Tuesday, May 23, 2017

Dinasour Mimaland terlepas

lately ramai pula yg tunjuk gambar p tapak mimaland yg dah tutup tu kan. tengok gambar2 dinasor dlm hutan tu mcm menarik jer.. bila siblings kakyang nak ajak p sana ni..

bila bercerita pasal dinasour, kakyang teringat satu cerita ni. ada ler kena mengena skit dgn dinasor.. meh baca dulu tang mana yg kenanya..

Dah tak ingat bila tahun kejadian ni berlaku. rasanya masa tu dah semester 4. dlm tahun 1995 kot. sbb masa tu kakyang dok kat Blok D.
Malam tu dah dekat tengah malam. kakyang ngan Nana masih lagi dok lepak kat depan bilik tetamu. Bilik tetamu bersebelahan ngan bilik warden. Bukan lepak mcm mana pun, berbual2 dgn arwah anjang dan kawan dia sambil berdiri. Dah tengah malam, nak kena masuk bilik masing2 dah.
So lepas borak2 tu, cukuplah timing kena masuk bilik masing2. Anjang n member dah balik jugak. kakyang baru nak pusing ke asrama, tetiba jer warden perempuan panggil dari celah tingkap bilik warden. kakyang tak ingat warden prempuan tu nama apa. 
Kakyang ngan nana ni menggeletar ler. Apa salah kitorang sampai kena panggil ke bilik warden. kakyang ni pula lurus bendul. Terus jer nak p masuk ke bilik warden. Nana kat belakang kakyang masa tu. Dlm teragak2 kitorang jalan ke bilik warden tu, nana bisik kat belakang.

“nath, lari je nath, dia bukan kenal kita pun. lari je nath.”
Setelah 2,3x nana ckp mcm tu, tetiba jer dengar bunyi tapak kaki nana dah lari dulu. apa lg, kakyang pusing, terus ler ikut jejak langkah dia. tak pernah2 kakyang lari, kali ni lari boleh kalah usin bolt.
masa lari tu kakyang toleh belakang. nak tengok warden kejar tak. Rupa-rupanya, warden prempuan tu pun ikut lari kejar kitorang...Masa tu tudung labuh warden tu kembang. Terus kakyang terbayangkan dinasor yg mcm badak, ada kepak boleh kembang tepi kepala tu..apa nama dia ek? triceratops rasanya kot.

Kakyang ngan nana bedezup lari ke blok B, panjat tangga blok. nana lari masuk bilik Fida. Kakyang lari masuk bilik siapa ntah kat tingkat 4 tu. dah lupa dah. Tercungap2kakyang memanjat tangga. tinggi tu...
A few minutes pastu terus ada announcement, SEMUA PENGHUNI BLOK B BERKUMPUL DI BILIK REHAT! pucat muka kakyang. apa nak buat ni. malu ler kalau kena hukum depan org ramai. Mahu tak mahu kayang turun gak berkumpul kat bawah tu. Nana pun ada. nana siap tukar baju. Ceh! pandai taktik ko ek..
Bila dah berkumpul tu, warden tu ckp, 

"DSK student tinggal, yg lain boleh naik semula."

Alamak! dia kenal rupanya... tahu plak kitorang ni kelas apa ek. Dah tinggal yg DSK jer, baru ler warden tu tanya, 
“siapa yg lari td? Baik mengaku.”

Bila dah mcm tu, kakyang slowly angkat tangan ler. tak mengaku pun, warden tu dah kenal, kalau tak mcm mana dia boleh kata student DSK?
akhirnya kakyang ngan nana kena ikut ke bilik warden. Sampai kat sana lagi kecut perut. Takut En Mat saad ada . dia kan ketua warden yg garang giler tu..

Kat bilik warden tanya kakyang ngan nana dlm nafas yg tercungap2. dia pun kepenatan mengejar rupanya. 

"Naper awak lari?"

Kakyang ni lurus bendul. bila org tanya mesti jawab. kakyang jawab ler: "Ntah"
Warden tu tanya lagi."Awak lari ni mesti ada buat salah kan. Awak tahu ker apa salah awak?"
kakyang yg lurus menjawab lg. Brani plak tu nak menjawab. 

"Tak tahu cik apa salah kami, Cik dah panggil kami masuk bilik warden, mesti ada salah."
Loyar buruk plak..

Warden tu boleh gelak2 lagi bila kayang jwb mcm tu. 

"Penat saya mengejar awak. Saya cuma nak tegur pasal kain awak tu. Jgn pakai kain yg terbelah lagi.." 
Mmg masa tu kakyangpakai kain belah depan warna itam. patutlah langkah mokcik tak agak2 punya..
Tu jer? tu jer salah kami? kekekeke kakyang ngan nana bantai gelak depan2 warden tu. tu jer rupanya. yg sampai lari2 tu apa hal?

Kelakar betul. kami kluar dari bilik warden ngan perasaan geli hati. buat penat jer lari lari. kecoh satu asrama. tp harap2 tak de org tahu pasal ni...

Esoknya tu,jumpa arwah anjang . Dia tanya. "Naper cik Nath mlm td?"
Rupanya benda tu kecoh sampai aspura. Semua org tahu adegan kejar mengejar tu. Kena ler kakyang citer kat dia jugak...

Dan alkisahnya, masa adegan kejar mengejar tu, ada org lain yg sama2 lari ngan kakyang n nana. kelakar tul bila dengar citer ni.

Echa cerita dgn kami, dia ngan ziana sama2 lari bila tengok kami lari. kakyang tanya apasal korang lari?
echa kata, sbb kitorang lari, diorang pun ikut lari. wakaaka kelakar... kelakar tul..sampai sekarang time kakyang tulis ni, kakyang masih gelak giler. sampai keluar air mata gelihati sbb diorang lari..
tp apa pun.. kejadian ni dah jd satu memori yg paling indah di zaman remaja. Mana nak cari lagi memori menakal mcm ni di waktu usia dah lewat gini. ye dak?
Rupanya, kakyang ni dulu2 boleh tahan nakal gak eh...
p/s: kengkawan yg terlibat dlm insiden ni, sorry ye kalau story ni tak brapa accurate.  dah tak ingat detail sngat, almaklumlah dah tuaaaa

No comments: