Thursday, October 26, 2017

Accident

Pg td kakyang xcdent. terlanggar bumber kereta org depan ketika simpang siur nak tukar lane. 
kakyang dari kiri nak tukar ke lane kanan
org tu dari lane kanan nak masuk simpang kiri
dlm dok brek lepas brek lepas nak masuk kanan tu. 
bummm 
tercium bumper org depan
ni gara2 terlalu rapat dan gara2 tak pasang aircond
enjin ringan sangat. 
laju ja kereta pergi wpun x tekan minyak
huhuhu

korang doa2kan org tu tak caj kakyang lebih2 yer
dia nak sattle luar
nanti dia bg bil utk kakyang bayar
harap2 dia tak ambik kesempatan
dari 1st impression kakyang
dia org yg mudah diajak berbincang 
dan muka mcm baik


doa2kan utk kakyang yer...


25 Oct 2016

semalam genap setahun pemergian abah kakyang
rindu abah!😭

Semoga roh abah tenang dan aman di sana. ditempatkan  bersama para solihin.. aaminn..

Tuesday, October 24, 2017

serunding halia

2,3 minggu yg lepas
office mate kakyang belikan stok bahan mentah utk pantry ofis
kami pesan halia
dia p beli 2 ketul besar.
alamak lupa plak nak snap gambar

lama terbiar halia tu
tak termasak pula bila bhn mentah banyak
end up, depa suruh kakyang bawa balik dan buat lah sesuatu dgn halia tu

kakyang bawa balik last week
ingatkan sempat lah nak bergasak dgn halia tu
rupanya tak sempat

semalam
bila kebosanan tunggu si bujang p tuisyen
kakyang mai mood nak merincih halia tu
gigih uols.. kakyang rincih halia dengan pisau
campur dgn 5 labu bawang putih
ikan bilis segenggam kedekut
tak letak ikan bilis banyak. mahai wei!

makanya...
terhasilllah serunding halia!
bawa p ofis pg ni
2 x masak bubur nasi u.

gara-gara serunding halia. hehehe
serunding halia + bubur nasi


Panic Attack

semalam. masa tengah driving. dah nak sampai s/a dah pun.
tetiba baru perasan, eh. kenapa aircond angin panas?
patutlah kakyang berfeluh2 dlm kereta.

check aircond. on
tutup balik. on kan semula panas juga.

tunggu sampai ke rumah ummi utk ambik anak teruna.
sementara anak teruna turun, kakyang off engine.
on balik.
kot2 aircond back to normal.
angin panas juga.

panic.
alamak.. aircond buat hal pula.
mana kakyang nak tuju utk tlg tengokkan aircond ni?

bila anak bujang masuk kereta je, terus kakyang mengadu ngan dia
dia pun dok mamai2 lg sbb baru bangun tido.
dia pun godek sana, godek sini
di onkan semula aircond tu
suh biar lama sikit

kakyang pun marah2.
ibu dah on cukup lama dah. mmg angin panas!
punya la panic kan..

pastu sambil cari jln balik tu, otak merawang nak cari pomen kat mana ni
masuk p satu kawasan industrial ni
tersalah jalan masuk jln one way la pula
dlm dok nak reverse tu, boleh terpandang kedai pomen +service aircond
terus pusing stereng masuk ke situ
suruh pomen tu tengok
dia kata gas penuh
dia dok godek2 plug apa entah. nak cungkil keluar plug tu
pastu dtg seorang adik yg tak dikenali ni.
dia kata.. kak, under waranty lg kan. p service senter dulu kak. bg service center tengokkan
ok. kakyang cuma nak suruh pomen tu godek2 je pun. dah verify masalah mmg nak p sana juga.
tanya pomen tu. apa masalah?
dia kata compressor x jalan ja
oklah. takyah buat apa2. esok i bawa p service center.

kakyang masuk balik kereta
start engine dan reverse keluar dari workshorp
tetiba dengar si bujang mengeluh
ibu.. oh ibu.. ish ish ish ibu ni
dah ko kenapa along? nak angin balik la kakyang pun
ibu x on button aircond kat bawah ni. mmg la panas!
pappppp! tepuk dahi kyang oiiii
laaaa.. ibu ta terlintas nak tengok butang tu langsung la nak oiii.
ibu x pernah pun tekan tutup buka button tu
nak on aircond, ibu dok main on kat mode kuat/ slow tu je

masyaallah... what a silly me is
mengekek kakyang gelak ngan anak bujang tu dlm kereta
nyaris2 kerugian bayar pomen dan kerugian warranty void. huhuhu

agaknya button tu ter off masa kakyang letakkan smartag reader kat situ td..
punya la panic kan.

ni la masalahnya bila tak pernah ambil tahu pasal kereta. sebiji button pun kakyang tak tahu.
kakyang oh kakyang
huhuhu


Monday, October 23, 2017

22 Sept 2017

Semalam genap sebulan almarhum abg kembali kerahmatullah. kakyang bawa anak2 p ke kubur pg tu. mentelah pula si kecik pun ada. jdnya sebelum dia balik ke asrama, kakyang bawa dia melawat kubur almarhum ayahnya.

setelah sebulan, kakyang rasa anak2 mula merindui ayah depa. terutama si kecik la yg suka zahirkan perasaan dia. si along tu layan kepala dia ja. susah nak teka.

tengoklah ayat memujuk dari budak f3. heheh


Friday, October 20, 2017

Iddah Kematian Suami

Iddah wanita kematian suami x sama dgn iddah wanita yang diceraikan.

bezanya pada: wanita yang kematian suami wajib berkabung selama 4bulan 10hari. oleh sebab itu, automatik iddahnya bersamaan dengan tempoh berkabung.

penerangan details mengenai iddah kematian suami atau diceraikan kakyang baca dari sini..

http://www.islam.gov.my/rujukan/garis-panduan/124-garis-panduan-ber-iddah-bagi-wanita-yang-bercerai-atau-kematian-suami

tambahan info:
wanita yang berkabung kerana kematian suami juga dilarang untuk memakai pakaian yg bercorak yg boleh menarik perhatian dan berwarna based pd kuning dan merah.


Dalilnya hadis Ummu Athiyah RA,”Kami tidak menggunakan celak, tidak menggunakan wewangian, tidak menggunakan baju yang dicelup…” (HR Bukhari no 5341; Muslim no 938).
Berhias dengan baju, maksudnya memakai baju yang bagus-bagus dan berwarna-warni dengan niatan berhias, hal ini dikatakan oleh Imam Syafi’I dan madzabnya (menurut Imam Syaukani, nailul Authar, halaman 1378).
uols boleh search more info dgn en google.

Nota tambahan:
kiraan idah adalah bermula dari tarikh kematian. mengikut bulan islam.

Thursday, October 19, 2017

Apa yang boleh di tuntut bila suami meninggal?

tu contoh soalan yg kakyang search utk dptkan info-info apa yang patut kakyang ambil tindakan bila suami meninggal. harap2 info yg kakyang share sebelum ni dpt membantu org lain juga.

dan ini. kakyang share pengalaman  sendiri semasa buat urusan tuntutan2 yang berkaitan selasa lepas. masa tulis tarikh kat borang-borang tuntutan tu baru perasan tarikh tu cantik pula. 17/10/17.

Khairat Kematian BR1M:
kakyang baru tau info ni sehari sebelum kakyang buat urusan tuntutan, dlm dok semak2 document yg abg tinggalkan, kakyang ternampak benda ni. rupanya BR1M ada khairat kematian yg dinamakan Skim Khairat Kematian (SKK) sebanyak RM1000

tp syaratnya, ada penama waris. hanya waris yg dinamakan boleh tuntut. so, kakyang tak tahu nama kakyang ada ke tidak sebagai penama. so kakyang gamble je lah walk in ke BSN.

rupanya mmg ada nama kakyang. mentelah pula BR1M ni link dgn LHDN. jd, mmg sah lah nama kakyang kat situ. so urusan tuntutan SKK ni mudah sekali.

Dokumen yg diperlukan:
-sijil kematian
-sijil nikah
- ic waris
*semua bawa original dan salinan.

rasanya ada borang kena isi. dush.. lupa plak step ni. lepas kaunter proses, terus dpt cash.

selesai di situ, kakyang pergi pula ke ASB untuk tuntut khairat kematian dan share abg di asb


Khairat kematian ASB dan Share ASB:
disebabkan share ASB abg x seberapa (less $2K). share tersebut boleh terus pindah ke acc kakyang.
just provide nama dan no acc bank. nanti ASB akan bank in terus ke acc ASB dlm tempoh 2 minggu.
Khairat kematian RM200 terus bg cash pd waris. kena bayar duit duti stem dan dptkan t/tangan pesuruh jaya sumpah dlm borang yg diisi tu. (part ni kena ulang alik ke asb memandangkan pesuruh jaya sumpah tu kat luar dari pejabat asb)
*documentation sama seperti BR1M.

