Thursday, May 4, 2017

Ketahui punca masaalah

weekend lepas. kakyang berkesempatan dok bersembang dgn anak2 teruna semasa abg pergi basuh kereta.

tetiba nak tanya diorang mcm mana ayah depa jaga semasa kakyang keluar negara/bertrip overnite luar.  sbb knowing apa yg berlaku dpn mata sekarang, anak2 teruna tu asyik la kena marah sentiasa.

so nak tau la juga kena marah mcm mana kalau time kakyang xde.

surprisingly, anak2 teruna tu bgtau, ayah depa baik sangat masa ibunya xde. diorang rasa dimanjakan. dan si along siap ckp. syok bila ibu takde. ayah bawa along p mana2 saja.

terkejut juga kakyang dengar feedback diorang. hmmm.. nampaknya mmg sah lah kakyang penyebab kesengsaraan anak2 teruna tu.

tp kenapa? apa musababnya?

berbaur2 perasaan sebenarnya. terasa diri dah menyusahkan anak2 teruna tu. sbb kakyang diorang kena marah2.

Ya Allah.. kau tunjukkanlah jalan keluar dari masalah ini.

2 comments:

Sha Mohamed said...

Allah.. Sebak lak membaca entry kak yong nie..
Jawan sama gak sha terima dari anak dara sha nie bila sha tinggalkan mereka dengan ayah mereka..

KakYang said...

rasa sedih kan. tak tahu nak buat mcm mana.