Thursday, September 24, 2020

Road to Tama Abu 3

 debaran makin terasa. hari ni rasa nak pecah dada. tak tahu lah sbb ketaq kan perkara ni atau audit? atau soal hati?

rasa nak nangis pun ye ni.

ya allah aku serahkan segala urusanku kepadaMu. sesungguhnya engkau maha mengetahui.

Thursday, September 17, 2020

Sambutan Hari Malaysia

 semalam 16 sept 2020. hari malaysia yg ke 57. makanya berpublic holiday satu malaysia lah.

awal2 lagi kwn2 hiking dari group sana sini dok merancang program. kakyang pandang sepi jer.. tp dlm hati ada gerun sbb trip ke TA semakin hampir. tp kakyang semakin menggolek membina badan jer..

kononnya nak ikut group Nadi Sihat ke kemensah. tp memandangkan kwn2 yg rapat xde, kemalasan makin melampau. tukar plan ke dok rumah je lah. masak2 layan mengidam anak tekak. nak pula anak bujang balik. boleh lah mkn dgn dia.

pg tu, baru je bangun nak sarung jeans utk ke pasar, tetiba wasap masuk.

"Kat mana tu?"

" Bukit katil" ringkas kakyang gurau.

"nak ikut tak?"

"p mana?"

"dekat2 je. dpt gerak otot sikit jdlah"

"Ye lah. dekat tu kat mana? ptg nanti ada mtg. bla bla bla.."

"nak ikut ke tidak?"

"dtg rumah. awak drive." itu je jawapan ringkas kakyang since soalan member dah berbunyi "hey! training! training! 

masa tu dah dekat 9.30pg. kakyang mcm tertanya2 eh nak p mana ni? dah nak rembang pun. masih kat rumah. 

dlm kul 10 lebih diorang dtg dan gerak leha2 ke destinasi yg kakyang masih blur ke mana. end up diorang hentikan kereta kat satu tangki air di area penchala. sinikah tempatnya?

jdlah Hari Malaysia Hike di Bukit Lanjan.. siapa sangka bukit lanjan ada beirut?

kami ber4 merintis 1 jam dari belakang tangki air hingga akhirnya sampai ke jalan tar pencawang celcom sebelum menyambung rintis naik tebing tegak lg 5 minit untuk sampai ke beirut.  ketibaan kami di puncak berbeirut di sambut dgn bunyi salakan anjing penjaga pencawang. nasiblah jenis yg tak agresif. kebetulan masa tu ada staf pencawang juga. selepat diorang berbual2 sebentar dgn staf tersebut, kami buka dapur haram sekejap di bawah beirut untuk mengalas perut mkn megi goreng jimmy dan air teh laici awie.

setelah puas menikmati kejayaan rintis hampir 2 jam, kami mula beransur turun untuk beri laluan xtvt lain pula.

layan gambar eh. 







Road to Tama Abu: part 2

 alhamdulillah.. hari ni dpt berita baik dari organizer. tiket kakyang ke TA melalui LA returned back to me!.

Alhamdulillah!

Syukur!

Terima kasih ya Allah...

Semoga dipermudahkan semua urusan yang lainnya.

Doakan ye

Monday, September 14, 2020

Kita Geng

td dok browse fb group hiking. tengok2 apa yg menarik kat situ. ternampak ramai org bawa anak2 naik gunung. ada yg hiking dgn anak. ada yg satu family hiking sekali dgn baby. ada juga yg hiking anak sedara pak sedara. ada yg hiking adik beradik.

dulu2 kakyang dok pk juga. mana mai sisi outdoor/adventure pd kakyang ni? kecik2 dulu abah x bagi melasak. alasan abah nanti sakit. lgpun dulu masa kanak2, kakyang mmg kuat sakit sikit. asyiklah demam. lembik kata abah.

masa sekolah, tengok kwn2 pergi camping dgn pasukan pengakap/ brownis mcm best jer. minta izin nak ikut. abah mesti tak bg. bila ada akal sikit, ada terpikir juga. abah tak bg sbb faktor kewangan juga kot. almaklumlah bila masuk pasukan pakaian seragam mcm tu, kena beli mcm2. abah mana mampu nak penuhi pemintaan mcm2 tu.

bila masuk sekolah menengah, kakyang tak juga aktif lagi benda2 mcm ni. masa tu pun masih pemalu. kalau tak reti nak melasak sana sini. nak berkawan pun tak reti. tadak hidung kata org.

towards abis sekolah je baru cergas sikit. tu pun sbb dok berkawan dgn geng nakai tak boleh dok diam. lgpun naik form 5 tu rasa senior agung sangat dah. dah pandai lompat pagar asrama. dah pandai tipu tido luar. muahahahaha

masa ni lah yg kakyang ikut kawan2 naik gunung jerai. tp tak hiking. naik dgn jeep. stay kat hotel atas gunung tu sbb kawan ada member kat hotel tu. kawan dia bawak trekking ke waterfall kecik belakang puncak jerai. wah.. excited giler masa tu.

bila masuk poli, kakyang join pula kelab kembara. masa tu ada xpdc ke gunung tapis sempena tahun melawat pahang. merasalah kakyang naik gunung yg betul2 hiking. punyalah best trip ni sampai terbabas2 hari. balik dari xpdc, pengurusan bubarkan kelab ni dgn alasan tak jaga sop pergaulan. poli kakyang ni agak ketat dan menjaga tatasusila keagamaan. jdnya redha lah dgn arahan tersebut. mendap lah kembali jiwa outdoor kakyang tu.

abis belajar, dah sibuk bercinta dgn abg pula, pas kawin sibuk dgn anak2 pula sampailah tahun 2015 kakyang naik G. Kinabalu.

Bertitik tolak dari situlah yang abg mula bg kelonggaran utk kakyang mulakan xtvt outdoor/hiking. lgpun anak2 dah agak besar. dah senang utk dia handle sendiri. sampailah sekarang kakyang masih beroutdoor.

kakyang mulalah meracun adik bradik, kawan2, anak2 utk ikut xtvt kakyang.  racun kakyang x cukup power. anak teruna kakyang pun baru 1x hike sekali. tu pun jenuh ajak dan paksa. kikiki

dlm family kakyang, mostly semua nampak suka xtvt outdoor. tp masing2 dgn cara sendiri. abg long pun dah mula hike juga sesuai la dgn usia dia . dia pergi bersama dgn kaklong yg simple2. yg boleh santai2 tak terikat dgn keperluan waktu.

abg cik pun sama. tp dia lebih kepada memancing/jeram. mungkin sbb bawa anak2 kecil. adik2 kakyang nampak mcm minat. tp biasalah, nak mulakan setapak tu susah. hahahaha

rasanya perangai lasak ni mewarisi dari perangai mak. sbb dulu arwah mak selalu cerita dia keliling kampung mandi sungai, masuk hutan, panjat pokok dek mengikut abg2nya.

tak pernah pula dengar cerita abah bab ni. lgpun abah mmg tak pernah buka cerita kisah kanak2nya. jd tak tahu lasak abah mcm mn.

ehhhh nanti.

abah dulu askar wataniah. mungkin juga sisi lasak ni dari abah juga??

hmmmmm

saja je nak cerita. tetiba teringat kisah2 lama. 😆
kakyang, abg long, kak long masa naik gunung keriang baru2 ni



Tuesday, September 8, 2020

Renungkan

 Jgn ditanya mana hilangnya lembut seorang wanita 

jika dibahunya terpikul beban lelaki

Monday, September 7, 2020

Road to Tama Abu

Jeng.. jeng..jeng

hati debar sebenarnya.taklama lagi dah. tp stamina masih di tahap yg sama wpun tiap2 minggu naik sana sini. minggu lepas rehat. minggu ni pun rehat juga. apa nak jd ni? mcm salah perancangan jer..

Td organizer update. transport kakyang kena cover sorang sj sebab kakyang sorang yg off route sikit dari yg lain.  Dia offer untuk batalkan penyertaan kakyang atau reroute  ke tempat lain. tp  kak yang berkeras nak ikut juga dan minta dia cuba lg cari alternative lain yg boleh savekan sikit kos transport tu. tp kalau last choice tak boleh juga, proceed je lah dgn cost tu. redha je lah. janji aku still in the group. tanak terlepas peluang ni weh.. belum tentu ada org nak arrangekan lg benda mcm ni next time.

hal ni sampai terbawa2 dlm tido siang td. dlm mimpi tu merata aku pm minta bantuan. semua kenalan/sedara yg agak2 pernah ke sana aku pm minta bantuan. sampai ada yg bg syarat boleh tolong. tp kena "jd org sana". hahahahahampeh. menangguk di air keruh betul.

tp manatau.. kot2 jodoh sedang menunggu di sana khennnn?

HAHAHAHAHAHAHHA 

Thursday, September 3, 2020

Bukit Keluang

Sebelum naik sarut, kawan2 kakyang dah cerita diorang plan nak naik bukit keluang selepas tu. terus kakyang tak lepaskan peluang menyelit ikut. Plan asalnya kakyang nak ikut member lain utk jjcm. terus tak jd bila dengar depa kata nak naik Bukit Keluang. 

Bila lagi nak dpt peluang mcm tu cik oii.. kalau dtg lg lain kali pun, belum tentu ada kesempatan kan? so peluang yg dtg dpn mata kena cpt2 grab.

mlm 31 ogos tu, lepas turun dari gunung sarut, kami terus shoot ke besut. kami tiba di sana sekitar 2pg. terus  buka khemah utk lelapkan mata sekejap tidor di pantai berdekatan bukit keluang.

baru nak terlelap, kakyang perasan ada cahaya dan derap kaki menghampiri khemah.  kakyang x sedap hati sbb kasut hiking ada di luar khemah. kakyang bangun dan perhatikan pergerakan bayang2. bayang2 org tu pergi dan datang semula mendekati khemah bila nampak kelibat kakyang.

"dari mana?" suara lelaki di luar khemah bertanya.
"Baru sampai jap td dari KL." jwb kakyang ringkas dlm cuak. siapa mereka ini?
"Buat apa kat sini?"suara itu bertanya lg
"Nak hiking pg esok." 
"Berapa org?" tanya suara itu lg sambil menyuluh2 khemah kakyang dan khemah sebelah
"Berlima"
"Mana lagi sorang?"
"tu kat tengah." aih..xkan tak nampak joi yg tengah tido atas katil lipat tu?
lelaki td dtg menyuluh khemah kakyang. rupanya dia tak nampak fieza yg tidur sekhemah.
"ok. hati2 hiking esok." suara itu menamatkan soal siasat sambil berlalu.
fuH.. lega hati kakyang. debor dah time tu sebenarnya. takut jd isu. rupanya diorang penguasa tempatan. dtg check pantai sbb time PKPP ni, camping bermalam adalah di larang.

mungkin kerana dia fikir kami bermusafir dan baru tiba dari luar dan akan kluar hiking pg esok, dia beri kelonggaran. tp dlm masa yg sama sebenarnya team kakyang dah standby. incased jd apa2, sarjan lesen besar akan mainkan peranan. sbb itulah kami berani buka khemah di situ.

kakyang sambung tidur selepas itu sebelum bangun semula beberapa jam selepas itu untuk bersiap memulakan hiking bukit keluang.

selepas bersiap dan kemas peralatan lain, kami bergerak ke parking di permulaan bukit yg terletak hanya bererapa minit perjalanan dari situ. hike ke peak bukit keluang hanya mengambil masa 25 minit bg pace siput mcm kakyang. korang yg bukan hiker pun boleh naik bukit ni.

jom layan gambar. tak banyak gambar cun sbb hari cuti public, ramainyalah hai yg naik. nasib baik kami tiba sedikit awal. kalau lewat... sah bergambar di celah2 org shj.








Wednesday, September 2, 2020

Happy Anniversary Sarut!

sambut anniversary dgn gunung. ko ader?

tarikh yg sama last year kakyang ke Gunung Sarut. Tahun ni pergi lagi dgn memeriahkan trip kwn2 gunung. pergi je.. tak kisah nak ulang2 puncak. asal dpt memeriahkan lg ukhwah dgn kwn2 apa salahnya ye dak?

tahun lepas dpt camping, tahun ni di sebabkan PKPP, kena buat dayhike. bila dayhike ni, mmg terkejar masa lah sikit sbb kena rush keluar hutan sebelum timeline yg diberi jabatan hutan. 

kami mula pendakian seawal jam 8pg. di jambatan, sebahagian lalu ikut jeram. disebabkan kakyang malas nak basahkan kasut seawal perjalanan, kakyang ikut naik melalui kabel jambatan lepas tengok joi cross ke seberang tebing dengan selamat. ada 2,3 org lagi ikut cross melalui jambatan usang. alhamdulillah.. semua dpt cross dgn selamat. kemudian perjalanan di teruskan ke bluepool selepas 1j15minit berjalan. tengok2, ambil gambar sikit2, rehat kejap, pastu teruskan lagi ke peak. sampai ke peak sekitar 3pm. Hujan sebelah petang. melambatkan lg pergerakan dan tak dpt lah berlama di puncak. buat apa yg patut dan terus mula turun.

sampai kat bluepool sekitar 7mlm. air naik tp masih ok untuk melintas. sedihnya kwn2 x dpt nak rasa terjun tiruk kat situ. takpelah, takde rezeki. next time kita dtg utk bluepool shj ok?

dari situ, kami turun ke starting dah gelap. sampai kat lata payong di bawah, air masih tinggi. x boleh nak cross jeram. terpaksa lalu ikut jambatan usang lg sekali. tp kali ni kakyang agak neves. sbb tak nampak cable yg nak di lalu. disebabkan mengejar masa, kami cross beramai serentak. cable jambatan bergoyang kuat. tiba2 ketika kakyang tengah bergayut di tengah2 cable, joi bg arahan untuk berhenti kejap utk bg reda goyangan dan bg kawan yg di depan cross ke tebing terlebih dahulu.

masa berhenti di tengah2 tu, kakyang dah mengucap panjang. takut tangan tiba2 terlepas pegangan. takut kaki tiba2 tergelincir jatuh. kalau kaki tergelincir, mampukah tangan nak terus berpaut pada cable? 

1001 kemungkinan terbayang. perut terasa sebu nak muntah bila takut. takut betul nak mati eh? tp amal ibadat tak juga dijaga. huhuhu

eh.. tertazkirah pula. hahaha

bila dah dpt seberang ke tebing dan dpt tamatkan trip dgn jayanya tanpa sebarang kecelakaan atau kejadian yg tak di ingini, aduhhhhh leganya rasa hati.

jom layan gambar. x banyak gambar kali ni sbb mmg malas nak kluarkan camera.