**ramai memberi nasihat. share ASB jangan simpan lebih dari 10K. sbb bila lebih dari had tersebut, tuntutan share hanya boleh dituntut melalui mahkamah tinggi, korang fhm2lah mcm mana haslenya nanti.

nampaknya, kakyang kena draw lah certain amount dari ASB nanti. tinggalkan min 10k tu je cukuplah. tanak anak2 kakyang susah nak tuntut nanti.


Khairat Kematian dan simpanan  KWSP 
Khairat kematian adalah RM2500. yg ini akan dipindahkan terus ke acc waris selepas 2 minggu.

Untuk simpanan, jika ada penama, simpanan akan terus di creditkan ke acc penama/waris. jika takde penama, kenalah dptkan surat kuasa dulu. dan kalau nilai melebihi certain amount, kena melalui mahkamah tinggi juga. p
*documentation sama seperti BR1M.

memandangkan saving abg ada seberapa je, jd prosesnya senanglah. katanya 45 working days baru masuk ke acc penama.


Khairat Kematian & Share Bank Rakyat:
*documentation sama juga seperti BR1M.
 Khairat kematian RM1000. Share pula kena tunggu kelulusan. share abg pun sikit je. so tak hassle sangat lah. cuma tempoh prosesnya lama. isi borang apa yg patut di kaunter. staf kaunter semalam bgtau max 6 bulan. baru both akan di pindahkan ke acc bank rakyat waris (kalau ada). atau acc bank lain waris.

Share Mutual Fund di Public Bank
Abg ada 2 share mutual fund di public mutual rupanya. patutlah kakyang terima penyata lain2 harga. pening juga masa mula2 tengok  penyata tu. yg mana satu betulnya ni...

bila ke public mutual, dan diberi penerangan. baru clear. 1 share tu nama bersama dgn kakyang. so, share tu terus boleh dicreditkan ke acc kakyang lepas 2 minggu.

share no 2 tu atas nama abg je. dan takde nama pewaris. jd, kakyang tak boleh tuntut share yg tu.
kena bawa document2 berikut utk buat tuntutan semula nanti..

-documentation yg sama juga seperti BR1M.
+ statement bank pewaris (utk creditkan share nanti)
+ Surat kuasa (yg ni kena dptkan dari pejabat pusaka harta kecil. kalau harta  banyak, dari Amanah rayalah)


Penutupan akaun-akaun bank si mati:
Kalau korang tahu no pin dan ada kad ATM atau access online acc si mati, korang terus je p draw cash or buat transfer online ke acc korang. tinggalkan seminimum mungkin. mcm kes abg, mmg kami sharing same no pin. dan access online ke certain2 acc yg kami gunasama. jd ada a few acc bank abg yg kakyang dah manage transfer/draw bakinya. yg tinggal hanya baki minima.

so, semalam tu, kakyang walk in lah ke bank berkaitan untuk tutup acc abg. malangya proses untuk tutup acc adalah hasle. perlukan surat kuasa. so, perkara ni kakyang hold or biarkan je lah. nanti bila dah dpt surat kuasa baru kita p uruskan semula. or biarkan je sampai tempoh auto deactivation acc tu.


>>>> moral of the story kat sini.. kalau korang berharta dan ada share kat mana2, cpt2 lah boh penama. nak lg bagus, buat wasiat. senang urusan waris2. kalau tak boh nama or wasiat, berharta pula juta juta lemon.. pening ler waris nak tuntut hak dia. naik turun mahkamah, entah2 mati dulu waris pun belum tentu tuntutan selesai.

