dulu2 kakyang dok pk juga. mana mai sisi outdoor/adventure pd kakyang ni? kecik2 dulu abah x bagi melasak. alasan abah nanti sakit. lgpun dulu masa kanak2, kakyang mmg kuat sakit sikit. asyiklah demam. lembik kata abah.
masa sekolah, tengok kwn2 pergi camping dgn pasukan pengakap/ brownis mcm best jer. minta izin nak ikut. abah mesti tak bg. bila ada akal sikit, ada terpikir juga. abah tak bg sbb faktor kewangan juga kot. almaklumlah bila masuk pasukan pakaian seragam mcm tu, kena beli mcm2. abah mana mampu nak penuhi pemintaan mcm2 tu.
bila masuk sekolah menengah, kakyang tak juga aktif lagi benda2 mcm ni. masa tu pun masih pemalu. kalau tak reti nak melasak sana sini. nak berkawan pun tak reti. tadak hidung kata org.
towards abis sekolah je baru cergas sikit. tu pun sbb dok berkawan dgn geng nakai tak boleh dok diam. lgpun naik form 5 tu rasa senior agung sangat dah. dah pandai lompat pagar asrama. dah pandai tipu tido luar. muahahahaha
masa ni lah yg kakyang ikut kawan2 naik gunung jerai. tp tak hiking. naik dgn jeep. stay kat hotel atas gunung tu sbb kawan ada member kat hotel tu. kawan dia bawak trekking ke waterfall kecik belakang puncak jerai. wah.. excited giler masa tu.
bila masuk poli, kakyang join pula kelab kembara. masa tu ada xpdc ke gunung tapis sempena tahun melawat pahang. merasalah kakyang naik gunung yg betul2 hiking. punyalah best trip ni sampai terbabas2 hari. balik dari xpdc, pengurusan bubarkan kelab ni dgn alasan tak jaga sop pergaulan. poli kakyang ni agak ketat dan menjaga tatasusila keagamaan. jdnya redha lah dgn arahan tersebut. mendap lah kembali jiwa outdoor kakyang tu.
abis belajar, dah sibuk bercinta dgn abg pula, pas kawin sibuk dgn anak2 pula sampailah tahun 2015 kakyang naik G. Kinabalu.
Bertitik tolak dari situlah yang abg mula bg kelonggaran utk kakyang mulakan xtvt outdoor/hiking. lgpun anak2 dah agak besar. dah senang utk dia handle sendiri. sampailah sekarang kakyang masih beroutdoor.
kakyang mulalah meracun adik bradik, kawan2, anak2 utk ikut xtvt kakyang. racun kakyang x cukup power. anak teruna kakyang pun baru 1x hike sekali. tu pun jenuh ajak dan paksa. kikiki
dlm family kakyang, mostly semua nampak suka xtvt outdoor. tp masing2 dgn cara sendiri. abg long pun dah mula hike juga sesuai la dgn usia dia . dia pergi bersama dgn kaklong yg simple2. yg boleh santai2 tak terikat dgn keperluan waktu.
abg cik pun sama. tp dia lebih kepada memancing/jeram. mungkin sbb bawa anak2 kecil. adik2 kakyang nampak mcm minat. tp biasalah, nak mulakan setapak tu susah. hahahaha
rasanya perangai lasak ni mewarisi dari perangai mak. sbb dulu arwah mak selalu cerita dia keliling kampung mandi sungai, masuk hutan, panjat pokok dek mengikut abg2nya.
tak pernah pula dengar cerita abah bab ni. lgpun abah mmg tak pernah buka cerita kisah kanak2nya. jd tak tahu lasak abah mcm mn.
ehhhh nanti.
abah dulu askar wataniah. mungkin juga sisi lasak ni dari abah juga??
hmmmmm
saja je nak cerita. tetiba teringat kisah2 lama. 😆
kakyang, abg long, kak long masa naik gunung keriang baru2 ni |
No comments:
Post a Comment