Friday, March 27, 2026

Bukit Raya: The Hike

 kalau korang nak baca cerita perjalanan sebelum hike, gi cari kot post utamanya ya. situ KY dah siap bagi link utk ke post lebih details.

Hike masuk ke bukit raya bermula dari base camp Rantau Malam. kami bergerak agak t/hari kerana kelewatan tiba dari nanga Pinoh yang mengambil masa 1hari setengah perjalanan disebabkan masalah bot kehabisan minyak beberapa kali.

setibanya di BC, kami terus kemas2 barang apa yg patut untuk diberi kepada porter, yg nak ditinggalkan dikumpulkan dlm beg besar dan diletakkan dlm bilik BC, lunch dan selanjutnya memulakan upacara adat dgn memakai gelang akar kayu sebelum mulakan perjalanan.

Perjalanan dimulakan dengan turun semula ke tebing sungai yg kami sampai tadi dan cross ke tebing sebelah. kedalaman air hanya sekitar paras betis dan agak mudah. hanya perlu berhati-hati sebab batu2 sungainya bulat2 dan licin berlumut. 

Bayangkan mula perjalanan dengan matahari tegak atas kepala? aduh.. satu keadaan yg melemahkan akak. tp nasib baiklah tuk perjalanan hari tersebut jalan agak landai  beraalun dan melalui kebun , jalan org kampung. untuk sampai ke chx point Karong HP pun mengambil masa 3 jam. 

Kami sampai ke campsite 1 untuk hari tersebut sekitar 720malam. guide dan porter agak impress dengan kami kerana kata mereka, biasanya group2 yg lalu mengambil masa sekitar 1 hari perjalana untuk sampai sejauh itu. manakala kami pula agak terpinnya dgn statement tersebut. aaitt.. ye ke??

kakyang tempek dulu summary kat sini. kejar masa nak selesaikan task kerja sedikit dulu

Rantau Malam 2pmselepas upacara adat - Korong HP 545pm - Sg.Menyanoi (Pos 3) - Sg.Mangan (Pos 4) - Hulu Rabang (Pos 5) 720m Dayak Udanum


Hari 4 : 17.09.2024 - D2

Hulu Rabang (Pos 5) - Hulu Jelundung (Pos 6) - Linang (Pos 7) 1260m


Hari 5 : 18.09.2024 - D3🔺️

Linang (Pos 7) - Soa Tohutung (Pos 8) - Jempol Cliffs - Gunung Bukit Raya /Puncak Kakam - Linang (Pos 7)


Hari 6 : 19.09.2024 - D4

Linang (Pos 7) - Hulu Jelundung (Pos 6) - Hulu Rabang (Pos 5)  - Sg. Mangan (Pos 4) Sg Menyanoi (Pos 3) -  Korong HP - Rantau Malam

Bukit Raya: Perjalanan Darat

Seminggu sebelum flight seperti yang dijadualkan utk trip bukit raya, KY dpt maklumat flight MAS dibatalkan dan tiada flight replacement. Yg ini agak kecoh sikit sebab masa tu ada isu staf mas mogok dan banyak flight mas pada tarikh tersebut dibatalkan. kalau tak silap, ada yg dpt tiket replacement dan ada yg dah berjam2 tunggu di kaunter mas pun tak dpt tiket juga.

KY malas nak bersesak dan buang masa di kaunter. once confirmed berita ada banyak masalah utk dptkan tiket replacement, KY terus batalkan tiket tersebut dan beli tiket pergi naik AA. kos tiket baru sehala shj mcm cost tiket haritu yg returned. aduhaiiii.. hadap je lah tambahan kos tersebut mentelah trip semua telah di bayar.

Sampai di kuching, kami bermalam dulu di hotel yang berdekatan dengan bus stand Kuching kerana kami akan menaiki bas untuk masuk ke kalimantan melalui jalan darat. Bas yang dinaiki adalah bas ke Pontianak, Kalimantan jam 9am. dari hotel ke bus sentral hanya beberapa minit perjalanan kaki. Sham yang uruskan semua pembelian tiket. kat sini kena tunjukkan passport sekali. 

dari Kuching akan melalui bandar Serian. bas berhenti di sini dlm 1 jm rasanya untuk semua penumpang refreshkan diri, toilet atau alas perut sebelum sambung lg perjalanan untuk masuk ke border, Tebedu. 

