Friday, August 25, 2023

Trip to Tawau, Sabah

kerja banyak. tp mai sakit kepala pula. dari pg td dok melayan mual dan pening. agaknya sbb terlebih makan kuih berminyak pg td kot. aduhaiiii dah tua-tua ni, salah mkn sikit pun tak boleh.

meh la kakyang summary sikit cerita visit Tawau awal May haritu. 

oooo.. buat kerja tak boleh, tp tulis blog boleh pulak ya? hahahahaha
tulis blog tak perlukan otak kerja keras. buat kerja ofis otak kerja keras.  alasan  :P

meh sambung cerita jalan-jalan di tawau.

spt biasa, bila ada je trip hiking di tempat yg tak pernah jejak, team akan usahakan ada lawatan sampingan ke kawasan berdekatan. org kedah kata kill 2 birds with one stone. haa gitu lah.

makanya... mcm-macamlah lawatan sampingan yang diorang cuba cover sepanjang berada di tawau..

kakyang pergi sana dah 1 hari awal dari yg lain. kakyang divert turun KK dulu. sepatutnya bermalam di KK 1 mlm. then the next day baru turun tawau. tp disebabkan flight AA ke tawau rescheduled ke masa yg tak sesuai, kami decide batal terus tiket tersebut dan ambil tiket lain petang yang sama kakyang sampai ke KK untuk terus ke tawau. makanya, sampailah kakyang kat tawau pd petang 30hb itself. Ambil grab terus ke hotel penginapan di tengah pekan tawau. since sampai pun dah lewat petang, rehat-rehat sekejap, pastu kami turun ronda sekitar hotel sekejap sebelum makan di cafe berhadapan dgn hotel sambil layan busking.

The next day, sementara menunggu team lain sampai ke tawau dari KL, kakyang keluar breakfast di luar sambil meronda bandar tawau kejap. pagi-pagi dah 10k step sambil ambil gambar di beberapa tempat menarik  sekitar bandar tawau.

Lepas check out hotel t/hari tu, kami terus ambil grab ke Restoran Titingan utk meet up dgn team yg lainnya. restoren ni terkenal dgn masakan seafoodnya yg sedap dan murah. kami makan dgn 2,3 set kecil pun boleh makan sampai 4,5 org. harga tak sampai rm40 seorang. murah lah tu compare dgn banyaknya tu. kalau kat KL, mau beratus dah.

Dari sini, kami ambil grab lg sekali untuk ke homestay sebelum keluar semula ke Bataras yg berdekatan untuk membeli ration untuk trip hiking MLM. Kami berpecah 3 group sambil mencari barang dgn troli di tangan masing-masing. berjam jugalah dlm tu nak menunggu siap membeli mcm nak duduk sebulan. 

Masa nak balik, kami kena sidai dgn grab. tunggu punya tunggu, grab tak sampai-sampai. dlm apps dok nampak kereta tu pusing-pusing, sat 4 minit away, sat lg 6 minit away. dok pi mai p mai tang tu lah. last2 kami cancel booking tu dan order kereta lain. sejam lebih la juga dok tersidai berdiri depan bataras tu. huhu

Pulang ke homestay kerja-kerja agihan ration diserahkan kepada sham sepenuhnya. kakyang tau collect dah siap susun ja. hahah. cerita Trip MLM kakyang akan ceritakan dlm pos yang lain ya. 

 

Pulang dari hutan, kami terus ke semporna semula untuk trip selingan. menginap lg satu homestay di semporna. the next day terus ambil grab dan pergi ke jeti untuk trip snorkeling dan hike bohey dulang.

Balik dari trip  laut, kami santai-santai ronda bandar semporna sambil mengeteh di kedai mamak. Esoknya otw balik ke tawau, kami sempat singgah ke Kampung Cocos. Kampung ni terkenal dengan rupa bentuk sungainya yg berbatuan heksagon hasil dari lawa gunung berapi dahulu kala.

Sampai kat tawau, lg sekali kami check in di King Hotel pastu keluar dinner mencari seafood dan ronda-ronda sekitar pasar malam tawau lagi. entah berapa puluh ribu step entahlah dlm trip ni. menapak jer kerjanya.

The next day, sebelum bergerak balik sempatlah juga ikut diorang pergi pasar basah tawau. dari ikut nak tengok-tengok org lain beli seafood, akhirnya terjebak juga beli udang besar dan ketam nipah. adoiiii murah gila kot. lg gila kalau tak beli. dari menyesal balik nanti, baik beli. ye dak?

thari tu flight balik ke KK manakala yg lain balik ke KL, Masa dlm flight baru kami ambil keputusan untuk sewa kereta dan pergi ke kota belut. niatnya nak ke tip of borneo.