Kalau korang nak baca lg info yg membantu, boleh baca kat blog ni.. http://fuzidss.blogspot.my/2017/02/permohonan-surat-kuasa-di-jabatan-harta.html

Monday, October 16, 2017

Dalam hati

semalam kakyang beranikan hati drive sendiri ke kubur abg. pergi sebelum ni adik ipar kakyang yg drove.

so semalam, berjaya redah 4 roundbout besar kat s/a ni.. pastu terlepas simpang kubur. x pasal2 terpaksa u-turn. u-turn ni pun problem juga. kakyang x pandai lg bab ni. tp semalam manage buat u-turn sbb jalan tu besar. hahahhaa

bila sampai kubur, terus ke pusara abg. nampak messy sikit sbb kubur sebelah tu nampak di korek2 semula je. berterabur tanahnya. jd, kakyang n along kemas2 sikit tanah dlm kepok abg tu. tanam sepokok pandan. harap2 hiduplah pandan tu.

lepas baca yasin dan betulkan batu tanda, kakyang p basuh kasut kat pancuran yg disediakan. bila pandang ke kubur, rupanya along tengah peluk batu tanda sambil menangis. nampak dia mcm bercakap2. entah apa dia ckp ngan ayahnya tu.

hati kakyang sebak. rupanya along terkesan juga dgn kematian abg. selama ni kakyang ingat along relex sbb dia ada kenangan pahit dgn abg. tp nampaknya, kenangan tu tak seberapa nak dibandingkan dengan hakikat ayah tetap ayah. anak tetap anak. bonding dlm hati hanya allah yang tahu.

doa kakyang, semoga allong berubah ke arah kebaikan.

aaminn

Friday, October 13, 2017

Bila Suami Meninggal Mengejut

kakyang dpt info ni dari group. ada ustaz tempek kat situ. agaknya sbb ustaz teringatkan kes kakyang baru2 dan niat nak bg info. terima kasih banyak2 ustaz..

kakyang c&p kat sini. kot info yg sama boleh membantu org lain yg senasib dgn kakyang.

---------------------
.
Assalamualaikum, terima kasih kalau tulisan saya disiarkan. Sempena hari Jumaat, saya nak sedekah ilnu yang ramai perlukan bila tiba masanya.

Saya kematian suami hampir 4 tahun lalu kerana meningtis atau jangkitan kuman pada otak. Tiba-tiba suami yang sihat ceria terpaksa dikomakan akibat sawan yang tak henti-henti walaupun dia tak pernah ada history epilepsy. Setelah koma 3 minggu, Allah ambil dia. Alhamdulillah, I accept with satisfaction because that is what redha means.

Anyway, saya macam lost sekejap sebab suami yang buat semua semasa hayatnya., sampaikan nak makan apa pun dia yg handle. Alhamdulillah Allah tempatkan insan-insan yang menolong untuk selesaikan bermacam urusan. Banyak benda kena buat sebenarnya tau, especially berkenaan harta pusaka. Saya cuba explain as best as I could but this is going to be lengthy so brace yourself.

1. Pencen Socso- kalau si mati meninggal sebelum usia pencen i.e. 50 tahun dan dia bekerja di company yang mencarum, warisnya akan terima Pencen Penakat. Isteri akan dapat pencen ni seumur hidup walau dia kahwin lain, anak-anak akan dapat hingga tamat belajar. Kiraannya saya tak tahu, kena tanya Socso tapi berdasarkan gaji terakhir. Alhamdulillah majikan saya yang sibuk ambilkan borang dan suruh isi. Saya mrmang tak tahu langsung kewujudan pencen ni. Pastu every year kena submit borang renew pada Socso ye, kalau nak pencen bulanan tu.

2. Loan Rumah- Kalau suami ada beli rumah guna nama dia je, loan akan settle sebab MRTA cover. Tapi kami buat joint loan so hanya separuh loan settle. Saya continue bayar bahagian saya macam biasa tapi tiba-tiba lepas 2 tahun bank call cakap ada tunggakan, banyak giler lak tu, dalam RM10k. Ommo! Apakah? Rupanya kena inform bank untuk buat rescheduling bayaran. Sebabnya bank cakap masa sign agreement loan, kita kata kita akan bayar RM3000 sebulan i.e. separuh suami bayar, separuh saya bayar. So bank expect RM3k tiap bulan. Sikit tak inform, tau2 dah dekat RM10k skali dgn interest lewat byr. Mmg keji. Konon bank Islamik, pinjaman pun Islamik. Hampeh! Sebab bengang dgn pengamal2 riba’ ni, saya settlekan semua loan. Padan muka! Sori, emo lak. So, ingat, sila reschedule monthly payment kalau buat pinjaman bersama. Senang je, isi borang je kat bank.

