Dulu masa kakyang kecik2, kakyang ada 2 org sepupu yang kakyang jrg sangat jumpa. sangat jarang. kalau jumpa pun mungkin pada musim raya jer. tu pun selalunya dengar cerita diorang balik jumpa tok sekejap je. tak sempat jumpa sedara yg lain. Sepupu ni adalah anak kepada bapa saudara sebelah abah. tepatnya, Adik abah. Bapa saudara yang dipanggil Pak Lang. kakyang x sempat kenal Pak Lang pun. rupa pun x tahu mcm mana sbb Pak Lang meninggal awal. masih muda masa tu.
dari cerita2 mak, Pak Lang lagi hensom dari abah. lagi eh.. dah pasti lah abah hansem kan? tengoklah anak2 abah hensom mcm mana. hahaha
Dari cerita mak, selepas paklang meninggal, sepupu2 kakyang ni semua ikut mak mereka tinggal di pulau pinang sana. kakyang tak pasti pula mmg mereka tinggal di sana atau mereka berpindah ke sana selepas ketiadaan paklang.
tu sebab kami susah utk berjumpa dgn mereka. sbb zaman tu, pastilah jarak yg jauh adalah satu sbb kenapa mereka susah nak balik kampung tok. lgpun zaman tu, faktor transportation adalah lg satu penyebab lain.
sekarang, perkara yg sama terjadi pd anak2 kakyang. Selepas abg pergi, kami jarang balik kampung. . masa abg pergi, mak masih ada. mak jadi pendekat kekerapan kakyang bawa balik anak2 ke kampung. tp setelah mak juga tiada, kakyang lg takde sebab nak balik kampung. magnetnya dah tiada.
sekarang baru kakyang faham kenapa sepupu2 kakyang dulu jrg balik kampung.
semoga keluarga yang telah pergi tenang-tenang di sana dan dicucuri rahmatNya.
No comments:
Post a Comment