eh jap.. sebelum tu. meh kita cerita mabuk dlm bas. hahahhaha yg ini best juga ceritanya.

kami beli tiket bas dan mengambil seat di hadapan kebanyakkannya. ada yg single seat, ada yg sharing. pilih seat depan kerana nak elak mabuk dgn goyangan bas dlm perjalanan yg panjang.

alkisahnya.. masa dok tunggu semua penumpang bording tu, naiklah seorang pakcik ni. biasalah kan. bas kami bercampur dgn warga setempat dan seberang yang masing2 dng urusan tersendiri.   Masa pakcik tu lalu tepi KY, kakyang dah tercium bau sesuatu. positif lagi. 

bila bas mula berjalan, pintu dah ditutup, aircond dah mula berfungsi, maka bermulahlah episod yang tidak menyenangkan. bau sesuatua yg KY terhidu dari awal tadi mula semerbak memenuhi ruang beraicond bas. Korang bayangkan, bau yg tidak enak dlm bilik berekon, mcm mana rasanya? sesak nafas juga kan?

KY ingatkan KY je yg terhidu begitu, manalah tau hidung KY ni over sensitif lebih. rupanya semua kawan2 pun bau yg sama. dari KY je yg mula tersapu2 minyak angin kat hidung, dah semua minta minyak angin kakyang sbb tak tahan dgn bau tersebut. kami mula berckp2 sesama kami. bau apa ni? bau apa ni. ada yg kata bau tuak, ada yg kata bau pekasam, ada yg kata bau ikan kering. ada yg kata bau badan kot? yg pasti baunya mcm busuk sangat. mcm benda yg diperam.

menahan-nahanlah nak termuntah semua org dlm bas tu. bila bas berhenti berehat di serian jer, terus semua org turun dan menarik nafas lega. tp jap lagi nak kena hadap balik utk sambung perjalanan ke border. mcm tu lah sampailah kami turun di sosok, kalimantan. fuh lega rasanya.

total perjalanan dengan bas dari kuching ke Sosok, kalimantan ni lebih kurang 4 jam juga. Kami tunggu Ancha di Sosok kerana ancha telah berada di Pontianak untuk pick up Farid yang turun dari Singapura. 

Sementara menunggu mereka sampai, kami sempatlah alas perut makan tengah nasi padang di kedai sekitar simpang tersebut. Bila kami mendapat perkhabaran dari Ancha bahawa flight  Farid delay, kami terus mencari masjid untuk tunpag berehat. Masjid tersebut terletak beberapa km dari simpang Sosok.  Kami ke sana dgn bantuan keluarga pemilik kedai nasi padang tersebut dgn menaiki motor. hahahhahaha ada org usha2 anak dara pemilik nasi padang tersebut. tersipu-sipu malu orgnya  bila kena usik. dan nasib baik lah org tu masa tu belum kawin lagi. kalau dah kawin tu... siap kau aku report kat bini kau nanti! hahha

dari jangkaan bertolak ke Nanga Pinoh siang, telah berubah menjadi malam bila ancha akhirnya tiba di masjid yang menjadi tempat kami berehat tu sekitar jam 9 malam. perjalanan ke Nanga Pinoh mengambil masa 5 jam selanjutnya. 

Sesampai je di nanga pinoh, kami terus mencari hotel bajet murah sementra menanti pagi untuk meneruskan perjalanan selanjutnya melalu jalan sungai. dan urusan pendaftaran untuk masuk ke taman negara bukit raya semuanya di lakukan di sini.

jom layan gambar.













ready utk travel sungai pula




Gunung Bukit Raya : Cerita sungai

cerita sungai. seperti sedia maklum dlm intro awal trip Bukit Raya ni melalui beberapa fasa perjalanan.

Perjalanan sungai bermula setibanya kami di Nanga Pinoh sebagai pengkalan pertama sebelum menyelusuri Sungai Serawai menuju ke Rantau Malam di mana terletaknya basecamp ke Bukit Raya. Pd org sana, Serawai tu mcm Sarawak. mungkin masa dulu sebelum pecah dan tadbir, mereka adalah satu kawasan yg sama dgn Sarawak kita (kalau tengok dlm peta, Serawai ni mmg bersempadan dgn Sarawak kita pun). Kalau tengok dari budaya, bahasa, cara kehidupan, hiasan2 corak senibina diorang pun, mmg sebijik mcm kita nampak di Sarawak.