3. Kereta- ni lagi satu pening. Kalau masa buat loan beli kereta, pastikan ambil insurans ke atas pinjaman tu tau. It’s a different insurance from the car. Insurans kereta yang guna bila accident tu semua biasa kan. Ni insurance macam MRTA yang kita ambil bila buat loan rumah tu. Tak ingat apa namanya tapi kena tanya kat bank, KENA TANYA! Cos they don’t usually volunteer the info sebab rugi kalau owner meninggal, bank kena continue bayar.
Kalau kereta murah bank offer tanpa ditanya tapi kalau yang mahal, takdenye. Kitorang x ambil sebab masa beli kereta tu innsurnce tu baru introduced. Ejen kereta kitorg yg Cina umur 50 tahun tu pun tak tau, bila dia find out siap cakap, “Bank ni jahat, mereka tak beritahu”. Takpelah, saya continue guna kereta tu walau mahal sebab masa arwah pergi, kereta baru beli setahun. Nak trade in tak msmpu sebab loan kat bank byk lg, kena top up puluh ribu. Takpe, Allah sentiasa pastikan rezeki saya cukup.
Satu lagi, kereta tu waris boleh guna sampai bila2 kalau ada Surat Kuasa. Kalau takde surat tu, boleh renew insurance dan road tax up to 3 years je. Surat Kuasa ni saya explain kat bawah nanti. Tapi bila renew road tax kena renew every 6 months, bukan setahun macam biasa ye.

4. Insurans- Kalau si mati ada ambil insurance of course waris dapat pampasan la. Semua tahu kan. Yg saya nak cerita kalau si mati ambil insurance utk org lain, like his kids and wife. Bila dia meninggal, insurance tu akan continue automatically sebab selalunya ia covered by insurance. Alhamdulillah kan?

5. Akaun Bank- Kalau waris tahu no pin kad atm si mati, senang. Saya dan suami tak kongsi maklumat bank, termasuk la no pin. Ye la, kan takleh bgtau org. Lagipun, saya shopaholic sedangkan suami jimat dan suka buat investments. Bahaya la kalau sy tau no pin dia kan? So, bila dia sakit tu, susah la sikit. Mujur saya bekerja. Tapi nak access akaun dia kat bank bergantung kpd jumlah duit dlm akaun. Kalau ada kurang drp RM5k, bank boleh transfer ke akaun waris jika ada akaun di bank yg sama. Jika lebih drp RM5k, duit tu pergi ke Amanah Raya. Kalau melalui Amanah Raya, tak beraya la jawabnya. Haha. Sorry, lame joke.

6. Surat Kuasa- Ok yg ni agak tedious. Waris kena ambil borang di Pejabat Tanah dan senaraikan harta si mati IN DETAIL ye. Harta ni termasuk rumah, tanah, kereta, wang dlm bank, unit amanah, etc., Lepas tu submit ke Pejabat Tanah beserta dokumen berkenaan sbg bukti. Contohnya kalau rumah, kena ada geran. Kalau loan bank tak habis lagi, maknanya geran takde dgn kita selalunya. So kena gi ambil geran sementara. Saya di Selangor jadi saya ambil di Bangunan SUK di Shah Alam. Kena bayar RM50 kalau x silap. Geran sementara tu sah sebulan je tau so lepas settle tu silalah bergegas submit dgn borang Tuntutan Harta Pusaka di Pejabat Tanah.
Lepas tu, tunggu surat utk dipanggil bicara di Mahkamah Rendah kalau nilai harta kurang drp RM5 juta. Sy tunggu dlm sebulan kot. Bila hadir bicara, kena bawa 2 saksi ye. Jangan lupa bawa dokumen sokongan mcm geran tanah, geran kereta, statement bank, etc. Bicara tak lama pun tapi majistret akan tanya soalan tentang si mati. Saya dan saksi (kawan saya) menangis sebab soalan yang ditanya agak brutal (si mati ada beristeri lain? ada anak dgn perempuan lain? dll.)
Pengalaman saya tuntut harta pusaka ni mudah sebab keluarga arwah suami tak nak tuntut apa2 sebab kesiankan anak2 sy. Masuk court pun depa tak nak hadir, sampaikan majistret pun hairan diorg tak nak tuntut sebab arwah suami tinggalkan byk duit. Tapi kalau keluarga si mati tu nak tuntut, itu akan ambil masa, especially untuk capai persetujan semua pihak.
Majistret lepas tu akan buat estimation nilai harta dan kita kena buat bayaran berdasarkan kiraan tu dlm tempoh sebulan rasanya. Kalau dlm RM200k, kena byr dlm RM1000 lebih. Surat Kuasa sbg pentadbir harta boleh ambil di Pejabat Tanah lps sebulan lebih. Doalah supaya Dia permudahkan urusan kita. Surat Kuasa ni penting sangat untuk waris mentadbir dan mengurus harta ye, mcm nak renew road tax n insurance kereta, nak keluarkan duit di bank, unit trust, etc. Simpan elok2 n buat salinan byk2 sbb kadang2 pihak bank akan ambil bila kita buat urusan.

