Ini bukan plan otak seminit. Tp plan otak mereng sebenarnya. kikiki
Tuesday, May 28, 2024
Camping: Plan otak mereng
Tuesday, April 9, 2024
Gunung Binaiya: The Closure
Turun sahaja dari Desa Piliana, kami singgah ke Kolam Ninivala yang terletak hanya beberapa meter di bawah desa tersebut. nak jalan kaki dari desa pun boleh. tapi memandangkan kami akan terus bergerak ke destinasi selanjutnya, kami terus menaiki kenderaan bersama semua beg.
Kolam Ninivala adalah kolam mata air tertinggi di Pulau Seram. Pada mulanya kakyang tak perasan ini kolam mata air. kakyang ingatkan kolam ini adalah kolam air panas bersulfur dari mana-mana anak sungai sekitarnya sebab airnya seperti berasap dan warna kebiruan yang sangat cantik. bila makin mendekat, rupanya itu bukan asap. dan dpt di lihat buih-buih (buble-buble) kecil keluar dari dasar kolam. yg kelihatan spt asap itu adalah dasar kolam tersebut. Kakyang hulurkan kaki mencecah air utk rasa tahap sejuknya. Masyaallah sejuk. mcm air ais. Kalau ikut hati, nak je terjun mandi dalam tu. tp memandangkan nak salin baju susah, kakyang batalkan niat. Lgpun platform kayu di situ sangat licin. kakyang agak cuak takut tergelincir.
Air dari kolam ini kemudiannya mengalir turun menjadi air terjun dan sungai ke bawah.
Kemudiannya kami menyambung kembali perjalanan turun ke destinasi selanjutnya. sebelum itu kami sempat singgah ke rumah Abang Yusof dan menikmati hasil tanamannya seperti air kelapa, nenasnya yang manis, buah salak. setelah puas merayau di kebunnya, kami meneruskan perjalan ke Negeri Seleman.
Perjalanan yang mengambil masa beberapa jam ini merentas bukit bukau ke utara Pulau Seram. Kami tiba di sana ketika hari dah hampir petang dan akan bermalam satu homestay di sini. Empunya homestay minta kami standby camera dan video kerana sebentar lagi sekitar waktu magrib, akan ada burung lusiala yang akan keluar dari gua di permatang bukit di hadapan desa tersebut. Khabarnya dahulu org kampung hanya berpandukan burung ini untuk menentukan waktu berbuka kerana burung ini hanya akan keluar dari sarang pada waktu magrib dan kembali ke sarang bila subuh menjelma.
'Burung lusiala' ini sebenarnya adalah sejenis kelawar.
pagi esoknya kami berjalan kaki ke jeti berdekatan untuk menaiki boat untuk explore pantai ora, mata air belanda dan juga Keramba Cinta. kami tak dpt berlama di sini kerana dijadualkan untuk kembali semula ke ambon dengan feri di sebelah petangnya.
Selesai lunch, kami terus loading barang ke kenderaan dan terus menuju ke pelabuhan alamahai untuk kembali pulang ke Ambon.
Dalam perjalan ke hotel, kami sempat singgah menikmati rojak di Pantai Natsepa. Rojaknya agak special kerana kuah di adun sewaktu order sahaja dan kuahnya ada rasa-rasa buah pala.
Sekitar petang, kami sampai ke hotel sebelum berangkat kembali semula ke Kuala Lumpur
![]() |
| belum sempat balik KL depa dah mula bincang trip baru. huh! |
Gunung Binaiya: The Adventure part-4
Hari ini hari terakhir trekking untuk kembali semula ke basecamp Desa Piliana. Bangun pagi dgn perasaan segar, puas, bangga dan semagat lain macam dengan kejayaan menawan puncak semalam walaupun tahu hari ini bakal menempuh 1 hari lagi perjalanan yang sangat panjang. Bayangkan masa naik 2 hari, masa nak turun 1 hari je? jarak perjalanan 2 hari di compresskan menjadi 1 hari. alasannya.. trek menurun sahaja. Ya. turun lah sangat. huhu

Dari puncak Manukupa, trek agak melandai naik turun roller coster mencelah mossy tebal sebagaimana datang haritu. Hujan lebat mula turun. menambah kan sukar perjalanan. Seperti biasa, kakyang sampai ke shelter 3 untuk regroup 30 minit lewat dari yang lain. masalahnya, nak naik pondok kena buka kasut. bila buka kasut dlm basah ni, mmg merempan lah bila nak pakai semula nanti. yg sedia basah kehujanan dan cuaca yg sejuk, makin sejuklah jadinya. Melihat keadaan kakyang yang dah menggigil kesejukan, abg adam terus hulurkan ground biru untuk buat cover badan sementara sementara menanti que untuk bergerak semula. Terus teringat kenangan stranded di Apad Runan dengan jaket biru. huhu.
Setelah semua ready, kami menyambung perjalanan. jauh lagi ni nak ke basecamp. hujan makin lebat. trek makin benyai. tambah lagi dengan rupa trek menurun yang berbatu licin dan berlumut menyukarkan lagi langkah kakyang. kakyang tengok si ipen ni turun macam takde apa-apa je. dengan tak pakai kasutnya, dengan seluar pendeknya. yg kakyang ni dlm hati-hati memijak pun asyiklah nak slide jatuh. asyik ipen kena sendal diri dia sebagai penampan dari kakyang terjelincir. pada keadaan trek yang tak bertebing, dia siap buatkan trek baru yang lebih aman utk kakyang. setelah beberapa jam meredah trek lunyai dalam hujan, akhirnya kakyang sampai ke shelter 2 untuk lunch time yang dah terbabas. lunch hanya nasi kosong berkuahkan megi jer. aduhhhh.. dlm kepala dok fikir mana boleh jadi lunch gini je. perjalanan turun ke basecamp dijangka lebih 6-7 jam lagi ni.
Rupanya kepala air tengah melewati sungai. sungai yang hari pertama dilalui dgn airnya jernih dan cetek separas betis dah melimpahkan air lumpur hingga ke tebing menenggelamkan batu-batu besar di dalamnya. mcm mana nak cross ke tebing sana ni?![]() |
| the team bersama guide dan porter |

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)



.jpeg)


.jpeg)





.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)








.jpeg)
