dari last week kakyang kepenatan uruskan kenduri perkahwinan adik ipar.
ala, part kakyang cuma hantaran dan deco goodies
tp sbb goodies tu hal kecik je, kakyang just bg sample mcm mana nak deco goodies tu dan bg pd ipar2 lain utk siapkan. diorang gotong royong adik beradik.
pastu kakyang siapkan hantaran. 3 malam siap. buat pelan2 lepas balik kerja. 7dulang +1 dulang duit maskawin
pastu tiba la hari nikah. nikahnya malam. so semua adik beradik abg dtg rumah. tp ada yg x sudi masuk. dok tunggu je kat luar. abis tu dulang2 hantaran ni sapa nak bawa?
dah selesai bab tu, dtg masalah lain pula. tak tau kerumah pengantin. siapa nak lead?
mula2 abg kepada abg. tp bawa kereta mcm pelesit. yg belakang ni terkial2 nak mengikut. lepas tol, leadnya dah lesap. terkontang kanting semua.
kakak ipar tak sabar. menjerit2 dgn adik dia (abg) dari kereta. abg menjerit semula suruh sabar. yg makciknya pun call kakyang pula tanya tunggu apa lg ni? yg abg baru terkial2 cari gps nak ke rumah pengantin. nauzubillah.
yg jd mangsa siapa? kakyang juga.. kiri kanan jeritkan kakyang. apa lg. hati yg gembira nak dpt biras baru, terus jd tawar.
pastu boleh tersesat pula. cari masjid yg jd check point x jumpa. jumpa pun, tp salah lorong. rupanya lorong ke masjid tu just sebelah lorong yg kami masuk. pemisahnya devider jer. jd dlm gps tak tunjuk jalan lain. dah kakak dia pulak sesat barat ke tempat lain. lg sekali call dan jerit2 where we are.
adoiiii..
gerak dari situ berkumpul pula dpn homestay yg jd tempat nikah tu. buk bak, kecoh sana sini, sattlelah bab nikan.
masuk bab bergambar. nak ambil gambar dgn pengantin. kena halau suruh kemudian. bg adik bradik dulu. ok fine, kakyang ketepi. dah abis adik bradik, anak buah pula. abis anak buah, org lain pula. end up, kakyang bawa diri keluar dan p dok luar.
dah kat luar, baru diorang panggil kakyang utk bergambar. kakyang dah malas nak bergambar. terima kasih aja.
tu cerita hari jumaat. malam nikah.
hari kendurinya hari ahad. havoc lg sekali.
adik beradik berkumpul rumah kakyang lg sekali. pastu takde org nak siapkan adik ipar kakyang. kakyang juga yg turn up tolong. tengah bantu adik dia, abg pula minta kemas meja lah, minta simpan kek lah. adik dia x siap lg pun, dia dah p dok dlm kereta.
aduhaiiii mcm2. ok selesai sampai dah pergi dewan mkn. dah tolak menolak pula sapa nak pergi mkn beradap sekali dgn pengantin. tolak menolak.
bila kakyang suggestkan bg la makcik2 depa, tak mau. nak adik bradik je. adik bradikpun tak mau.
last2, kakyang pk. lantak korang lah. kenduri korang. bukan kenduri aku.
pastu time bergambar. lg sekali jd mcm majlis nikah. kakyang kena tolak tepi bg laluan ke adik bradik dulu yg sampai sudah, takde bergambar dgn family pun. redho je lah.
tp kakyang pandang kes ni sebagai satu hint.
adakah kakyang x akan lama dlm family ni?
adakah itu tandanya?
No comments:
Post a Comment