Monday, July 29, 2024

Gunung Mulu - Day 1

akhirnya, tibalah hari di nanti untuk merialisasikan trip Mulu. Kami tiba di miri sehari awal dan flight maswing ke mulu pada keesokannya.  dari airport, kami mengambil teksi sapu dari org kampung yang sentiasa ada standby di luar airport mulu utk membawa pelancong ke Mulu Park.

 

setibanya di mulu park, terus kakyang uruskan pendaftaran, guide dan porter. perjalanan day 1 kami bermula sebaik sahaja semua urusan selesai. sekitar jam 3 petang kami mulakan langkah utk hari pertama. Bismillah

gambar kenangan sebelum mulakan xpdc

Perjalanan hari pertama dimulakan dari mulu park melalui platform kayu sejauh 1.3km sebelum perjalanan di lencongkan ke trek denai canopy sejauh 1.7km pula. nampak flat je kan? ya flat jer. tp berpeluh juga beb. trek denai canopy agak lembab dan lecak dan ada masa terpaksa mencari kawasan kering utk berpijak. Day 1 dik, malaslah lagi nak kotorkan kasut, basahkan stoken. ada lintas beberapa anak sungai kecil. pandai2lah mencari batu pijak utk tidak basahkan kasut. sepanjang trek kita akan berselisih dgn pelancong asing yg berminat dgn flora dan fauna negara kita.


1.3 km platform berakhir di tangga ini sebelum mula masuk denai canopy

jalan denai canopy berakhir dgn menyeberangi sungai besar. jika hujan dan air naik, anda mungkin tak dibenarkan untuk seberang sungai ini. Sungai yg terakhir agak besar dan perlu melintas jeram tersebut. kakyang pula tak menggunakan tongkat pada masa ini. mentelah pula awal-awal guide kata tak perlu pakai tongkat kak. jln flat shj. tp kakyang lupa yang kaki kakyang ni bermasalah. time melangkah batu-batu sungai dlm jeram tersebut, time tu perlu imbangkan badan dan melawan arus. apa lagi... mendapatlah bila hilang imbangan dan terjatuh dlm sungai. aduh...

hari pertama lagi kakyang dah buat hal. jatuh dlm sungai disebabkan tak dpt imbang badan. tahu tak apa yg diselamatkan terlebih dahulu bila dah terjatuh gini?


ambil kesempatan bergambar dgn view yg lawa gini

Selepas berehat seketika di tebing sungai yang berbatu kecil, kami menyambung lagi perjalanan dan mula memasuki pintu rimba sebenar untuk ke Kem 1.  Trek agak flat dan sedikit demi sedikit menaik. ada kala perlu meniti kayu untuk menyeberang parit air kecil, ada kala perlu melencong sedikit mencari trek kering dan ada kala meniti balak licin.

Dalam pertengahan jalan, tiba-tiba kaki kakyang tersadung akar. Alhamdulillah tak jatuh. tapi lutut meletup dan terasa kesakitan yang amat sangat. terdiam sekejap kakyang di tengah trek mencari kekuatan untuk meletak langkah. perlahan-lahan kakyang atur langkah mengawal kesakitan. risau.! Day 1 dah ada kecederaan. dlm hati dok berdoa semoga sakit tu akan hilang segera.

20 minit kemudian kami tiba di Kem 1 lewat petang hampir maghrib. 

"Kak, dibawah ada waterfall kalau mau mandi. segera turun sebelum makin gelap. Mandilah. rugi kalau tida mandi di sini. nanti di atas tidak boleh mandi lagi. tiada lg sungai."

terus kami bergegas capai apa yg patut dan turun menikmati nikmatnya mandi air dingin.

Bergambar di Kem 1 pd hari terakhir. tak sempat nak bergambar di sini pd hari pertama.



Gunung Mulu - The Preparation

 bila shj kawan-kawan rapat tahu kakyang confirmed ke Mulu, terus semua dok ingatkan kakyang utk training. bila lama diorang tak nampak KY updata apa2, terus diorang pm ingatkan atau ajak join training.

Kak. jom backyard santai-santai.
Kak. training kak. training.
Kak. mulu tak lama lagi. jom training.

makin lama, training depa makin keras. apatah lagi selepas geng che fauzan balik dari Mulu.

"Nath, training nath. mulu lebih teruk dari kita naik tambuyukon dulu!" review che fauzan.
"good luck for mulu nanti ye kak" awal-awal lagi pyan dah bg reminder hint.
"lg susah dari murud. jauh, lama dan roller coster." tambahnya.

aduh... ketaq ni. lebih ketaq bila dengar cerita mereka berdua. lebih-lebih lagi che fauzan keep on push suruh training dan siap arrange training mini tahan seminggu sebelum berangkat.

sayangnya KY terpaksa decline training tersebut bila kaki injured teruk hasil training di Nuang via pangsun minggu sebelumnya.