Ok. back to cerita sungai tadi. masa kami sampai ke Nanga Pinoh dah lewat t/malam. sekitar jam 2 pagi kalau tak silap. kami terlewat dari jadual disebabkan terkandas di simpang Sosok menunggu farid yg turun kat Pontianak dari singapore. bila sampai situ dah lewat. makanya kami menginap di hotel dlm pekan Nanga Pinoh dahulu.

next morning. awal pg kami dah chx out dan angkut barang ke sungai untuk naik speed boat. 1 boat boleh muat dlm 4@5 org shj termasuk luggage dan pemandu. luggage akan diletakkan kat depan boat, dan penumpang di belakang. berat luggage juga diambil kira dlm perkara ini. jika luggage terlebih, boat akan kurang power dan akan consume minyak yg lebih. kira milage akan berkurang lah dgn kapasiti tank. takut nanti tak sempat sampai ke stesyen minyak terapung.

ceritanya.. tak pasti apa yg tak kena dgn boat kitorang, asyiklah minyak habis. suspected over weight. tak tahu lah luggage yg terlebih berat, atau org-org yang di dalamnya yg terlebih berat (read: KY lah tu. usik mereka. sbb KY yang paling gemuk) kekeke. dlm perjalanan tu dok nampaklah driver bot tu asyiklah dok betul2kan beg kat dpn. tak kan lah nak betulkan penumpang pulak. ahaks

bayangkan, tengah speeding di tengah sungai yg besar tu, tetiba bot ko mati engin. hah sudah!. hanyut lah semula kami berkilometer ke belakang sementara menanti bantuan minyak sampai. tp pelik tak, mcm mana bantuan minyak tu boleh sampai pada kami? driver bot tu bukan ada buat call ke sesiapa pun. bila tahu takde masalah bab supply minyak, legalah sikit.

lepas dah topup minyak dan adjust lg apa yg patut, bot luncur semula. tak lama lepas tu, masalah abis minyak jadi lg. kalau tak silap KY, 4x bot kami habis minyak. yg last tu sebelum minyak habis, driver suruh kami turun dulu kat satu pelantar dan dia betulkan semula kedudukan luggage2 etc. disebabkan isu kehabisan minyak ini, kami dah terlewat sampai ke Serawai dah lewat petang. 

rupanya sepanjang sungai serawai tu, banyak je pelantar2/stesyen minyak terapung. tepi2 sungai ni ada perkampungan. dan sungai adalah antara medium perhubungan utama diorang. sepanjang mudik ke hulu tu kita akan sentiasa berselisih dgn speed bot penduduk, boleh nampak kampung2, boleh nampak jentera-jentera korek emas, ada stesyen minyak, ada kedai runcit terapung, ada RnR terapung. tandas2 berderet di tepian sungai. dannnn..kadang2 dpt bonus juga. boleh nampak perempuan mandi berkemban @ half naked tengah mandi di tepi sungai. hahahhahaah 

kalau ternampak mcm ni, KY dan kak lina akan cepat2 bagi warning kat member lelaki utk tutup mata. tp biasalah... nakal juga mata masing2 tu. :P

Di Serawai pula, kami perlu tukar bot ke sampan panjang untuk mula masuk ke sungai menghala ke Rantau Malam.  Disebabkan kelewatan kami sampai di Serawai atas masalah kehabisan minyak berkali-kali, kami terpaksa bermalam pula di Serawai kerana sampan panjang tidak berjalan kalau dah lewat petang kerana perjalanan dari situ ke rantau malam pun akan mengambil masa yang berjam-jam. tambahan pula, air sungai yang cetek dan sungai yang berbatu akan merisikokan sampan. 

Awal pagi esoknya kami teruskan perjalanan masuk ke Rantau Malam. Sungai ke sana agak cetek disebabkan musim kemarau. Airnya sangat jernih hinggakan kami boleh nampak batu-batu di dasar sungai. Ada ketika kami terpaksa turun dari sampan kerana sangkut dan sampan perlu di tolak hingga ke kawasan yang sedikit dalam. 

Perjalanan masuk ke Rantau malam mengambil masa 4 jam. kami tiba di tebing sungai sekitar t/hari.

Jom layan gambar2 menarik sekitar perjalanan dgn sungai dlm trip ini.
























sempat ootd di pokok mati ketika bot berhenti singgah rehatkan engin sekejap

 
ootd sekejap di sungai susur masuk ke Rantau Malam.