Rasanya ni je kot urusan yg saya boleh share. Seperkara untuk ingatan semua, bila kehilangan dgn krg tersayang, surround yourself with people who remind you about akhirat. Kata2 dr org2 sebegini akan membuatkan kita rasa kematian dia adalah satu khabar gembira kerana dia sudah di barzakh, tak lagi berbuat dosa dan disibukkan dgn hal2 dunia.

Semoga Dia juga memberi kita kesudahan yang baik.

* Minta maaf byk short forms n typos. Penat pula jemari gemuk tulis pjg2.

– Pengalaman Balu Clueless

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tolak rezeki

semalam ada beberapa perkara yg kakyang ralat.
otak ni selow sangat nak pkkan kebaikan di sebaliknya.

pertama:
allah hantar org jual AlQuran sampai depan mata.
tp kakyang hantar org tu balik dgn tangan kosong dan kehampaan
patutnya kakyang beli se sebagai tanda sokongan
pastu wakafkanlah kat mana-mana surau/masjid
dpt juga pahala jika digunakan.
ni gara-gara hati x suka bila salesman masuk ke ofis
sampaikan akal gagal menilai hikmah dan kebaikan di sebaliknya

ke2:
ada org HR call dan ofer utk masukkan nama dlm list pertukaran staf
kakyang decline
gara2 takut kalau2 jabatan baru nanti hasle atau bos tak sebaik bos sekarang
kakyang masih takut nak berubah dan terima cabaran

patutnya think positif dan berlapang dada kan... huhuhu

Thursday, October 12, 2017

Awkward Moment

tak tau nak boh tajuk apa. boh p la tajuk yg related kan..hehehe

kalau korang dok ikut kakyang kat fb, kakyang pernah ceritakan pasal hang kebun rumah kakyang.
cerita bagaimana lama kakyang tak dpt contact hang kebun untuk dtg potong rumput dan kemaskan laman rumah. tetiba bila dpt call hp, anak hang kebun yg jawab dan maklumkan yg hang kebun dah meninggal

kali ni, kakyang berada di tempat anak hang kebun tu.

ada beberapa org customer abg called. diorang cari abg utk urusan jualbeli kereta dan insuran/roadtax kereta. bila diorang kata nak ckp dgn abg, kakyang terpaksa bgtau abg dah meninggal. what a awkward moment.

lepas put down the phone, baru kakyang perasan ofis kakyang tiba2 sunyi. rupanya officemate semua pasang telinga nak dengar mcm mana kakyang respon to this situation. huhuhu

Kerabu kacang botol atau kacang kelisa

kacang yg sama. tp org kay el panggil kacang botol. kg kakyang panggil kacang kelisa.
officemate kakyang bawa dari kampung seplastik semalam. sama dengan pucuk ubi tu.

semalam ramai permintaan minta kakyang buatkan kerabu. disebabkan bahan2 pun semua dah ada, kakyang siap2 bawakan  bumbu kelapa  mesin siap2 dari rumah. tinggal mixkan dgn bahan lain je kat ofis. kebetulan pula ada tomato ceri yg tak termakan. jd kakyang mixkan sekali dlm tu.

inilah hasilnya...

kerabu kacang botol dgn tomato ceri
Resepi? kacang sangat resepinya dik.. yg kakyang buat ni versi mak kakyang. kelapa tak perlu di sangaikan terlebih dahulu.

meh tengok caranya..

- kacang botol/kelisa - hiris nipis utk senang kunyah :P
- bawang kecil/besar - mayang halus
- cili api/besar - mayang halus
- kerisik
- air limau nipis/kasturi - kakyang guna limau kasturi yg ada kat ofis
- garam/gula secukup rasa
- sos nampla - kakyang tambah. boleh kurangkan garam kalau letak sos ni

- bahan yg dimesin halus:
*cili api +cili hidup - ikut suka nak pedas ke tidak
*kelapa parut
*udang kering
*belacan
*bawang merah

caranya:
gaul semua bahan dlm bekas besar. dan perasakan gula garam asamnya bg balance. hidangkan. ratah begitu saja pun sodap dik...
yummy!