Turun dari Nuang, urat kaki kakyang tegang semacam masa tu. nak melangkah dan drive pun sakit gila. dalam hati dah risau sempat ke baiknya ni?





Gunung Mulu - The spark

nak pencen.
nak pencen.

itulah yang kakyang dok ratipkan tiap kali habis mana-mana trip gunung. makin lama makin beratip nak pencen bila perasan fitness makin ke laut.

dulu beza dgn org dpn cuma 10 minit, lama-lama bertukar jd 15 minit, pastu 30minit dan yg terbaru jdnya 1 jam. haduh haduh haduh.. parah ni

tp tak pencen-pencen juga bila satu gunung ni masih belum dpt di realisasikan. selagi tak selesai yg ini, selagi itulah kakyang terpaksa naik gunung lain utk buat training.

punca bertangguh gunung nan satu ni adalah kerana takde org yg nak temankan ke sana. nak ikut group luar, mcm dah tak syok. risau org tak boleh terima pace kakyang. bila ajak kawan-kawan yg rapat, mostly dah pergi dan takmau bazir ulang gunung yg sama pula.

terakhir, bila che fauzan bgtau dia akan ke mulu dgn kwn-kawan uninya, kakyang dah nak join, tp bila kekangan kerja ofis, buatkan kakyang tercicir lagi sekali. hmmmmm

nekad nak tutup buku, kakyang nekad juga cari line up dan buat trip sendiri. merata ofer secara diam dgn kwn2 hiking yg rapat. mostly tak dpt ikut sbb tak ready. sampaikan kyang merajuk. solo jelah. mahal pun mahal lah. janji selesai. cepat selesai, cepat boleh tutup buku. cepat boleh focus xtvt lain pula. ha gitu..

tak lama lepas kakyang dah sahkan dgn Mulu Park utk hike solo. seorang demi seorang kawan-kawan yang pernah kakyang lobi utk join turned up. dari seorang jd berdua, pastu bertiga dan lastnya ber5. Alhamdulillah! cukuplah 5 sahaja. senang nak handle.







Friday, July 12, 2024

Adikku Dalam Kenangan

 Sudah hampir sebulan adik KY pergi mengadap penciptaNya.

pagi tadi masa drive keluar dari rumah, auto KY terbayang apa terjadi di awal pagi rabu tanggal 19 Jun 2024.
Baru 15 minit keluar dari rumah menuju ke pejabat, hp KY yg tersangkut di dashboard kereta berdering. Nama 'Siti @ mizon' terpampang blinking di screen hp.
hati berdegup kencang. badan terus rasa ribu-ribu. a call dari family di awal pagi adalah sesuatu yang tidak menyenangkan. tambahan pula keluarga kami bukanlah keluarga yg suka-suka nak telefon menyembang basa basi tanpa perkara penting.
tangan kanan di stereng diperkemaskan. jari manis kiri cepat slide screen phone ke atas untuk menerima panggilan tersebut.
"Ya Siti?" tanpa sebarang salam pembuka bicara KY terus to the point.
"Kak Teh! Mizon!.. Mizon!.." dan patah-patah bicara adik ipar KY selanjutnya berselang-selikan dgn raungan. line hp pula tak berapa cantik mentelah KY sedang melalui jalan berbukit.
Yang KY dapat tangkap.. mungkin tadak. tak tau. tak dpt pengesahan. cpt kakteh. mizon. keluarga.
Pandai-pandailah KY untuk menyambung perkataan-perkataan tersebut ikut pemahaman sendiri.
tergoyang seketika stereng di tangan bila menyedari makna panggilan tersebut. tenang KY. tenang.

