. p
*documentation sama seperti BR1M.

memandangkan saving abg ada seberapa je, jd prosesnya senanglah. katanya 45 working days baru masuk ke acc penama.


Khairat Kematian & Share Bank Rakyat:
*documentation sama juga seperti BR1M.
 Khairat kematian RM1000. Share pula kena tunggu kelulusan. share abg pun sikit je. so tak hassle sangat lah. cuma tempoh prosesnya lama. isi borang apa yg patut di kaunter. staf kaunter semalam bgtau max 6 bulan. baru both akan di pindahkan ke acc bank rakyat waris (kalau ada). atau acc bank lain waris.

Share Mutual Fund di Public Bank
Abg ada 2 share mutual fund di public mutual rupanya. patutlah kakyang terima penyata lain2 harga. pening juga masa mula2 tengok  penyata tu. yg mana satu betulnya ni...

bila ke public mutual, dan diberi penerangan. baru clear. 1 share tu nama bersama dgn kakyang. so, share tu terus boleh dicreditkan ke acc kakyang lepas 2 minggu.

share no 2 tu atas nama abg je. dan takde nama pewaris. jd, kakyang tak boleh tuntut share yg tu.
kena bawa document2 berikut utk buat tuntutan semula nanti..

-documentation yg sama juga seperti BR1M.
+ statement bank pewaris (utk creditkan share nanti)
+ Surat kuasa (yg ni kena dptkan dari pejabat pusaka harta kecil. kalau harta  banyak, dari Amanah rayalah)


Penutupan akaun-akaun bank si mati:
Kalau korang tahu no pin dan ada kad ATM atau access online acc si mati, korang terus je p draw cash or buat transfer online ke acc korang. tinggalkan seminimum mungkin. mcm kes abg, mmg kami sharing same no pin. dan access online ke certain2 acc yg kami gunasama. jd ada a few acc bank abg yg kakyang dah manage transfer/draw bakinya. yg tinggal hanya baki minima.

so, semalam tu, kakyang walk in lah ke bank berkaitan untuk tutup acc abg. malangya proses untuk tutup acc adalah hasle. perlukan surat kuasa. so, perkara ni kakyang hold or biarkan je lah. nanti bila dah dpt surat kuasa baru kita p uruskan semula. or biarkan je sampai tempoh auto deactivation acc tu.


>>>> moral of the story kat sini.. kalau korang berharta dan ada share kat mana2, cpt2 lah boh penama. nak lg bagus, buat wasiat. senang urusan waris2. kalau tak boh nama or wasiat, berharta pula juta juta lemon.. pening ler waris nak tuntut hak dia. naik turun mahkamah, entah2 mati dulu waris pun belum tentu tuntutan selesai.

Kalau korang nak baca lg info yg membantu, boleh baca kat blog ni.. http://fuzidss.blogspot.my/2017/02/permohonan-surat-kuasa-di-jabatan-harta.html

2 comments:

Sha Mohamed said...

Rumit juga kalau tak buat wasiat ye..

NazrulBulat said...

Assalamualaikum. Saya ada kad ATM Arwah bapa saya. Yang saya tahu ada duit sikit la dalam akaun. Macamana saya nak tutup akaun Arwah bapa saya tu ye?