Rencang pucuk ubi

Semalam officemate kakyang balik kg. bawa balik sebeban pucuk ubi. makanya... 2  hari berturut2lah kami bermenukan pucuk ubi kat ofis ni.  dapat pula officemate semua kaki makan, fuh. layan merewang kat pantry ofis dik nonnn..

fresh dari kampung

fresh dari kuali
semalam kami bermenukan sup tulang, pucuk ubi rebus cicah air asam kerisik, dan telur dadar.
hari ni menu kerabu kacang botol, ayam goreng kunyit, rendang pucuk ubi.

rendang pucuk ubi ni kakyang dah masak siap2 dari rumah. perpeluh juga lah ketiak tu nak keringkan rendangnya. camner resepi? ala.. kakyang ambik resepi dari cik google jer.. tengok blog org tu, tengok blog org ni. semua sama je resepinya.

bahan2 asas:
*bawang merah/besar
*secekak cili padi. tambah kalau nak pedas lg
*secekak ikan bilis
*seketul kunyit hidup
-semua bhn di blend halus

- pucuk ubi di bersihkan dan ceraikan dari tangkainya
- 2 batang serai dititik
- 3 keping asam keping
- 3 biji santan pekat
- garam gula secukup rasa

caranya:
>lebur semua bahan mesin, santan, serai, dan asam keping dlm kuali. masak sampai pecah minyak (bila santan mula terbit minyak. dah kering sikit maknanya tu). sentiasa kacau supaya tak melekat ke kuali dan masak sekata.
>masukkan pucuk ubi dan kacau terus sampailah kuah dah kering dan jd serbuk mcm rendang kering tu. kalau boleh gula/garam masukkan sebelum betul2 kering supaya tak terlebih manis or masin.  masa ni, pucuk ubi tu akan kehitaman dan garing. dah puas hati keringnya tu, tutup api.

ringkas je kan caranya. sonang bangat tu..  try ler buat kalau nak mengaku senang ke idak. heheheheh
sebenarnya part nak kering tu yg tobat sikit. mau lenguh la lutut dan tumit kaki dok mengeringkan kuah tu. kakyang sampai menari2 masa proses tu. lenguh dik. tangan pun lenguh juga.

nak makan punya pasal kan.. hadap je. hehehe



Monday, October 9, 2017

PT3 exam

hari ni anak kecik kakyang menduduki exam pt3.
harap2 anak ibu dpt menjawab exam dgn tenang.
All the best adik!

Wednesday, October 4, 2017

Dulu vs Sekarang

Dulu. bawa handpon kehulu kehilir takut abg call tak berjawab
sekarang. semak hp tkut2 ada miss call dari abg. baru teringat abg dah takde

dulu. terkocoh2 balik rumah nak uruskan abg
sekarang. terkocoh2 balik rumah. rumah kosong.

dulu. sampai je ofis, kelam kabut mesej abg nak bgtau dah sampai
sekarang. sampai ofis, capai hp nak update dah sampai. baru sedar abg dah takde

dulu. susah hati bila ada org sikit2 nak gaduh
sekarang. susah hati sbb dah takde org nak gaduh


Monday, October 2, 2017

Sijil Kematian

td adik ipar kakyang wasap imej
bila buka rupanya snap shoot sijil kematian arwah abg.
tetiba hati diruntun pilu.
nangis jap bila teringat realiti

AlFatihah utk abg

Solo Drive

hari ni 1st time kakyang drive alone!

not really alone. sbb along ada kat sebelah pg td. kakyang g hantar dia ke sekolah dulu. pastu baru dari situ solo ke ofis.

fuh... gayat. stressed. sampai dahaga dan kelaparan lah jdnya. hehehe

semalam. my BIL dtg. kakyang ingatkan dia nak ambik savy yg dia bg pd arwah abg. rupanya just nak test drive dulu. dan misi memujuk kakyang untuk terus stay kat rumah tu. mcm2 rancangan lah utk elak kakyang keluar. sekat rumah lah, buatkan grill lah, buat tangga lain lah, adik tak balik rumah kalau sofea takde, etc.

adoiii.... redha je la kena dok rumah tu lg