sambil drive, sambil KY dail no abg long. setelah beberapa kali call tak berjawab, KY call pula kak long. juga tak berjawab. ok passed. next!
KY dail pula no abg cik di kampung. selepas seketika, abg cik jwb.
"Abg cik, adik mizon mungkin dah tadak. cheq tak dpt info sebenar lagi sbb line dgn siti pun putus-putus. tlg maklumkan semua adik bradik kita. cheq nak terus p sana."
itu je ayat KY kepada abg kedua. terus navigate kereta ke rumah adik di kajang. hati masih kencang. kacau. antara cuba digest kenyataan; dan harapan semoga apa yg tidak ingin terjadi tidak terjadi.
Sesampainya di sana, sekujur tubuh sudah bertutup litup dengan kain batik panjang di tengah ruang tamu rumah adik mengesahkan kenyataan yang sebenarnya. KY terus mencari adik ipar yang sedang bersimpuh ditemani bondanya tidak jauh dari situ.
"siti.."
"kak teh!!"
hanya esak tangis dan pelukan erat yang dapat KY berikan kepada adik ipar yang kehilangan suami tersayang.
seterusnya hanya tuhan yang tahu perasaan kami ketika itu. Abg Long dan kak long sampai setelah jenazah adik telah dibawa ke surau berdekatan untuk dimandikan. Anak kecil KY sampai sejurus kemudian dan terus join masuk ke dalam bilik turut bantu mandikan jenazah pakciknya.
Usai solat jenazah, imam memanggil abg long untuk menyampaikan pesanan kepada khariah.
"saya, mewakili keluarga arwah adik saya, ingin..." ayat-ayat selanjutnya abg long lafazkan dlm sebak. ini pertama kali KY lihat abg long menangis.
Abgcik, kakchaq dan adik-adik yg lain sampai lewat petang setelah jenazah dikebumikan selepas zohor. mereka bertegas hendak terus ke kubur terlebih dahulu. Hanya adik di sabah sahaja yang tidak dapat pulang.
"adik kita dah jumpa mak dan abah di sana". ucap abgcik ketika berteleku di tepi kuburan adik. tiada siapa yang menyahut statement tersebut. agaknya masing-masing sedang bermonolong dgn hati dan perasaan sendiri.
KY memandang belakang adik beradik. dah terkurang satu adik bradik aku. tak akan pernah lengkap lagi jika berkumpul selepas ini.
KY dah kehilangan the one and only adik lelaki. adik lelaki yg tak banyak cakap. adik lelaki yg tak banyak songeh. org buat kelakar gelak terbahak, dia hanya senyum simpul. org membawang anyam ketupat bagai nak rak, dia cuma pasang telinga dan dengar. jika ada perkara yg dia sangat tidak setuju, barulah dia bersuara pendek utarakan pendapat. tapi tidak bertegang urat.
inilah adik lelaki yang selalu dekat dengan KY. mungkin disebabkan kami sama-sama kerja di selangor, membuatkan dia lebih senang mencari KY jika ada sebarang masalah.

"kak, org nak sewa rumah aku buat surau." " ko berikan je free, pahala utk ko tu. rumah ko pun berkat"

pernah beberapa tahun dahulu, dia tiba-tiba call dan bgtau ada berdekatan rumah. rupanya motornya rosak dan hantar repair di workshop berdekatan.
sesampainya KY di situ, terus nampak adik tengah duduk di tepi devider jalan.
"kak. aku tadak duit nak bayar upah repair." ucapnya dgn buat muka kesian.
hahahahhaha aduhai. adik.. oh adik.
ko adik. dan aku kakak kan? mana ada kakak yang tidak kasihkan adiknya.
di lain kesempatan,
"kak, ko ada kat rumah tak? aku nak dtg hantar daging korban."
"adik, ko free tak minggu ni, meh dtg rumah makan. aku ajak abg long sekali."
"kak, nak hantar jeruk maman yang ko teringin tu."
"adik, ko raya mana? kalau tak balik kampung, meh raya sama-sama kat sini. aku roger abg long kak long sekali."
"kak, aku baru balik candat sotong. dpt banyak. ko nak ke?"
itulah antara dialog-dialog biasa KY dan adik ucapkan. mmg tak banyak cerita lain sbb kami adik beradik mmg jenis pendiam. berckp yang penting shj.
diam tak bermakna tak sayang!

Damailah kamu di sana adikku...
Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya yang lebih baiki daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka. – Riwayat Muslim (963)
nukilan dari rakan sekerja adik sebagai kenangan ..
Moga Husnul Khatimah!!
Hari yang panjang….
Sampai awal di opis.. sebelum memulakan rutin bacaan doa utk Institusi setiap rabu.
Dapat panggilan dari Kak Ct maklumkan Abg Husmizol telah ‘Tiada’.
Semalam arwah masih sama bekerja dengan kami. Bacaan doa ‘Terhenti’ dirangkap “kurniakanlah kami sebaik2 kematian..”
Terus pergi ke rumah arwah di Kajang.
Arwah meninggal tika masih berwudhuk..
Suasana dari pagi sampailah ke petang redup.
Tatap arwah dan khidmat seadanya.
Ramai datang ziarah dan solatkan arwah. Dari opis satu bas!! Timbalan Pengarah pun ada.
Kenalan yang jauh juga tiba..
Imam Surau maklum arwah anak kariah yang baik. Selalu datang berjemaah. Baik dengan jiran tetangga. Arwah juga simple person. Tak ambil kisah hal orang. Lebih suka menyendiri..
Moga Allah merahmati 🤲🏻
Buat yang ditinggalkan.. Sabarlah atas segala ketentuan..
Sesungguhnya Allah Maha Penyayang….