tarikh yg sama last year kakyang ke Gunung Sarut. Tahun ni pergi lagi dgn memeriahkan trip kwn2 gunung. pergi je.. tak kisah nak ulang2 puncak. asal dpt memeriahkan lg ukhwah dgn kwn2 apa salahnya ye dak?
tahun lepas dpt camping, tahun ni di sebabkan PKPP, kena buat dayhike. bila dayhike ni, mmg terkejar masa lah sikit sbb kena rush keluar hutan sebelum timeline yg diberi jabatan hutan.
kami mula pendakian seawal jam 8pg. di jambatan, sebahagian lalu ikut jeram. disebabkan kakyang malas nak basahkan kasut seawal perjalanan, kakyang ikut naik melalui kabel jambatan lepas tengok joi cross ke seberang tebing dengan selamat. ada 2,3 org lagi ikut cross melalui jambatan usang. alhamdulillah.. semua dpt cross dgn selamat. kemudian perjalanan di teruskan ke bluepool selepas 1j15minit berjalan. tengok2, ambil gambar sikit2, rehat kejap, pastu teruskan lagi ke peak. sampai ke peak sekitar 3pm. Hujan sebelah petang. melambatkan lg pergerakan dan tak dpt lah berlama di puncak. buat apa yg patut dan terus mula turun.
sampai kat bluepool sekitar 7mlm. air naik tp masih ok untuk melintas. sedihnya kwn2 x dpt nak rasa terjun tiruk kat situ. takpelah, takde rezeki. next time kita dtg utk bluepool shj ok?
dari situ, kami turun ke starting dah gelap. sampai kat lata payong di bawah, air masih tinggi. x boleh nak cross jeram. terpaksa lalu ikut jambatan usang lg sekali. tp kali ni kakyang agak neves. sbb tak nampak cable yg nak di lalu. disebabkan mengejar masa, kami cross beramai serentak. cable jambatan bergoyang kuat. tiba2 ketika kakyang tengah bergayut di tengah2 cable, joi bg arahan untuk berhenti kejap utk bg reda goyangan dan bg kawan yg di depan cross ke tebing terlebih dahulu.
masa berhenti di tengah2 tu, kakyang dah mengucap panjang. takut tangan tiba2 terlepas pegangan. takut kaki tiba2 tergelincir jatuh. kalau kaki tergelincir, mampukah tangan nak terus berpaut pada cable?
1001 kemungkinan terbayang. perut terasa sebu nak muntah bila takut. takut betul nak mati eh? tp amal ibadat tak juga dijaga. huhuhu
eh.. tertazkirah pula. hahaha
bila dah dpt seberang ke tebing dan dpt tamatkan trip dgn jayanya tanpa sebarang kecelakaan atau kejadian yg tak di ingini, aduhhhhh leganya rasa hati.
No comments:
Post a Comment