Sampai je di KK petang tersebut, terus sewa kereta dan terus ke Tips of Borneo. Dlm perjalanan balik, kami singgah menginap di Kota Belut. next day barulah kembali ke KK dan pulang ke destinasi masing-masing.

Jomlah layan gambar cantik sekitar trip Tawau ni.












Wednesday, August 23, 2023

Gunung Kinabalu Re-visit

 

Alhamdulillah.. demi menunaikan janji membawa kawan-kawan ofis, macik berjaya jua memaksa diri menapak gunung tertinggi di Malaya ni buat kali ke2.

Kali pertama adalah 9 tahun lalu dengan trek Mersilau tanpa pengalaman yang betul-betul dianggap mendaki. nak claim pernah mendaki gunung sebelum tu pun tak boleh sbb naik separuh jalan je. Dah tu berbelas tahun sebelum pulak. hahahhaha
Kali pertama mendaki Gunung Kinabalu, turun dgn kaki semua kejang sampai jalan mcm ketam. plan nak jalan-jalan kundasang selepas tu pun terpaksa tunda sbb dah tak daya nak angkat kaki.
Kali ke2 ni, alhamdulillah semuanya dipermudahkan wpun cuaca tidak begitu menyebelahi kami. lagi 2km nak sampai Panalaban, hujan lebat menyambut. Esoknya nak turun ke bawah pun hujan lagi.
Semasa sampai ke teahouse, baju basah kuyup. Niatnya nak panaskan badan dgn kopi panas, tak dpt tempat duduk pula wpun kerusi banyak kosong lagi. bila ditanya, ada org. kawan sy dtg kejap lagi.
lastnya tunggulah tegak berdiri di sisi meja kawan sambil borak-borak kosong mengharapkan yg dah lama di situ untuk bangun berdiri dan beredar pergi bagi memberi ruang KY yg dah gigil kesejukan.
Sudahnya seorang mat saleh yg hulurkan kerusi yang dari tadi reserved utk kawannya. Terima kasih wahai saudara. mana perginya gentleman beradab dari negara sendiri? hmmm
Apapun, alhamdulillah diberi peluang sekali lagi ke sini. jika di tanya nak naik lagi ke lepas ni?mulut jawab tobat tanak naik lagi. tp hati dah berkata-kata bukan boleh percaya dia ni. silap haribulan esok lusa lepas hilang sakit kakinya tu, mau dia angkat kaki mendaki lagi. hihi






Turun dari gunung, dgn confidentnya KY arrange trip masuk pulau.. Masa buat arrangement tu, member KY dah tanya, sure ke nak jalan2? mampu ke nak naik turun boat nanti? hahahah risau semua mengetam lah tu. kakyang yakin boleh sbb dlm banyak2 trip selama ni pun, terus merayau je lepas turun gunung. kiki



Exploring Royal Belum

Awal bulan Ogos lalu kakyang ikut trip csr ofis ke Royal Belum. Mulanya KakYang malas nak join dan nak beri kesempatan kepada kawan-kawan ofis pula utk bercuti. Korang p lah bercuti. biar aku pula jaga ofis. aaa gitiewww...

Tp bila asal ketua program dtg ofis jer dia mesti tanya akak tak ikut ke royal belum ke? lain kali dia dtg lagi tempat KY dan tanya lagi tak pergi ke? asyik itu je soalan dia, akhirnya KY mengalah. Tp sebelum berikan persetujuan, KY tanya boss dulu. "Boleh ke boss saya pergi? Kalau saya pergi juga, bermakna kita akan tutup ofis sebab yang lain pun pergi."

Bos kata OK. makanya..apa lagi, terus lah KY bagi nama utk ikut. Dalam kepala masa tu bercongak-congak juga kos yg perlu di bayar. Sebabnya.. KY dah banyak habis duit bayar program-program hiking. pergi ke Royal Belum bermakna kos tambahan lagi pd KY.

Bila tengok kawan-kawan excited bila KY setuju nak ikut, kakyang redhalah. pergi je. insyaallah Allah permudahkan bab kewangan tu nanti.

Alhamdulillah.. merasa juga kakyang naik houseboat yg dah lama kakyang teringin nak try. Merasa juga kakyang melawat perkampungan OA kat sana. merasa juga kakyang main rakit buluh lg sekali. merasa juga kakyang panjat 2 waterfall kat situ. dan merasa jugalah kakyang tengok berapa sportingnya bos-bos fakulti kakyang. hahahaah semua mcm anak terlepas kandang. all out tanpa hiding perangai masing-masing.

ada kaki gelak. ada kaki berendam sampai di gelar memerang lah, ketua memerang lah. ada pandai menyanyi. ada pandai main daun terup wpun berkopiah. mcm-macamlah. KY perhatikan je perangai maisng-masing. kiki

moh lah layan gambar2 sekitar xtvt houseboat kali ni. Enjoyyy..